Ahad, 26 Julai 2009

Dah kata: Lepas Zaid, Chua giliran Subramaniam pulak lompat

KLPOS.COM/Agendadaily


ADA tiga nama besar Subramaniam dalam MIC. Satu Datuk Dr S. Subramaniam yang kini Setiausaha Agung MIC dan Menteri Sumber Manusia. Satu lagi Datuk S. Subramaniam bekas Timbalan Presiden dan bekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang kini mencuba nasib bersaing sekali lagi dalam saingan jawatan berkenaan dengan penyandangnya Datuk Palanivel.

Ketiga bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk S.S.Subramaniam. Persamaan ketiga-tiga mereka ialah semua nama mereka bermula dengan S dan semuanya pernah mewakili Parlimen Segamat termasuk Dr Subramaniam yang kini wakil rakyat kawasan berkenaan.

Sebab itu apabila hari Sabtu S.S. Subramaniam mengumumkan keputusannya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), ramai yang tertanya-tanya Subramaniam yang mana.

Penyertaan S.S. Subramaniam dalam PKR menyusul kira-kira seminggu selepas bekas Naib Presiden MCA Chua Jui Meng meninggalkan partinya bagi menyertai PKR.

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis pengumuman kemasukan S.S. Subramaniam itu menyifatkan ia sebagai perkembangan menarik yang memberikan kekuatan kepada parti itu.

“Seminggu lalu Chua Jui Meng menyertai PKR menyebabkan bahtera MIC kini bocor dan hari ini kemasukan nama besar MIC pula. Ini semua berita baik buat saya,” katanya pada majlis di Petaling Jaya.

Mengulas kemasukan beberapa orang bekas pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yang tewas dalam pemilihan parti masing-masing, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir menyifatkan PKR sebagai sarang kepaa pemimpin yang gilakan jawatan.

“Kita memerlukan pemimpin yang meletakkan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Saya pernah meminta Chua Jui Meng meletakkan jawatan Menteri kerana terlalu memberi lebih utamakan pertandingan Presiden MCA sedangkan negara berhadapan dengan krisis denggi.

“Saya harap mereka boleh menruskan perjuangan gila jawatan macam bos baru mereka Anwar Ibrahim. Penuhilah sarang perjuangan saudara dengan kalangan gila jawatan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.