Jumaat, 27 Mac 2009

Kemenangan Khairy petanda Umno akan hilang dalam peta politik negara - Adun Paroi

WAN NORDIN WAN YAACOB


SEREMBAN- Kemenangan ahli Parlimen Rembau,Khairy Jamaluddin dalam saingan Ketua Pemuda Umno semalam adalah petanda Umno akan hilang dalam peta politik negara.

Demikian tegas Adun Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani dalam satu ulasannya hari ini berhubung kemenangan Khairy semalam.

Untuk makluman, Dun Paroi merupakan salah satu Dun di bawah Parlimen Rembau.

"Tiada siapa menyangka yang Khairy akan menang Ketua Pemuda Umno Malaysia. Memang ini tanda-tanda Umno akan hilang dalam peta Politik Malaysia dan hanya akan tinggal sebagai sejarah dalam buku sejarah Malaysia.

"Mukhriz Tun Dr Mahathir yang dilihat calon terbaik dan bersih dari rasuah politik akhirnya kalah," kata Taufek yang juga Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan.

Beliau berharap selesai pemilihan Umnio ini, pemimpin-pemimpin Umno yang juga menguasai kepimpinan kerajaan pusat dan kerajaan Negeri Sembilan , kembalilah ke akar umbi untuk merasai keperitan rakyat dalam situasi ekonomi yang lembap," katanya.

Ramai rakyat yang kehilangan kerja dan mereka benar-benar dalam kesempitan dan kesusahan hidup.

Sementara itu Ketua Pembangkang di Dun Negeri Sembilan, Loke Siew Fook yang juga ahli Parlimen Rasah berkata, kemenangan Khairy memperlihatkan perwakilan sebenarnya ingin kepada orang yang dikaitkan dengan rasuah.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Khairy,namun dalam masa yang sama mendakwa amalan politik wang seolah diterima perwakilan yang memilih Khairy.

Loke juga melahirkan rasa pelik bagaimana Umno yang katanya mahu berubah akhirnya memilih mereka yang ada kaitan dengan rasuah.

Beliau juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan politik wang yang bergelumang dalam Umno._

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.