Kakitangan kerajaan Perak gembira dapat bonus
Johari Jaafar
IPOH - Pengumuman pemberian bonus kepada seluruh kakitangan awam di negeri ini yang diumumkan oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin disambut baik oleh kakitangan kerajaan negeri dan mereka mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.
Pemberian bonus sebulan gaji dengan kadar minima RM1200 disambut dengan penuh kesyukuran seluruh warga pegawai kakitangan awam negeri Perak.
Pengumuman pemberian bonus sebulan gaji dengan kadar minima RM 1200 itu diumumkan oleh Menteri Besar Perak sewaktu berucap dalam majlis penyampaian bubur lambuk di bangunan Perak Darul Ridzuan kelmarin.
Pembayaran bonus tersebut akan diterima penuh sebelum hari raya ini.
"Pemberian bonus kepada seluruh kakitangan kerajaan negeri Perak membuktikan kepekaan kerajaan Pakatan Rakyat terhadap seluruh kakitangan yang merasai kesan kenaikan kos hidup yang semakin tinggi," Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak (BBC) Drs Khalil Idham Lim.
Pemberian bonus tersebut berlainan dengan pemberian bonus kepada pegawai persekutuan yang diberikan secara berperingkat sebanyak dua kali.
Beliau yang juga Adun Titi Serong berharap dengan pemberian bonus tersebut akan dapat meningklatkan motivasi dan gerak kerja kakitangan awam di negeri ini dalam memajukan negeri ini. - mr _
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.