MSTAR ONLINE
SHAH ALAM: Sepasukan pemeriksa diketuai oleh Pengarah Urusan Edaran Otomobil Nasional Bhd, Datuk Syed Hisham Syed Wazir dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Mohamad Shukor Ibrahim akan memeriksa keadaan Perdana V6 Executive kegunaan anggota Exco negeri Selanogr Ronnie Liu dan sekumpulan kereta Proton lain di pejabat kerajaan negeri di sini esok.
EON dalam kenyataannya berkata, Syed Hisham telah menghubungi Ronnie untuk tujuan itu.
Ronnie berkata, bonet Perdana V6 itu tibatiba ketika beliau dalam perjalanan menuju Petaling Jaya melalui Lebuhraya Persekutuan dan ini menghadang pandangan pemandunya hingga terpaksa melakukan brek kecemasan.
Akibatnya, bonet kereta itu kemek dan cermin depan retak.
Ekoran itu kenderaan tersebut dibawa ke Pusat Servis EON di Glenmarie untuk diperbaiki, namun Liu mendakwa kakitangan di pusat servis enggan memeriksa keretanya dengan alasan kerajaan Selangor masih mempunyai tunggakan penyelenggaraan di pusat itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.