Ahad, 3 Ogos 2008

BN bincang calon Rabu ini
Kosmo!

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) Rabu depan, yang antara lain akan membincangkan persiapan pilihan raya kecil Permatang Pauh nanti.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan BN pula akan diadakan pada sebelah pagi hari yang sama.

Tengku Adnan berkata, mereka juga akan membincangkan mengenai calon BN untuk bertanding menentang penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Suruhanjaya Pilihan Raya juga akan bermesyuarat Rabu depan bagi menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.