Suhakam digesa gerakkan undang-undang hak asasi manusia
Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR- Deklarasi Klang menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bekerjasama dengan kumpulan masyarakat madani, kesatuan sekerja, komuniti orang asal, badan agama termasuk parti politik dan persatuan perniagaan untuk menggerakkan satu rang undang-undang hak asasi manusia supaya mempertahan dan meningkatkan hak-hak semua rakyat Malaysia dan alam sekitar.
Deklarasi itu juga menyeru kerajaan mempertahankan perkara 9 dan perkara 10 dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di mana tiada orang boleh ditangkap, ditahan atau diusir sewenang-wenangnya.
Deklarasi Hak Asasi Manusia itu menegaskan semua orang adalah saksama dan berhak mendapatkan pendengaran awam oleh tribunal yang bebas dan adil, untuk menjamin hak dan kewajipan mereka ketika menghadapi sesuatu dakwaan jenayah.
"Kami merayu kepada rakyat Malaysia termasuk masyarakat madani untuk menganjurkan perjumpaan dan perhimpunan untuk mendidik rakyat dan mewujudkan satu gerakan membantah ISA secara besar-besaran," gesa Deklarasi Klang itu yang dibuat selepas perhimpunan kira-kira 1200 orang dalam sambutan Hari Raya bersama-sama mangsa dan keluarga tahanan ISA.
Deklarasi itu juga menuntut kerajaan (Barisan Nasional) BN membebaskan Raja Petra Kamarudin, Hindraf 5 dan semua tahanan ISA serta-merta.
Kerajaan BN juga dituntut memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dalam sesi parlimen yang akan datang.
"Kami menyatakan kekesalan kami apabila ISA telah diguna secara sistematik untuk menghapuskan pembantah, pandangan alternatif dan menghasilkan ketakutan di dalam negara. <[>"Sebenarnya, ia hanya digunakan untuk menjaga dan menyelamat kepentingan Umno/BN, tiada kena-mengena dengan keselamatan dalam negera.
"Kami menolak alasan yang diberi untuk menahan Ahli Parlimen DAP merangkap Exco kanan kerajaan Selangor Teresa Kok dan wartawan kanan Sin Chew Jit Poh Tan Hoon Cheng.
"Kami percaya tahanan tanpa bicara mencabul prinsip keadilan semula jadi dan menafikan peluang seseorang untuk mempertahankan sendiri di dalam mahkamah.
"Malaysia kini tidak ada ruang untuk undang-undang zalim," tegas deklarasi itu._
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.