Harakahdaily
KUALA LUMPUR - "Umno di bawah pemimpin Dato' Seri Abdullah sudah menyimpang jauh dari jalan yang lurus, dan perjuangan Umno yang sebenar."
Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad menyifatkan Umno dibawah pemimpin Dato Seri Abdullah sudah menyimpang jauh dari jalan yang lurus, dan perjuangan Umno yang sebenar.
Malah katanya oleh sebab itu ahli-ahli Umno pun tidak lagi pegang kepada matlamat perjuangan untuk bangsa, agama dan negara termasuk setia dan patuh kepada pemimpin tanpa mengambilkira apa yang dilakukan olehnya.
"Sesungguhnya banyak kesalahan dan dosa yang telah dilakukan oleh pucuk pimpinan UMNO dan konco-konconya.
"Saya boleh senaraikan semua kesalahan yang dilakukan oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden Umno dan Perdana Menteri. Tetapi ia terlalu panjang. Memadai jika saya sebut beberapa sahaja yang menyebabkan saya tolak Umno sekarang," katanya dalam blog peribadi beliau.
Antara kesalahan yang dilakukan kata Mahathir iaitu memberi kuasa kepada anak dan menantu dalam urusan parti dan kerajaan sehingga calon-calon PRU 12 ditentukan oleh mereka dan hampir semua dari mereka yang dipilih menjadi calon kalah dalam pilihan raya tersebut.
"Penglibatan anak menantu dalam perniagaan yang dikuasai oleh Kerajaan. Bantuan Kerajaan kepada perniagaan mereka. Umpamanya pengambilalihan Avenue Asset oleh ECM Libra.
"Kegiatan beberapa pembantu khas yang ditempatkan di tingkat 4. Mereka lebih berkuasa dari Kabinet," katanya yang mengulangi kritikannya sebelum ini
Katanya Umno di bawah pimpinan Abdullah telah jadi begitu lemah sehingga dikecam sewenang-wenangnya oleh kaum-kaum lain dan parti mereka.
Dalam pada itu beliau yakin apabila dalam Mesyuarat Agung Mac ini calon-calon yang diketahui menyogok wang kepada wakil ke mesyuarat agung menang, Umno akan dipandang jijik oleh rakyat semua kaum dan Umno akan kalah pada PRU 13.
"Biarlah kekalahan Umno di Kuala Terengganu menjadi pengajaran pada Umno. Janji-janji memberi wang untuk pembangunan tidak lagi berkesan kepada pengundi umum.
"Sesungguhnya rakyat termasuk orang Melayu meluat melihat sikap ahli dan pemimpin Umno.- azm _
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.