Isnin, 23 Februari 2009

Guru dituduh cabul pelajar

BERNAMA


KOTA BHARU: Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua tuduhan cubaan mencabul dan merogol seorang pelajar perempuan dan satu pertuduhan memiliki bahan lucah kira-kira dua tahun lalu.

Mohd Nasir Abdul Rahman, 50, dituduh cuba mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun di Bilik Unit Peperiksaan, Sekolah Menengah Rantau Panjang dekat sini pada 3.30 petang, 16 Mac 2007.

Bagi pertuduhan kedua, guru itu didakwa cuba merogol pelajar perempuan yang sama di PT 1832, Kampung Gual, Rantau Panjang pada 12 tengah hari, 14 April 2007.

Dia juga didakwa memiliki gambar lucah di dalam telefon bimbit dan komputer ribanya di Balai Polis Rantau Panjang pada 11.25 malam, 24 April 2007.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.