Selamat jalan Khir Toyo
Oleh Abang Mahmor
Sejak kebelakang ini, mantan Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohd Khir Toyo nampaknya sedang menjalani hukuman terhadap sikap angkuh dan tamaknya mentadbir Negeri Selangor sebelum ini.
Patutlah sebelum ‘tergolek’, beliau sendiri sudah bersifat ‘buang tabiat’ dengan mengubah wajahnya menjadi jawa terhansem di rantau ini. Ditambah pula dengan jawapannya kepada wartawan yang bertanya perubahannya itu hanya kononnya dengan makan
Oleh kerana dia menteri besar ketika itu, ramai yang percaya lalu
Kisah penyapu juga satu lagi elemen yang menjurus kepada kejatahuannya akibat sial penyapu makan diri. Ketika beliau menyampaikan penyapu kononnya simbolik kepada Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kelang, Dan Majlis Daerah Ulu Selangor, memang ramai yang menyumpah seranah beliau.
Boleh dikatakan Melayu yang melihat peristiwa itu dalam Media, lebih-lebih lagi yang menyaksikan upacara penyerahan penyapu itu memang menyumpah dan memaki hamun Mohd Khir supaya ditimpa celaka yang sebesar-besarnya. Nampaknya, sumpah itu telah dimakbulkan tuhan.
Dengan tebal muka bagai bertampal kulit babi, Khir sedang ‘menjelajah’ sokongan
Dalam menagih simpati itu, beliau juga berjariah wang ringgit yang tidak diketahui tersimpan dalam peti besi ali baba di mana-mana. Di perjumpaan-perjumpaan kecil, Khir difahamkan dari orang yang menemui beliau ada yang menceritakan kepada rakan-rakan termasuk saya sendiri.
Mereka terima apa dan berapa saja yang diberi. Seperti juga penerima penyapu terpaksa terima. Terima pun dianggap ‘sapu’. Hanya penyapu sahaja yang berjariah dengan ‘sampah’ yang disapu.
Maklumlah, ini merupakan kali pertama Mohd Khir jatuh. Beliau telah banyak kali mahu dijatuhkan oleh orang-orang yang tahu skandalnya dengan hartanah, wang ringgit dan moral orang Melayu, tetapi beliau berjaya ‘membeli’ usaha itu dengan kemampuannya yang luar biasa sejak jadi MB Selangor.
Semua kawan-kawan yang menemuinya tidak dapat menyorok memberitahu bahawa Khir kelihatan panik dan berwajah kesempor setiap kali berdepan dengan persoalan-persoalan sensitif baginya.
Beliau membuka blognya sendiri kononnya mahu menegakkan benang basah dan menyertai gelanggang membelasah perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya berundur.
Daripada situlah jelas sangat sifat rakusnya terhadap kepimpinan dan kesetiaannya terhadap ketua amat rapuh. Inilah orang yang tak kenang budi, tidak berhati perut dan tidak berterima kasih kepada pemimpin yang pernah menerima alasannya perihal membotakkan tanah Selangor pada suatu ketika dulu.
Sikap angkuhnya terhadap isu merobohkan kuil di Padang Jawa juga satu lagi eleman yang menambahkan marah kaum
Patutnya, dari situlah Pak Lah perlu faham yang Khir bukan seorang pemimpin pelbagai kaum di negara ini yang mana perkara itu boleh diselesaikan dengan cara baik. Orang
Sesungguhnya benar, dirinya menang, tapi sebuah negeri kalah. Sorak sorek membawa mesej ‘padan muka dia’ itu ternyata tersebar dalam media terutama dalam akhbar-akhbar nyamuk dan dunia cyber. Walaupun Khir tidak dengar orang bertepuk tangan, tetapi patut sedar dirinya siapa. Kembalilah ke pangkal jalan, mengadap kiblat, mengadap tuhan mohon ampun semasa hayat masih ada.
Bukan sekadar pergi umrah boleh bersihkan selaput najis di tubuh badannya, batalkanlah niat untuk ke hadapan dalam politik terutama menunaikan cita-citanya mahu jadi Ketua Pemuda UMNO di pemilihan akan datang.
Khir sudah tua, belum dewasa, belum matang dan belum layak untuk berdiri di pentas membela bangsa. Dalam jiwanya masih tebal mahu mengaut atau menyapu (sesuai dengan nama Khir Penyapu sekarang ini) lagi saki baki yang ada di bumi
Bagaimanapun pupus sudah seorang peruntuh surau dan rumah buruk kampung setinggan. Mungkin hanya beberapa orang PAS yang lupa bagaimana Khir meruntuh beberapa buah surau dan mengugut membuat arahan tangkap kepada Tuan Guru Nik Aziz jika bersyarah agama di Selangor. Pelik bagaimana beberapa orang pemimpin PAS sanggup berjumpa dengan Khir.
Hasrat beliau untuk merebut tampuk Ketua Pemuda UMNO bunyinya macam dongeng pula apabila mahu berlawan dengan satu barisan yang jauh lebih cerdik dan berwawasan dalam senarai calon ketua pemuda untuk menggantikan Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang akan melambai kerusi ketua pemuda dengan penuh sayu itu.
Bandingkan Khir dengan barisan yang akan merebut kerusi ketua pemuda seperti Khairy Jamaluddin, Azimi Daim, Mukhriz Mahathir (sekadar menamakan yang popular sahaja), mereka lebih jauh cerdik, dari Penyapu Man @
Malah kata seorang kawan dari kalangan Exco Pemuda, kita kena tambah spesis mitos satu lagi iaitu Penyapu Man selain dari watak popular seperti Cicak Man, Keluang Man, Spider Man, Superman dan sebagainya.
Kejatuhan Khir kali ini adalah memalukan Melayu. Mengaibkan Jawa dalam rumpun Melayu. Inikan pula mahu jadi Ketua Pemuda UMNO! “Porah……..” kata seorang lagi pemuda yang dulunya Khir adalah idolanya.
Mereka kata, depan memang kita baik dia, tapi belakang sorry. Ubah wajah nombor satu, penyapu nombor dua dan ketiga sombong bukan main. Berasaskan tiga perkara itu, pemuda tidak rela dikatakan goblok mahu menyokong Khir.
Seorang demi seorang sudah mengucapkan ‘selamat jalan’ kepada kerier politik Khir. Mereka lebih setuju Khir kembali tempat asalnya sebagai seorang dentist. Kecualilah dia saintis, mungkin boleh kira semula, kata seorang pemuda yang menamakan dirinya Ahli PESUDAR (Pemuda Sudah Sedar).
Maka, layakkah spesis bernama Khir Toyo ini bercakap tentang Melayu, tentang Islam dan tentang masa depan negara?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.