Oleh Khairunnisa Kamarudin
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menjelaskan bantahan dengan meletakkan lambang berkaitan agama di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor, Jumaat lalu tidak bersifat perkauman sebaliknya satu simbolik yang ditujukan kepada kerajaan negeri.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, berkata pihaknya sudah melakukan tinjauan dengan menemuramah beberapa penduduk dan mendapati mereka terdiri daripada pelbagai kaum serta tidak mendapat hasutan mana-mana pihak.
Katanya, penduduk tidak berniat menghina mana-mana kaum terutama penganut Hindu dengan menggunakan lambang berkaitan agama itu, tetapi adalah sebagai simbolik menunjukkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan Exconya kerajaan negeri yang ‘bodoh’ seperti haiwan itu dan mudah dicucuk hidung.
“Kerajaan negeri tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan penduduk sebelum membuat keputusan bagi memindahkan kuil itu. Lambang berkaitan agama itu adalah simbolik otak Menteri Besar,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini, semalam.
Pada 28 Ogos lalu, kira-kira 200 penduduk Seksyen 23, Shah Alam dan beberapa ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berarak ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sebagai tanda membantah cadangan pembinaan kuil di kawasan penempatan berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.