Rabu, 15 Oktober 2008

Pilihan raya kampus, 3 fakulti menang tanpa tanding

Intan Abdullah


KUALA LUMPUR - Sesi Penamaan di Universiti Perguruan Sultan Idris menyaksikan pertandingan antara kumpulan Pro Mahasiswa dengan Aspirasi dengan tiga fakulti menang tanpa bertanding.

Fakulti yang diisytihar menang adalah Fakulti Seni dan Muzik, Fakulti Bahasa dan Fakulti Sains Sukan dengan lima daripadanya merupakan calon kumpulan Aspirasi dan seorang daripada Pro Mahasiswa.

Pihak sekretariat Pilihan raya kampus Upsi mengumumkan kemenangan itu setelah mendapati tiada pertandingan memandangkan bilangan kerusi yang diperuntukkan tidak mempunyai pertambahan calon.

Sehingga jam 4.30 petang semalam, lima fakulti termasuk lima kerusi untuk kawasan umum dipertandingkan yang menjadikan kesemua kerusi berjumlah 21.

Manakala empat kerusi diperuntukan untuk lantikan etnik .

Kerusi umum pula akan menjadi rebutan lima calon dari pro Mahasiswa dan enam calon dari Aspirasi.

Proses penamaan yang berlangsung di Dewan Bitarasiswa bermula seawal 8.30 pagi begitu aman dengan kawalan daripada pihak urusetia serta pegawai polis yang berpakaian preman dari balai polis Tanjong Malim dan Slim River.

Turut hadir Naib Canselor Upsi, Prof Dato' Dr Aminah Ayob yang turun memantau perkembangan proses penamaan.

Walau bagaimanapun, tempoh penamaan dilanjutkan masanya pada jam 11 pagi, dengan satu bantahan terhadap calon Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia.

Ia disusuli dengan taklimat berkaitan peraturan pilihan raya pada jam 4.45 petang namun timbul persoalan dan keraguan terhadap sistem e-voting yang telah muktamad akan dilaksanakan pada PRK kali ini. - mks. _

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.