Editor Buletin
PENANTI - Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mansor Othman yang memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri hari ini akan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Rabu ini.
Ia diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng malam ini.Malah ia turut dinyatakan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam laman blognya.
Mansor Othman, 59, memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti dengan majoriti 5,558 undi.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.