Khamis, 23 Oktober 2008

Datuk Ishak bersalah sabotaj parti

Muda Mohd Noor


Lembaga Disiplin Umno yang bermesyuarat hari ini mengumumkan bahawa tiga ahli Umno, termasuk Datuk Ishak Ismail Daria bahagian Seremban, didapati bersalah melakukan sabotaj sewaktu pilihanraya umum Mac lalu.

Dua lagi ialah Isang Rawai dari Kota Marudu, Sabah dan Mohd Samsuddin Dawam (Ledang).

Isang bertanding sebagai calon bebas dalam pilihanraya umum lalu manakala Mohd Samsuddin pula telah menjadi wakil kepada calon PAS.

Berikutan itu, pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen berkata Ishak telah diberi amaran.

Manakala lembaga tersebut akan mencadangkan kepada Majlis Tertinggi Umno supaya memecat Isang dan Mohd Samsuddin.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibunegara, Tengku Ahmad berkata, ini kerana lembaga disiplin tidak mempunyai kuasa untuk memecat mereka.

Katanya, 12 lagi turut disiasat atas tuduhan berkaitan dengan politik wang, salahguna kuasa dan salah tingkahlaku sewaktu pemilihan di cawangan yang lalu.

Menurutnya, siasatan mendapati lima daripada mereka bersalah dan diberi amaran manakala tujuh lagi didapati tidak bersalah.

Mereka yang didapati bersalah ialah Datuk Mustaffar Kamal Abdul Hamid dari bahagian Raub, Datuk Abdullah Abu Bakar (Raub), Alias Kussin (Labuah), Datuk Yunus Kurus (Labuan) serta ketua Umno bahgaian Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman.

Manakala tujuh lagi yang didapati tidak bersalah ialah Datuk Ahmad Yassin (Ledang), Jaafar Ahmad (Ledang), Shahril Ismail (Tanjung Piai), Jamilah Endan (Tanjung Piai), Jelin Dasanap @ Jelani bin Hamdan (Kota Marudu), Majial Mangulizang (Kota Marudu) dan Kampun Inok (Kota Marudu.

Tengku Ahmad berkata, jumlah keseluruhan aduan yang diterima oleh lembaga disiplin ialah 632 kes dan 135 aduan telah disiasat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.