Bolehkah nasihat PM supaya rakyat tidak membazir dipakai?
Shirzad Lifeboat
Ketika menghadiri majlis berbuka puasa di Pahang, Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi turut menyampaikan takzirah.
Seperti yang dijangkakan tidak ada yang baru tentang isi takzirah berkenaan dan tidak juga mencerminkan apa yang sepatutnya disampaikan oleh seorang yang bertaraf Perdana Menteri/Menteri Kewangan dan dianggap pula mempunyai pengetahuan agama taraf par excellence.
Setakat mahu mengingatkan hadirin, "Kalau pergi beli barang (makanan), apa sahaja yang dilihat, semuanya sedap, beli banyak, akhirnya tak habis. Ini adalah pembaziran, Allah telah berfirman jangan membazir ia adalah kawan kepada syaitan."
Tapi kata-kata di atas, secara default sudah tentulah berita besar yang perlu dilaporkan oleh agensi berita. Ia macam satu idea dan penemuan asli yang sebelum ini tidak diketahui oleh umat Islam Malaysia.
Tentu sekali Islam menuntut umatnya berpesan-pesan dan mengingati di antara satu dengan yang lain. Namun rakyat tentulah tidak mengharapkan Abdullah sebagai seorang PM hanya mampu menyampaikan atau berpesan dengan pesanan yang semua orang sudah tahu.
Kalau nak membazir sekalipun, mahu membazir bagaimana sekiranya yang diperlukan pun tak mencukupi.
Seperti yang typical dengan kebanyakan Menteri Umno yang suka buat macam-macam seruan (seolah-olah itulah kerja utama seorang Menteri), Abdullah juga menyeru umat Islam Malaysia agar menjadikan bulan Ramadan sebagai bulan untuk membentuk diri mereka menjadi perancang yang bijak berbelanja.
Nampaknya Perdana Menteri masih tidak faham maksud perancangan yang dibuat oleh kerajaan tentang bagaimana mahu membelanjakan wang dengan bagaimana rakyat biasa Malaysia mahu meneruskan hidup dengan wang sebanyak itu relatif kepada harga barangan masa kini.
Apalah gunanya cerita tentang subsidi dan segala macam bantuan apabila dasar dan tindak-tanduk yang dibuat oleh kerajaan Umno/BN sendiri yang bertanggungjawab membuatkan rakyat susah kemudian tolong pula rakyat kerana kononnya mahu ringankan beban rakyat?
Berapa ramaikan agaknya termasuk penyokong kuat Umno sendiri yang boleh berkata, "Baiknya hati Pak Lah.. Bijaknya Pak Lah", kerana bertungkus lumus siang malam pagi petang kerana mahu meringankan beban rakyat?
Mungkin Abdullah merasakan masih ramai yang mengatakan begitu justeru beliau tidak nampak apa-apa salah dan silapnya dan merasakan rakyat masih ada banyak duit untuk dibazirkan. - mr _
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.