Salmiyah Harun
KUALA LUMPUR - Janji Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sebaik sahaja mengambil alih pentadbiran negara untuk meminda Akta ISA, bagaimanapun parti KeADILan sekali-kali tidak akan menerima akta itu jika tiada pindaan yang menyeluruh.
Menteri Dalam Negeri, Dato' Hishamuddin Hussien Onn menegaskan di dalam Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa Akta ISA akan dipinda dalam masa terdekat ini.
Bagaimanapun,Naib Presiden KeADILan, R. Sivarasa berkata, sudah tiba masanya kerajaan membawa sistem perundangan dan kehakiman negara ke tahap yang lebih matang seperti yang diamalkan negara-negara lain.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Subang menegaskan pendirian Pakatan Rakyat terhadap akta zalim itu adalah jelas bahawa akta itu melanggar prinsip hak asasi dan nilai agama .
"Kerajaan tidak patut pinda akta ini tetapi ia wajar dimansuhkan sahaja. Tidak payah bincang lagi dan nak kaji semula atau seksyen mana yang perlu dipinda,"katanya ketika ditemui di parlimen.
Beliau juga meminta kerajaan melihat negara jiran seperti Indonesia yang turut mempunyai pengganas bagaimanapun mereka sanggup dihadapkan ke mahkamah terbuka sehingga dibuktikan bersalah.
"Apabila ada bukti orang itu memang ada perancangan membuat ganas misalnya mahu meletupkkan bom, jadi mereka telah buktikan itu, macamana kita tidak boleh buat macam ini?
"Kenapa polis kita tidak boleh siasat? Kenapa institusi kehakiman kita tidak boleh menjalankan keadilan? Sebagaimana jiran kita Indonesia dan tak payah kita pergi jauh tengok contoh terdekat sahaja iaitu Indonesia,"katanya. - mks. _
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.