Sumbangan fakir miskin,PAS turut bantu bukan Islam
Mohd Sabri Said
PULAU PINANG - Dua individu India yang mewakili Kelab Penyokong PAS antara 302 orang penerima sumbangan Aidilfitri daripada Lajnah Ekonomi PAS Negeri Pulau Pinang yang diadakan di pekarangan Masjid Jamek Kubang Semang semalam.
Pengerusinya, Zulkifly Mohd Lazim semasa ditemui selepas penyampaian sumbangan berkenaan berkata, kali ini lajnah bukan tertumpu pada sumbangan untuk fakir miskin sehaja malahan kepada aktivis PAS di setiap cawangan dan Kelab Penyokong PAS.
Beliau berharap ianya menjadi turutan kepada mana-mana program seumpama ini di tahun-tahun akan datang sama ada peringkat kawasan dan cawangan.
"Selalunya kita hanya bagi sumbangan kepada fakir miskin tetapi kali ini kita buat kelainan iaitu sampaikan juga pada aktivis PAS dan wakil Kelab Penyokong PAS yang dikira memberi sumbangan fikiran dan tenaga menjayakan mesej PAS selama ini, " ujarnya.
Tanpa penglibatan aktif mereka tambah beliau, PAS tidak ke mana kerana jentera parti bermula dari bawah bukan di peringkat atasan.
Peringkat atasan hanya pembuat dasar dan polisi manakala di peringkat akar umbi merupakan pengerak atau penjana kejayaan sesuatu organisasi maka jasa mereka harus dihargai.
Adanya Kelab Penyokong PAS juga ujar Zulkifly, memberi manafaat yang cukup berkesan pada PAS keseluruhanya kerana mereka boleh mendekati kaum mereka sendiri tanpa rasa takut bagi tujuan menyampaikan maklumat PAS.
"Dulu PAS memang sukar untuk memecah tembok masyarakat bukan Islam dalam usaha dakwahnya tetapi kini agak mudah sebab wujudnya Kelab Penyokong PAS yang diterajui oleh Dr Mujahid Yusuf Rawa di peringkat PAS Pusat, " katanya.
Kesemua sumbangan fakir miskin diberikan barangan keperluan seharian dan sekampit beras manakala aktivis PAS dihadiahkan sehelai kain pelekat.
Turut memberi sumbangan pada majlis berkenaan ialah Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin dan Pengerusi Masjid Jamek Kubang Semang, Ustaz Suhaimi Harun. - mks. _
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.