Selasa, 28 April 2009

Pilihanraya N12 Penanti : KeADILan PP akan pastikan peratusan majority lebih tinggi kali ini

Anna Yusof


KUALA LUMPUR : Pengerusi Perhubungan KeADILan Pulau Pinang Zahrain Mohamed Hashim akan mengadakan menyuarat dengan ahli jawatankuasa pilihanraya kecil N12 Penanti minggu depan bagi persiapan menghadapai pilihanraya pada 31

Mei ini.

“Ini termasuk program ceramah, perjumpaan dengan ahli Pakatan Rakyat iaitu Pas dan Dap untuk menyelaraskan program bersama,” jelas beliau kepada Suara Keadilan.

Menutut Zahrain, pengundi Penanti masih setia dengan Pakatan Rakyat. “Pakatan Rakyat akan menentukan peratusan undi akan naik dengan lebih baik berbanding dengan keputan pilihanraya Umum ke-12 dahulu,” tegas Zahrain.

Walau bagaimanpun, Kita tidak akan merasa selesa dengan keputusan lepas, jadi Pakatan Rakyat akan berganding bahu dan berkerja keras bagi memastikan kemenangan yang lebih baik kali ini.

Selain isu politik, beliau juga telah meluluskan permintaan pemuda Penanti untuk mengadakan perlawanan bola sepak antara pemain Penanti dengan pemain pasukan Pulau Pinang yang akan diadakan pada bulan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.