Kerajaan mungkin kaji semula harga petrol bulan depan
BERNAMA
PUTRAJAYA: Kerajaan mungkin sekali lagi mengkaji semula harga petrol bulan depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Beliau berkata, jika minyak global berharga AS$109 setong hingga akhir tahun, kerajaan mungkin mengurangkan harga bahan bakar di pam.
"Harga minyak mentah global kini ialah AS$109 setong. Jika ia kekal pada paras itu, pastinya saya sangat gembira untuk mengurangkannya sebanyak 15 sen berbanding harga semasa RM2.55 (di pam)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara, di sini hari ini.
"Doakan supaya ia (harga minyak mentah) tidak naik, dan ia akan turun lagi. Kami kini memantaunya sepanjang masa," kata Abdullah yang juga Menteri Kewangan.
Pada 23 Ogos lepas harga minyak dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.55 seliter berbanding RM2.70.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.