Isnin, 22 September 2008

Sidang Khas Perlu Diadakan, DAP syor 29 September
Suara KeADILan


KUALA LUMPUR - Sidang khas Parlimen harus diadakan bagi menentukan pihak mana yang mempunyai majoriti di Parlimen harus dilakukan secepat mungkin, ujar Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Menurutnya melalui petikan akhbar online, Mstar, pemintaan Anwar bagi mengadakan sidang tergempar harus dibawa berbicang di mesyuarat kabinet rabu ini.

“Saya mengesyorkan agar permintaan Anwar supaya diadakan mesyuarat khas Parlimen dibincangkan di Kabinet Rabu ini dan diluluskan agar kita boleh mengadakan sidang khas pada 29 September,” katanya

Katanya, kerana keengganan Perdana Menteri untuk mengadakan sidang khas esok, beliau mengesorkan agar sidang berkenaan diadakan pada 29 September ini.

Tambah Ahli Parlimen Ipoh Timur itu lagi, sidang khas itu tidak perlu diadakan pada 13 Oktober depan seperti mana yang dikatakan oleh Perdana Menteri yang menolak permintaan Anwar untuk diadakan sidang khas berkenaan.

“Jika Pakatan mempunyai majoriti (anggota Dewan Rakyat), maka saya meminta Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara aman dan demokratik menerima Anwar sebagai Perdana Menteri yang baru,” kata Lim.

Lim menambah, Pakatan Rakyat mahu perkara tersebut diselesaikan secepat yang mungkin sebelum Aidilfitri dan tidak perlu menunggu sehingga Parlimen bersidang pada 13 Oktober ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.