Rabu, 27 Mei 2009

Laporan PKFZ didedahkan esok

MALAYSIA KINI


Laporan audit Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) akan didedahkan kepada umum esok.
Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datuk Lee Hwa Beng mengesahkan bahawa beliau mengumumkannya dalam satu sidang akhbar esok.

Dalam emelnya kepada media, sidang akhbar tersebut akan diadakan di LPK pada jam 3.30 petang esok.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata beliau akhirnya telah mendapatkan lampu hijau Kabinet untuk mendedahkan keseluruhan laporan tersebut.

Beliau yang juga presiden MCA menulis dalam blognya bahawa kabinet telah membincangkan laporan PKFZ bagi kali ketiga hari ini.

"Saya gembira kerana perdana menteri dan anggota jemaah menteri berkongsi aspirasi saya bahawa kerajaan kita mesti telus dan menangani secara terus isu yang ada.

"Menyembunyi masalah bukanlah satu opsyen," tulisnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.