Khamis, 4 Disember 2008

Dewan tolak usul potong gaji Syed Hamid, Musa

UTUSAN ONLINE


KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dikemukakan oleh dua Ahli Parlimen DAP supaya gaji Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dipotong sebanyak RM10.

Timbalan Yang Dipertua, Datuk Ronald Kiandee menolak usul Teresa Kok (DAP-Seputeh) dan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) setelah pengundian suara dijalankan.

Bagaimanapun, Teresa yang tidak berpuas hati mempertikaikan keputusan Ronald dan memohon supaya pengundian secara blok dilaksanakan.

Hasilnya, Dewan Rakyat mendapati permohonan Teresa itu mendapat 30 undi menyokong sedangkan terdapat 48 undi menentang menyebabkan Ronald memutuskan usul itu tidak diluluskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.