MYMETRO
KUALA LUMPUR: “Mahkamah Syariah wajar timbangkan semula hukuman enam sebatan yang diputuskan ke atas Kartika dengan hukuman lebih ringan,” kata Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, mengenai hukuman sebatan terhadap model sambilan dari Singapura, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, yang didapati bersalah minum arak.
Selain hukuman sebatan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu, Kartika turut didenda RM5,000 mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987).
Mukhriz, dalam kenyataan yang dihantar kepada Harian Metro berkata adalah wajar mahkamah membuat pertimbangan semula mengenai hukuman yang diputuskan berikutan model itu menunjukkan kekesalan mendalam, selain tidak pernah membuat sebarang bantahan terhadap hukuman terhadapnya.
“Secara peribadi saya berpendapat Kartika memang menunjukkan kekesalannya sangat mendalam selain sanggup menerima hukuman itu mencerminkan dia bertaubat,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.