MALAYSIA KINI
Tun Abdul Hamid Omar, bekas ketua hakim negara yang kontroversi, meninggal dunia hari ini selepas diserang angin ahmar sebelumnya.
Hamid, 80, dianggap kontroversi kerana peranannya dalam prosiding memecat Tun Salleh Abas pada 1988.
Beliau, waktu itu sebagai pemangku ketua hakim, mengetuai panel yang mendengar proses memecat Salleh.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pagi ini Hospital Gleneagles di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.