Muda Mohd Noor
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bercadang mengenakan tindakan terhadap rumah-rumah ibadat bukan Islam yang menggunakan simbol-simbol kesucian Islam termasuk ayat-ayat al-Quran di bangunan mereka.
Ayat-ayat itu didakwa digantung di beberapa tempat di rumah ibadat mereka.
Malaysiakini difahamkan Jais akan mendapatkan penjelasan daripada pengurusan rumah ibadat terbabit sebelum tindakan tersebut diambil.
"Kita kini dalam proses untuk mengadakan perjumpaan dengan mereka kerana mahu mendengar penjelasan mengapa mereka menggunakan ayat Quran di rumah ibadat mereka.
"Orang ramai yang mengadu kepada Jais mengenai perkara tersebut, mereka memberitahu ada sejumlah rumah ibadat yang berbuat demikian," kata sumber-sumber hari ini.
Bagaimanapun, sumber-sumber enggan memberitahu lokasi dan jumlah rumah ibabat yang berbuat demikian di Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.