PAHANG DAILY ONLINE
(Eksklusif)
KUALA LUMPUR [6.00 am] - Seperti yang telah dijangkakan, himpunan ISA yang sepatutnya berlaku dengan aman akhirnya telah menimbulkan satu keadaan huru-hara dan ketegangan yang amat memalukan.
Bagi pihak kerajaan, mungkin mereka menganggap penganjur program itu, bertindak salah kerana meneruskan juga perhimpunan biarpun sudah diberi amaran oleh pihak polis. Alasan mereka bahawa kerajaan memang sedang mengkaji untuk penambahbaikan ISA, dan tidak perlulah rakyat dari seluruh pelusuk negara menunjukan protes jalanan seperti itu.
Kononnya, kerajaan amat peka dan akan menerima segala pandangan yang diberikan. Malah, kerajaan juga mahu, supaya segala komen dan pandangan itu diluahkan mengikut saluran yang betul. Maka itulah rakyat dipersalahankan konon membiarkan diri mereka dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu, malah mereka tutut mengatakan bahawa himpunan ISA yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) hanya membuang masa dan untuk kepentingan individu tertentu.
Masalahnya sekarang, kenapa himpunan yang sepatutnya berlaku dengan aman dan tenang itu menjadi kecoh serta kacau bilau?. Siapakah yang memulakan pertarungan? Dan apakah selama ini pandangan rakyat diberi perhatian oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional tentang perkara ini?.
Sudah berbuih mulut, pemimpin politik baik dari Pakatan Rakyat mahu pun komponen BN sendiri yang mahu Akta Zalim dan Tidak Berperikemanusiaan itu dihapuskan. Namun, apakah mereka mendengar suara-suara ini?.
Rakyat sebenarnya bukan mahukan penambahbaikan ! Tetapi, rakyat mahu supaya akta itu dimansuhkan dan Kem Tahanan ISA di Kemunting, Perak dihapuskan ! Itu yang jelas sebenarnya. Ini kerana sudah ramai rakyat Malaysia yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman akta itu sejak sekian lama.
Penahanan tanpa bicara, yang jelas bertentangan dengan lunas undang-undang itu tidak sepatutnya berlaku di zaman moden ini. Akta yang sudah lapok yang digunakan untuk menghalang gerakan komunis oleh penjajah Inggeris itu perlu dihapuskan !.
Ia jelas melanggar hak-hak asasi manusia malah kebebasan dari sudut agama Islam itu sendiri. Namun, kenapakah akta zalim ISA ini masih mahu dipertahankan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional yang kononnya mengatakan negara ini adalah sebuah negara Islam Hadhahri?. Mengapakah akta ini amat perlu bagi mereka?. Sedangkan di negara kita, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang itu sendiri masih ada untuk dipertahankan.
Bayangkan, penjenayah yang dituduh membunuh, merompak, mengedar dadah serta terbabit dengan jenayah kritikal boleh dibicarakan di mahkamah terbuka. Kenapa rakyat Malaysia yang hanya menulis, bersuara, dan betrtentangan pendapat dengan kerajaan itu mahu disumbatkan ke dalam ISA.
Ingatkah kita kepada Bentong Kali, Botak Chin, Mona Fendy dan ramai lagi penjenayah "popular" di negara kita dulu?. Mereka semua ini jelas sekali boleh mengganggu ketenteraman awam, malah amat berbahaya buat seluruh rakyat. Bila ditangkap, mereka dibenarkan menggunakan peguambela dan dibicarakan di mahkamah terbuka ! Sedangkan rakyat yang jelas belum tentu apakah dosa mereka, telah diperlakukan seperti binatang. Mereka ditahan dan disoal siasat dan akhirnya dihumbankan ke dalam tahanan ISA.
Bayangkan, tanpa diketahui oleh keluarga dan sahabat handai terdekat. Mereka ditangkap dan dibawa ke satu tempat yang tidak diketahui di mana, kemudian diperlakukan sewenang-wenangnya. Akhirnya terpaksa merengkok dalam penjara selama beberapa tahun, atas satu kesalahan yang terkadang mereka sendiri pun tidak mengetahuinya. Inilah yang dikatakan zalim ! Kenapa pembunuh Altantunya, Noritta Shamsuddin tidak ditahan ISA? Sedangkan mereka lebih berbahaya !
Inilah yang membingungkan rakyat sebenarnya. Maka itu mereka melihat ISA yang ada bukanlah untuk menahankan mereka yang didapati mengganggu ketenteraman negara sebenarnya.
ISA masih dipertahankan untuk kepentingan UMNO dan Barisan Nasional. Kerajaan melihat, ISA boleh dijadikan "batu loncatan" untuk mencampakkan sesiapa sahaja yang didapati menentang dan boleh menjatuhkan kreadibilti mereka.
Soalnya, kenapa orang-orang seperti Ayah Pin, Rasul Melayu dan ramai lagi yang jelas membawa ajaran sesat dan cukup berbahaya untuk umat Islam di negara ini, tidak pula ditangkap dan ditahan ISA?. Ini kerana mereka itu menjalankan tugas berdasarkan "selera kerajaan". Inilah hakikat yang sebenarnya !!.
Maka itulah, PDO melihat apa yang berlaku terhadap himpunan ISA semalam adalah amat keterlaluan buat rakyat yang mahu menunjukkan protes aman mereka. Malah, tujuan perarakan himpunan ISA itu adalah untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara agar akta zalim itu dihapuskan.
Kenapa pihak polis sanggup bertindak diluar batasan kemanusiaan. Menggempur rakyat yang tidak berdosa seolah-olah melancarkan peperangan buat mereka. Pihak polis telah bertindak terlalu zalim kepada rakyat yang mahu mempertahankan diri mereka sendiri!
Inilah yang berlaku, bila himpunan ISA yang berlaku semalam menjadi medan pertempuran pihak polis dengan rakyat yang tidak berdosa. Nampak jelas kerajaan UMNO dan BN, telah memperalatkan polis untuk kepentingan mereka.
Sedangkan jika polis mengawal perarakan itu secara aman, apa salahnya!. Samalah juga dengan perarakan Maulidul Rasul, Hari Kebangsaan, Pesta Flora dan Fauna serta sebagainya.
Tidak bolehkan mereka bersikap profesional, kerana hak-hak untuk berhimpuan secara aman itu sebenarnya termaktub dalam perlembagaan negara. Namun, kenapa polis dijadikan "alat dan perkakas" untuk bertindak diluar batasan kemanusiaan itu sendiri?.
Tidak bolehkah mereka berpihak kepada rakyat?. Sedangkan yang menjadi mangsa mungkin keluarga dan sahabat handai mereka sendiri !!. Kenapakah ini berlaku?. Apakah pihak polis sebenarnya sudah menajdi seperti "robot" yang telah di"remote kontrol" oleh manusia-mansuia yang mempunyai agenda dan matlamat peribadi itu sendiri !!.
Inilah yang harus ditentang oleh rakyat sebenarnya. Bila himpunan untuk mempertahankan hak rakyat dikatakan "himpunan haram" dan digempur oleh mereka.
Namun, jika himpunan untuk mempertahankan dasar kerajaan maka pihak polis akan bertindak mengawal pergerakan itu. Lihat sahaja dengan himpunan 10,000 ribu pelajar UITM Shah Alam, ketika membantah isu kuota kaum lain ke institusi itu oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dulu. Bukankah pihak polis turut mengawal pergerakan dan lalulintas agar ia berlaku dengan aman dan tenteram.
Namun, kenapa bila ia dilakukan oleh rakyat, maka dihalang dan kekerasan berlaku !!. Inikah dia polis yang dikatakan profesional itu. Kononnya ia haram kerana tidak mendapat permit. Soalnya mahukan polis memberi permit?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.