Khamis, 25 Jun 2009

A(H1N1): Timbalan Ketua Menteri Sabah kuarantin diri dan keluarga

BERNAMA


KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Peter Pang En Yin dan keluarga beliau mengkuarantin diri mereka sebagai langkah berjaga-jaga berikutan dengan kes Influenza A(H1N1).

Setiausaha politik beliau, Jason Tan berkata Pang yang juga Menteri Belia dan Sukan negeri berbuat demikian untuk kebaikan bersama.

"Anak lelaki Datuk Peter baru balik dari Melbourne minggu lepas dan beliau dalam keadaan stabil. Sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab, Datuk Peter mahu dirinya dan keluarga dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga," kata Tan tanpa menyebut di mana menteri berkenaan kini berada.

Pang sepatutnya mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menghadiri Pertandingan Forum Pelajar peringkat negeri di Sekolah Menengah Tshung Tsin, di sini hari ini.

Teks ucapan Musa dibacakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.