Ekmal Yusof
BAGAN SERAI - Kerajaan Pakatan Rakyat Perak akan memperuntukkan dana sebanyak RM2 juta bagi Tabung Khas Kebajikan Rakyat dalam Perbelanjaan Bajet 2009 terhadap kes-kes seperti penderitaan penahanan mangsa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan keluarganya.
Menteri Besar, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin mengumumkan demikian dalam pengulungan Perbelanjaan Bajet 2009 di Persidangan Akhir Dewan Negeri Perak di Ipoh baru-baru ini dan perkara ini dinyatakan oleh Exco Agama, Pendidikan Islam,Wanita dan Kebajikan, Haji Mohd. Zainuddin Mohd.Yusof ketika berucap merasmikan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Parti Pakatan Rakyat di Bandar Baru, Bagan Serai kelmarin.
"Kerajaan Perak menubuhkan tabung khas untuk membantu rakyat ditimpa nasib malang seperti memastikan dapat memberi bantuan tetap terhadap kebajikan anak-anak dan isteri mangsa keluarga tahanan ISA selagi suaminya di dalam tahanan,"kata Mohd. Zainuddin.
Tegasnya, dana itu bertujuan membantu dalam perbelanjaan persekolahan anak-anak dan saraan isteri mangsa ISA yang keseorangan menanggung bebanan hidup keluarga.
Dalam ucapannya itu, beliau menjelaskan bahawa ISA adalah akta yang zalim di mana mangsa tidak diberi peluang untuk membela diri.
"Itulah sebabnya kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf ISA malah berusaha untuk menghapuskan akta tersebut dan setidaknya kem ISA di Taiping itu dinyahkan dari Perak segera,"katanya.
Tegasnya, ISA ditubuhkan di zaman penjajahan British di Tanah Melayu dengan satu tujuan sahaja iaitu untuk membanteras pengganas komunis.
"Bukannya seperti dilakukan oleh umno-BN sekarang tangkap sesiapa sahaja dengan sesuka hati dan kenakan akta ISA itu dengan menyumbatkan mangsa di dalam Tahanan Kem Kamunting, Taiping tanpa bicara,"jelas Zainuddin. - mks. _
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.