Selasa, 23 Disember 2008

Penduduk trauma pulang ke rumah

Oleh SHARILFUDDIN SAARI dan NURUL MAZNIZA MOHD. SUKARI


KUALA LUMPUR - Penduduk kawasan perumahan Bukit Antarabangsa yang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing mulai kelmarin, masih ketakutan untuk kembali ke kediaman mereka ekoran dibelenggu trauma tragedi tanah runtuh meragut empat nyawa, 6 Disember lalu.

Walaupun telah dua hari pihak berkuasa mengumumkan sebahagian rumah selamat didiami, hanya tiga pemilik rumah yang mendaftar berpindah semula ke kediaman masing-masing.

Mereka mendaftarkan nama di Pusat Operasi Bukit Antarabangsa dekat sini untuk mendapatkan pas kebenaran memasuki kawasan tragedi itu.

Sedangkan, pihak berkuasa telah membenarkan 175 keluarga pulang ke rumah masing-masing selepas kediaman mereka disahkan selamat untuk didiami manakala 81 keluarga perlu menunggu sehingga sebulan lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.