Rabu, 2 September 2009

10 bekas penagih dilantik koyak iklan haram

UTUSAN ONLINE


IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mendapatkan khidmat 10 orang anggota Persatuan Bekas Penagih Malaysia (Pengasih) dan polis bagi operasi bersepadu membanteras kegiatan ah long yang terus berleluasa di sekitar bandar raya ini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, kumpulan ah long didapati terus menampal iklan, poster dan kain rentang pinjaman wang haram secara berleluasa di bandar raya ini.

"Bagi membasmi kegiatan itu, MBI telah melantik 10 anggota Pengasih untuk bergerak secara habis-habisan mengesan dan mengoyak iklan haram, poster dan kain rentang ceti haram," katanya selepas melancarkan Program Pembasmian Iklan Haram di sini hari ini.

Roshidi berkata, polis juga bersetuju untuk bekerjasama dengan MBI untuk mencari dan menangkap ah long.

"Kita akan memburu ah long ini secara habis-habisan dan mengembalikan bandar raya ini sebagai wilayah terindah dan terbersih serta bebas iklan haram di masa hadapan," katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.