Komponen BN wajar contohi SAPP
Sahar Abdul Majid
KOTA KINABALU - Parti KeADILan Sabah menyifatkan keputusan Parti Maju Sabah (SAPP) keluar dari Barisan Nasional (BN) satu tindakan berani dan wajar dicontohi oleh parti komponen lain dalam BN.
Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah Abdul Razak Jamil berkata, tindakan yang diambiloleh SAPP itu merupakan tindakan berani menyatakan prinsip perjuangan parti dan ianya wajar dicontohi.
Sambil menyambut baik keputusan SAPP itu, Razak yang juga merupakan seorang peguam muda berkata, langkah bijak parti itu telah menyebabkan BN Sabah mula goyah.
Menurutnya,walaupun selama ini BN Sabah sering mendakwa parti itu amat kukuh dan sukar untuk digugat oleh mana-mana parti pembangkang, namun suasana politik ketika ini menolak tanggapan itu.
"Walaupun BN Sabah menafikannya, namun apa yang berlaku sekarang ini ramai di kalangan ahli BN sama ada yang berjawatan ataupun ahli biasa bakal menyertai Pakatan Rakyat di negeri ini," kata Razak ketika dihubungi semalam.
Sehubungan dengan itu, beliau mempelawa SAPP menyertai Pakatan Rakayat kerana dengan gandingan mantap itu, hak bersama dan hak rakyat Sabah dapat diperjuangkan dengan sebaik mungkin yang tidak diperolehi semasa berada dalam BN sebelum ini.
Ketika ditanya sama ada Pakatan Rakyat Sabah telah membuat pertemuan dengan parti itu bagi membincangkan halatuju perjuangan rakayat selain mempelawanya menyertai Pakatan Rakyat,beliau berkata,"setakat ini belum ada apa-apa pertemuan yang dirancangkan dan kita menyerahkannya kepada pucuk pimpinan negeri tetang hal ini."
Pada 17 September baru-baru ini, perkembangan politik Sabah melakar satu lagi sejarah baru dalam politik tanah air apabila SAPP bertindak keluar daripada BN selepas tidak lagi yakin dengan kepimpinan BN untuk membela rakyat. - mks._
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.