Azamin Amin
KUALA LUMPUR - Program satu hari warna hitam yang dilancarkan oleh penganjur Program Puasa Sunat dan Mogok Lapar akan memberikan minuman kopi percuma kepada orang ramai dari pagi sehingga ke petang hari ini.
Minuman itu hanya boleh didapati di Restoran Nasi Kandar Istana dilantai bawah Wisma DAP, Ipoh Perak yang telah dilancarkan malam tadi dalam satu program ceramah di bangunan itu.
Demikian pengumuman yang dinyatakan oleh Adun Titi Serong Drs Idham Khalil Lim di dalam blognya hari ini.
" Program ceramah di Wisma DAP sempena Program Puasa Sunat dan Mogok lapar mendapat sambutan luar biasa penyokong Pakatan Rakyat pelbagai bangsa sehingga kehadiran tidak dapat ditampung oleh ruangan wisma yang agak kecil menyebabkan melimpah sehingga kebawah.
Dalam pada itu katanya Setiausaha DAP Perak yang juga Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming menyalahkan pihak keselamatan yang tidak membenarkan program tersebut di tempat terbuka namun hanya dapat dilaksanakan dengan aman ditempat yang sempit itu.
Barisan penceramah yang menyampaikan ucapannya pada malam tadi adalah beliau sendiri termasuk Penasihat DAP Lim Kit Siang, Pengerusi DAP Perak, Dato' Ngeh Khoo Ham, dan ADUN Teja, Chan Lih Kang sementara Bekas Penolong Setiausaha Dewan Negara Salleh Bakar menyampaikan bacaan sajak di program itu.
Pada kesempatan yang sama Kit Siang telah menyampaikan jambangan bunga kepada dua wira Perak yang telah ditahan reman tiga hari di Selangor kerana menghadiri upacara memasang lilin minggu lepas. - azm _
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.