BERNAMA
KUALA LUMPUR: Hakisan tanah kecil berlaku di km3.3 jalan dari Genting Highlands Resort pada pukul 3.20 pagi tadi, menurut Naib Presiden Kanan Perhubungan Awam dan Komunikasi Genting Malaysia Bhd, Datuk Anthony Yeo.
Tidak ada sesiapa yang terjejas dengan insiden itu kerana pada ketika kejadian tersebut berlaku, tidak ada kenderaan yang lalu di jalan itu, menurut beliau dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata semua kenderaan ke Genting Highlands Resort dinasihati menggunakan jalan alternatif.
"Semua pengunjung ke resort itu diberi jaminan bahawa semua langkah berwaspada telah diambil dan proses pembersihan jalan sedang dilakukan," katanya.
Menurutnya jalan menurun yang terjejas itu dijangka dibuka semula tidak lama lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.