PENAREK BECA
Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mempersoalkan sikap para pemimpin Umno yang hanya menentang malah mengadakan demonstrasi terhadap kenyataan dari seteru politik mereka sahaja, tetapi berdiam diri ketika institusi Islam dihina.
"Baru-baru ini gerombolan yang entah siapa-siapa dengan begitu bangga dan megah menjerit-jeritkan kata-kata "stupid fatwa everywhere".
"Di mana pemimpin Umno Selangor yang berdegar-degar dalam isu azan? Di mana pemimpin Umno Perak yang kononnya memperjuangkan sekolah agama rakyat? Di mana semua pemimpin Umno yang kononnya memperjuangkan kepentingan Islam?
"Mengapa mengambil sikap berpilih-pilih atau selektif? Oleh kerana gerombolan itu bukan musuh politik mereka, mereka berdiam diri?" Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mempersoalkan.
Begitu kenyataan Salahuddin mengenai demonstrasi segerombolan betina mengenai isu pengkid (lihat berita Malaysiakini 7/11/08 bertajuk "Protest against anti-tomboy fatwa").
Pernah diceritakan kepada saya oleh seorang kakitangan di Parlimen tentang perbualan Salahuddin dengan beberapa Ahli Parlimen DAP, kalau tak silap termasuk Teresa Kok, yang beliau terdengar.
Dalam perbualan itu, Ketua Pemuda PAS memberitahu Ahli-Ahli Parlimen DAP itu, walaupun pihaknya percaya dengan kerjasama dan engagement, tetapi dalam soal-soal yang berkaitan dengan pencerobohan agama Islam (yang selalu Salahuddin sebut sebagai "territory kita" dalam perbualan-perbualan yang kebetulan saya tumpang dan orang jangan ceroboh "territory kita"), kakitangan tersebut memberitahu bahawa Salahuddin menggunakan kata-kata "over my dead body".
Saya juga berharap PAS tidak bersikap selektif dalam soal-soal mempertahankan Islam. Saya harap PAS tidak cakap sahaja tetapi membuktikannya, tidak kiralah terhadap siapa pun.
Saya suka kata-kata Salahuddin:
"Bagi kita, agama kita adalah territory atau wilayah kita, agama orang lain pula wilayah mereka. Kita tidak pernah dan tidak mahu menceroboh wilayah orang lain dan orang lain jangan menceroboh wilayah kita.
"Kita tidak pernah melakukan provokasi ke atas agama orang lain. Orang lain pula janganlah melakukan provokasi ke atas agama kita".
Sambil berharap PAS tidaklah bersikap selektif dan jangan cakap tak serupa bikin, saya pun nak tanya juga di manakah panglima kontot yang terjerit-jerit dalam isu azan, tulisan jawi pada papan tanda serta isu sekolah agama rakyat di Perak.
Tinggal lagi, saya berharap tidak ada pula yang membaling molotov cocktail ke muka kepala betina-betina itu yang katanya bernama Lee Wei San. Saya tak tuduh, tetapi molotov cocktail kebetulan dibaling apabila Umno sakit hati. Saya kata kebetulan, saya tak tuduh ni!
Bagi saya isu fatwa itu mudah sahaja. Pihak berkuasa agama mungkin berpendapat fatwa terpaksa dibuat mengenai benda-benda yang tidak disebut dengan jelas dalam al-Quran atau hadith. Maklumlah, zaman Nabi Muhammad s.'a.w.w. tak ada pengkid, nak sebut macam mana?!
Dalam negara ini, setahu saya, siapa yang nak ikut fatwa, ikutlah. Siapa yang tak nak ikut, suka hati hang la nak tungging buyung pun. Tungging apa pun boleh. Tak perlu sampai nak ceroboh urusan agama orang, ceroboh territory orang.
Dengan bangga pula terjerit-jerit "stupid fatwa everywhere". Tak stupid ka amba abdi dan kuli kepada kehendak ego yang perasan hebat sangat? Hamba abdi dan kuli kepada kehendak kemaluan sendiri tidak stupid?
Nanti sat, tak habis lagi. Nak tanya ni, puak-puak yang buat fatwa pula, bila nak buat fatwa tentang penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Speaker Dewan Rakyat yang berat sebelah, Perdana Menteri yang tak mahu isytihar harta keluarganya dan banyak lagi benda lain yang menyiksa rakyat?
(Kepada yang masih tidak tahu apa benatang pengkid itu, Harian Metro 9 November lalu menceritakan, antara ciri pengkid ialah berpakaian dan bergaya seperti lelaki (pakaian dan cara hidup), tubuh badan dan rambut sama seperti lelaki, menjalin hubungan dengan wanita sehingga ada yang bercinta dan melakukan seks, membengkung payudara, suka wanita cantik dan menganggap diri seperti lelaki yang boleh menjaga pasangan, terutama apabila diganggu).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.