Isnin, 1 Jun 2009

PENANTI - UMNO/BN Meragut Hak Rakyat

Oleh alrip



Keputusan PRK Penanti N12 telah diumumkan dengan majoriti 5,558 memihak kepada PKR/PR. PKR/PR memperolehi 6,052 undi manakala calon-calon bebas memperolehi 942 undi (Nai 494, Aminah 392 dan Kamarul 56).

Walaubagaimanapun peratus mengundi hanya lebih kurang 46% atau 7,100 orang keluar mengundi berbanding dengan 15,384 orang jumlah pengundi berdaftar. Dalam PRU12 yang lalu PKR mendapat 7,346 sementara BN 5,127 dengan majori 2,219 memihak kepada PKR. Jadi jumlah keluar mengundi PRU12 adalah 12,473 (81%) Pengundi (Tidak termasuk undi rosak).

Kalau diambil kira angka ini sebagai kurang lebih jumlah yang sepatut keluar mengundi bermakna seramai 5, 373 Pengundi berdaftar tidak keluar mengundi dalam PRK Penanti N12 semalam. Jumlah yang lebih kurang 5,000 Pengundi ini dengan nyata dan jelas adalah Pengundi yang telah memberikan undi mereka kepada UMNO/BN dalam PRU12 lalu.

Adalah tidak dapat disangkal bahwa mereka ini adalah ahli-ahli dan penyokong setia UMNO dan komponen-komponen BN yang lain. SPR boleh siasat dari daftar pemilih yang digunakan dan ditanda oleh wakil-wakil calon semasa hari mengundi semalam samada mereka yang tidak hadir itu adalah ahli mana-mana komponen Parti BN terutamanya UMNO.

Ketua Pemuda UMNO telah dilaporkan menyeru ahli-ahli UMNO supaya tidak keluar mengundi dalam PRK Penanti N12, walaupun dikatakan pandangan peribadi tetapi jelas beliau telah membelakangi PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Perkara 119 dan melakukan kesalahan dibawah AKTA KESALAHAN PILIHANRAYA 1954 BAHAGIAN II Seksyen 4A(1) yang menyebut seperti berikut:

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN VIII - PILIHAN RAYA

Perkara 119. Kelayakan pemilih

(1) Tiap-tiap warganegara yang-

(a) telah mencapai umur dua puluh satu tahun pada tarikh kelayakan;

(b) bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya pada tarikh kelayakan yang sedemikian atau, jika tidak bermastautin sedemikian, ialah seorang pengundi tidak hadir; dan

(c) didaftarkan, di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pilihan raya, dalam daftar pemilih sebagai pemilih dalam bahagian pilihan raya tempat dia bermastautin pada tarikh kelayakan,berhak mengundi di dalam bahagian pilihan raya itu dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan melainkan jika dia hilang kelayakan di bawah Fasal (3) atau di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan kesalahan yang dilakukan berkaitan dengan pilihan raya; tetapi tiada seorang pun boleh mengundi dalam pilihan raya yang sama di dalam lebih daripada satu bahagian pilihan raya.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 5 - AKTA KESALAHAN PILIHANRAYA 1954 BAHAGIAN II

KESALAHAN-KESALAHAN PILIHAN RAYA

Kesalahan oleh mana-mana orang Kesalahan mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan

4A. (1) Mana-mana orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan dengan tujuan atau dengan kecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau pemusuhan antara orang yang terdiri daripada kaum yang sama atau kaum yang berlainan atau daripada golongan yang sama atau golongan yang berlainan pendudukan Malaysia untuk mendorong mana-mana pemilih atau pengundi supaya mengundi atau tidak mengundi dalam sesuatu pilihan raya atau untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan mana-mana orang dipilih boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.

Tetapi semua rakyat tahu tidak akan ada suatu tindakan pun akan diambil oleh pihak berwajib kerana ianya datang dari Pimpinan UMNO. Kalau disiasat pun keputusannya rakyat sudah sedia maklum bahwa "tidak ada bukti yang boleh disabitkan..." biarpun buktinya terang dan jelas.

Namun PRK Penanti telah menterjemahkan tentang sikap UMNO/BN bahwa mereka sebenarnya menolak amalan demokrasi yang telah menjadi teras pemerintahan negara ini sejak Merdeka dahulu lagi. Bukan-lah PR yang memperlekehkan Demokrasi seperti yang diwar-warkan oleh mereka.

Tidak mahu menjadi calon dalam mana-mana Pilihanraya adalah hak sesaorang rakyat atau organisasi politik dalam sesabuah negara demokrasi tetapi tidak mengundi apatah lagi menghasut rakyat untuk tidak keluar mengundi adalah suatu perlakuan yang jelik, jahat dan memalukan. UMNO/BN, dimana moral yang baik bukanlah amalan mereka, tanpa segan silu terus menipu rakyat dengan alasan-alasan dangkal untuk tidak bertanding serta menghasut rakyat supaya tidak keluar mengundi.

Walau pun yang dihasut itu adalah dari golongan mereka tetapi golongan mereka itu juga adalah rakyat negara ini dan berhak untuk mengundi mana-mana calon samaada dari kalangan mereka atau dari kalangan orang lain. Malangnya ahli-ahli dan penyokong mereka masih belum dapat memahami dengan baik erti amalan demokrasi maka termakanlah oleh mereka akan hasutan-hasutan ini.

Mereka juga tanpa segan silu, dimana mereka sendiri tahu yang tidak keluar mengundi itu adalah dari kalangan mereka sahaja, begitu buta hati mereka terus mendabik dada berkata rakyat telah menolak PR dengan cara memprotes tidak keluar mengundi.

Walau pelbagai usaha dilakukan oleh UMNO/BN untuk meyakinkan rakyat agar PRK Penanti ini ditolak namun rakyat yang celik demokrasi terus hadir untuk mengundi dan memilih calon PR dan menolak calon-calon lain.

UMNO/BN mungkin masih bermimpi dengan kegemilangan silam mereka dan mereka lupa bahwa sekarang ini adalah tahun 2009, bukan tahun 1960an yang rakyat boleh ditipu dan diputarbelitkan dengan pelbagai dakyah dan hasutan dimana rakyat akan akur serta mengiyakan apa saja kehendak UMNO walau melanggari prinsip dan undang-undang.

Haruskah rakyat membiarkan UMNO/BN berterusan meragut hak kita dengan begitu kejam dan zalim?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.