Minyak: Anwar janji turun 70 sen, Najib anggap langkah populis
malaysiakini
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh semalam mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat akan menurunkan harga minyak sebanyak 70 sen, bukannya 50 sen yang diumumkan dua minggu lalu.
Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak anggap ia hanya semata-mata satu pendekatan popular Anwar.
“Langkah awal selepas bentuk kerajaan adalah turunkan harga minyak, tiga minggu lalu 50 sen (harga minyak di pasaran $135 setong), hari ini (selepas kita kaji), 70 sen (harga pasaran turun kepada $125 setong),” kata mesej dalam blog beliau yang disiarkan hari ini.
Anwar mengumumkan pendirian terbaru Pakatan Rakyat ketika berucap pada majlis Pengisytiharan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh - langkah memulakan kempen tidak rasmi menjelang pilihan raya kecil kawasan tersebut.
Kata beliau, penurunan harga minyak merupakan langkah penting untuk meringankan beban rakyat. Rakyat merupakan agenda utama Pakatan Rakyat, bukannya memastikan kroni serta keluarga kaya raya dan rakyat papa kedana.
Anwar akan bertanding dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan di kerusi Parlimen Permatang Pauh apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermesyuarat Rabu ini bagi menentukan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.
Di Kuala Lumpur sebentar tadi, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, janji Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat untuk menurunkan harga petrol kepada RM2 seliter adalah "satu lagi contoh" pendekatan untuk menjadi popular.
"Sebarang (harga) adalah mungkin. Semuanya bergantung berapa banyak anda mahu peruntukkan untuk subsidi. Bil subsidi pun masa ini sudah terlalu besar," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas jaminan terbaru Anwar itu selepas menyampaikan ucaptama pada persidangan Perkhidmatan Awam Ke-13 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di sini.
"Kami boleh memberikan anda angka. Ia terlalu besar (jumlah subsisdi) dan sebenarnya trend di seluruh dunia bergerak lebih ke arah harga pasaran dunia, kata Najib yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Minyak," katanya.
Najib berkatam sebenarnya Anwar hanya "mencadangkan" tiga implikasi kepada negara ini."
"Implikasi pertama adalah bil subsidi akan menjadi amat besar untuk negara ini. Keduanya, kita sedang bergerak ke arah trend dunia. Ketiganya, ia mendorong kepada penggunaan yang lebih banyak dan mengurangkan pemuliharaan.
"Lebih banyak pembaziran akan berlaku kerana orang ramai menggunakan tenaga pada harga di bawah harga pasaran. Anda tidak mendidik masyarakat bahawa tenaga itu sebenarnya mahal dan ianya terbatas.. dan bukannya tanpa batasan..ia tidak akan berterusan selamalamanya," kata Najib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.