MSTAR ONLINE
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dijadual melancarkan Parti Makkal Sakti Malaysia - parti terbaru kaum India negara ini, 10 Oktober ini.
Parti itu diumumkan penubuhannya Mei lalu.
Setiausaha Agung parti, Kannan Ramasamy berkata, Perdana Menteri telah menerima jemputan untuk melancarkan parti itu.
"Kami gembira beliau menerima jemputan kami dan ia permulaan yang baik untuk mempunyai Perdana Menteri melancarkan parti kami," kata Kannan.
Ia akan dilancarkan pada pukul 10 pagi di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang.
Parti Makkal Sakti Malaysia ditubuhkan oleh bekas pemimpin pertubuhan Hindraf yang telah diharamkan tahun lalu.
Bekas penyelaras kebangsaan Hindraf, R.S. Thanenthiran merupakan Presidennya.
Perdana menteri menyokong usaha bekas pemimpin hindraf ,nampak sangat najib takut akan gelombang india di malaysia. Perlu ke mengiktraf mereka yg menentang kerajaan pada suatu ketika dulu ? atau kerajaan ada agenda di sebalik kejadian rusuhan kaum india tahun lalu..?
BalasPadam