Sabtu, 22 November 2008

Didakwa larikan anak orang tapi menang besar

SIASAH DAILY


TEMERLOH: Selepas gempar dengan cerita ada calon Umno yang bertanding untuk merebut jawatan dalam salah satu Umno Bahagian di Pahang dengan cara mengedarkan nombor ekor untuk mendapatkan undi kini Umno negeri ini sensasi lagi dengan kisah seorang calon yang bertanding Timbalan Ketua Bahagian telah menang besar walaupun dikaitkan dengan salah laku moral.

Calon tersebut dikatakan telah kahwin lari dengan anak dara orang untuk dijadikan isterinya nombor tiga.

Menurut laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita, beliau mendakwa anak perempuannya telah berkahwin dengan pemimpin Umno tersebut yang juga Adun salah sebuah kawasan dalam daerah Jerantut.

Beliau membuat laporan kerana meragui perkahwinan anaknya itu dan sebagai rujukan pihak Jabatan Agama

Laporan tersebut mengatakan, pada 22 Mei 2008 beliau telah melihat anak gadisnya itu keluar rumahnya di Felda Sungai Retang, Jerantut dengan membawa pakaiannya. Beliau cuba menghalang tetapi gagal.

Pada awal bulan Jun, beliau mendakwa, telah dimaklumkan bahawa anak perempuannya itu telah berkahwin lari dengan pemimpin Umno tersebut sebagai isterinya yang ketiga.

Sejak itu beliau tidak dibenarkan berjumpa anak gadisnya itu.

Siasah difahamkan salinan report polis tersebut telah digunakan oleh pihak tertentu untuk menghalang pemimpin Umno tersebut daripada memenangi pertandingan jawatan Umno Bahagian.

Salinan report itu dikatakan telah diedarkan kepada ahli-ahli Umno yang datang ke mensyuarat bahagian.

Bagaimanapun apa yang menarik, pemimpin itu telah menang besar dan bergaya menewaskan lawannya dengan melebihi 100 undi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.