DIALOG RAKYAT

MELAPORKAN BERITA-BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA...

Friday, April 30, 2021

Kelantan tutup sekolah sehingga Aidilfitri

Bernama

Sesi persekolahan di Kelantan akan dilaksanakan secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) pada 16 hingga 27 Mei.

Sesi persekolahan pelajar akan terus terganggu dengan pelaksanaan pelbagai tahap perintah kawalan pergerakan (PKP) susulan peningkatan kes Covid-19.

Penutupan semua sekolah dan institusi di bawah kementerian pendidikan (KPM) di negeri ini yang bermula 3 Mei ini dilanjutkan sehingga cuti Aidilfitri.

Sebelum ini media melaporkan penutupan membabitkan 596 buah sekolah di Kelantan adalah sehingga 1 Mei.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Zulkernai Fauzi berkata seperti yang ditetapkan KPM sesi persekolahan akan dilaksanakan secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) pada 16 hingga 27 Mei.

“Semua sekolah akan bercuti pertengahan tahun bermula 28 Mei hingga 12 Jun dan akan dibuka semula pada 13 Jun,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada Selasa (27 April), Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini sehingga 17 Mei berikutan peningkatan kes Covid-19.

Semalam, Kelantan merekodkan 401 kes positif baharu Covid-19 dengan 32 kluster yang masih aktif.

Sementara itu Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di Setiu, Terengganu ditutup 14 hari bermula Rabu lepas hingga 11 Mei berikutan terdapat 12 kes positif Covid-19 di sekolah berkenaan  melibatkan 11 pelajar dan seorang guru.

Pengarah Kesihatan Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata berikutan itu semua pelajar, guru dan kakitangan sekolah berkenaan menjalani ujian calitan dan proses kuarantin.

Beliau berkata penutupan sekolah dilakukan bagi memberi laluan kepada  proses disinfeksi dan membuat saringan kesihatan untuk mencegah penularan Covid-19 di bawah Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Dr Nor Azimi turut mengingatkan golongan guru agar terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi mencegah penularan yang lebih besar di sekolah.

“Guru juga kena sentiasa jaga jarak dengan pelajar termasuk ketika sesi ‘tasmik’ al-Quran kerana sudah ada kes jangkitan berlaku ketika sesi ini berjalan dan jumlahnya lebih daripada seorang,” katanya.

Posted by ELBI RISALAH at 4/30/2021 08:22:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

DISYORKAN UNTUK ANDA:

 MEDAN BERITA POLITIK DALAM KEMBAR BLOG  ' AR RISALAH '

Posted by ELBI RISALAH at 4/30/2021 08:22:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Keluarga dakwa tahanan penjara Jelebu didera, disembur serbuk cili

Staff Writers  MALAYSIA NOW

Isteri tahanan berkata suaminya ingin membunuh diri selepas didera teruk pihak penjara.

Pemandangan di kawasan penjara Jelebu, Negeri Sembilan. Gambar: Bernama

Keluarga tahanan penjara Jelebu, Negeri Sembilan menggesa tindakan diambil terhadap pegawai yang mendera lebih 20 tahanan di bawah jagaan polis.

Mereka mendakwa bahawa pada 8 April, sekumpulan 23 tahanan dalam tahanan polis dipukul selama beberapa jam dengan paip PVC, tongkat, kerusi dan alat keras yang lain.

Keluarga mangsa turut mendakwa bahawa sebilangan tahanan disembur serbuk cili di bahagian kemaluan oleh pegawai yang tidak memakai pakaian seragam rasmi mereka.

Mereka mendakwa bahawa tahanan masih digari sepanjang kejadian tersebut berlaku.

Menurut laporan polis yang dibuat oleh isteri salah seorang tahanan, mereka meminta tindakan diambil terhadap pegawai yang bertanggungjawab atas tuduhan tersebut di samping turut berkata para tahanan mengalami trauma dan ada yang mempertimbangkan untuk membunuh diri.

“Suami saya dan rakan kes tidak ada apa-apa kemudahan atau alat komunikasi di penjara Jelebu untuk melaporkan perkara ini kepada anggota keluarga dan pihak polis,” kata wanita itu.

“Suami saya mengalami kecederaan teruk tetapi pihak penjara tidak membawa dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Disebabkan kejadian ini, suami saya memberitahu saya bahawa dia ingin membunuh diri di dalam penjara.

“Sebagai isteri, saya amat risau akan keselamatan beliau dan saya mohon pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Posted by ELBI RISALAH at 4/30/2021 08:16:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Agong zahir kegusaran peningkatan kes positif Covid-19

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan kegusaran terhadap peningkatan berterusan kes positif jangkitan harian Covid-19 di negara ini, yang mencecah lebih 3,000 kes.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan kebimbangan mengenai laporan penutupan beberapa sekolah akibat penularan wabak itu serta tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di beberapa majlis keraian serta bazar Ramadan yang tidak memuaskan.

Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda menyeru agar rakyat supaya sentiasa berdisiplin dalam mematuhi arahan serta SOP yang ditetapkan kerajaan bagi mengelakkan negara ini dibadai tsunami Covid-19 seperti yang dialami beberapa negara di Asia Selatan dan Eropah.

"Al-Sultan Abdullah menasihati rakyat supaya tidak alpa dan mengambil sikap sambil lewa dengan arahan serta pematuhan SOP di bazar-bazar Ramadan, sekolah-sekolah dan majlis-majlis keraian umum seperti majlis berbuka puasa dan kenduri bagi memastikan penularan jangkitan wabak Covid-19 di negara dapat dikawal dan dibendung dengan sebaiknya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, sebanyak 3,332 kes baharu postif Covid-19 direkodkan di negara ini.

Ahmad Fadil berkata Seri Paduka Baginda turut mengingatkan rakyat supaya tidak hilang fokus dan sentiasa berwaspada demi kesihatan dan keselamatan diri, ahli keluarga serta masyarakat kerana sekiranya berlaku gelombang keempat penularan wabak Covid-19, ia akan mengancam dan meruncingkan ekonomi negara serta sosioekonomi rakyat jelata.

Katanya, perkara yang turut membimbangkan Yang di-Pertuan Agong adalah laporan mengenai hospital swasta di Lembah Klang yang mengalami kekurangan katil bagi menampung jumlah pesakit susulan peningkatan kes Covid-19, sejak dua minggu lepas.

Ahmad Fadil berkata Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan supaya rakyat melaksanakan tanggungjawab sosial dengan segera mendapatkan pemeriksaan dan rawatan jika bergejala dan mengasingkan diri jika disahkan positif atau ditakrifkan sebagai kontak rapat sekali pun tidak bergejala.

Katanya, Al-Sultan Abdullah bertitah agar rakyat sewajarnya jujur pada diri sendiri dan masyarakat dengan mematuhi arahan kuarantin dan SOP bagi mengelak kemudaratan kepada masyarakat serta negara.

Seri Paduka Baginda juga menzahirkan keyakinan bahawa dengan kerjasama dan komitmen tinggi antara rakyat dan kerajaan, kadar penularan jangkitan Covid-19 ini dapat dilandaikan demi keselamatan diri serta kesejahteraan negara yang dicintai.

"Mengambil keberkatan bulan Ramadan yang mulia ini, Seri Paduka Baginda mengambil kesempatan mengajak rakyat untuk bersama-sama mendoakan semoga negara sentiasa diberkati dan dilindungi serta ancaman wabak Covid-19 ini dapat diakhiri dengan segera," kata Ahmad Fadil.- Bernama

Posted by ELBI RISALAH at 4/30/2021 07:16:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

22 bazar Ramadan diarah tutup berkuatkuasa esok

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengarahkan sejumlah 22 bazar ramadan di bawah kendalian pihak berkuasa tempatan (PBT) di enam negeri dan satu wilayah persekutuan ditutup berkuatkuasa esok.

Perkara itu dinyatakan dalam surat yang diedarkan kepada PBT berkaitan yang ditandatangani ketua setiausaha KPKT Zainal Abidin Abu Hassan bertarikh hari ini.

Menurut surat itu, perkara itu diputuskan dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada dua hari lalu.

"KPKT telah menerima laporan daripada Hide (Hotspot Identification by Dynamic Engagement), Bank Negara yang telah mengesan ancaman penyebaran jangkitan Covid-19 di kawasan bazar Ramadan seperti yang dilampirkan.

"Ancaman penyebaran ini adalah hasil analisis pengesanan kontak yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian Kesihatan melalui aplikasi MySejahtera.

"Sehubungan itu, kerjasama diperlukan untuk menutup operasi bazar Ramadan berkuat kuasa pada 1 Mei 2021 bagi membendung dan mengawal jangkitan serta peningkata kes Covid-19," menurut surat itu.

Bazar Ramadan yang diarahkan tutup adalah seperti berikut:

Johor: Belatuk Taman Scientex, Pasir Gudang; Kg Pasir, Jalan Mata Kuching, Johor Bahru; @Mart Kempas, Johor Bahru; Lok Heng, Kota Tinggi.

Kedah: Taman Selasih, Kulim; Baling 2021, Baling; Kupang 2021, Baling.

Pahang: Lurah Semantan, Temerloh; Temerloh Jaya, Temerloh.

Perak: Bazar Nenas Kg Selabak, Teluk Intan.

Pulau Pinang: MPKK Jalan Tenggiri, Seberang Perai; Attakwa Taman Bertam Indah, Seberang Perai; Bazar Ramadhan MBPP/MBSP; Kampung Melayu; Masjid Daerah Barat Daya; Iftar Ramadhan Jalan Berangan Bkt Bntng 2021; Bukit Gedung; Taman Tun Sardon.

Selangor: Pusat Sementara Penjaja/Basar Ramadhan Puncak Jalil, Subang Jaya; Stesen LRT Cempaka, Ampang Jaya.

Kuala Lumpur: Taman Setiawangsa; Jalan Raja Alang.

Sementara itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut menumumkan penutupan bazar Ramadan Taman Setiawangsa dan Jalan Raja Alang - yang turut tersenarai dalam surat KPKT - tetapi menjelaskan ia hanya untuk dua hari, iaitu Sabtu dan Ahad ini (1 dan 5 Mei).

Arahan itu susulan kes Covid-19 yang terus meningkat mutakhir ini, dengan hari ini mencatatkan 3,788 kes baru.

Kadar kebolehkangkitan R-nought (Rt) seluruh negara semalam adalah 1.2, yang menandakan wabak itu kian menular dengan pantas. Kali terakhir kadar Rt bawah 1.00 adlaah pada 7 April lalu.

Di peringkat negeri, kadar Rt di negeri dan wilayah persekutuan yang terkesan dengan arahan penutupan ini adalah seperti berikut: Kuala Lumpur (1.23), Selangor (1.19), Kedah (1.22), Pahang (1.20), Johor (1.14), Perak (1.08), dan Pulau Pinang (1.01).

Kelantan - negeri dengan Rt tertinggi iaitu 1.24 - telah pun memutuskan yang bazar Ramadan tidak akan diadakan pada tahun ini.

Posted by ELBI RISALAH at 4/30/2021 07:04:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Gawat - 3,788 kes baru, jangkitan di Lembah Klang meningkat

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 3,788 kes Covid-19 baru dengan jumlah pesakit yang memerlukan rawatan intensif turut mencatat rekod baru.

Jumlah kes telah melebihi jumlah kes aktif ketika darurat diisytiharkan pada 11 Jan. Kes aktif ketika itu 25,554 kes.

Rakyat Malaysia menyumbang 91.8 peratus jangkitan baru yang dilaporkan hari ini.

Kes aktif - 29,227
Pesakit di ICU - 328
Memerlukan bantuan pernafasan - 161

Negeri

Kes baru di negara ini telah menunjukkan peningkatan dalam dua minggu terakhir.

Selangor (1,265 kes baru) melaporkan kes baru hampir sekali ganda purata kes 14 hari sebelumnya.

Pulau Pinang (250) melepasi paras 200 kes untuk pertama kalinya sejak 31 Mac.

Tidak ada tanda-tanda kes baru semakin reda di Sarawak, Kelantan dan Kuala Lumpur.

Sehingga semalam, kadar kebolehjangkitan, atau R-naught untuk seluruh negara adalah 1.12. Angka lebih daripada 1.00 bermaksud penyebaran Covid-19 semakin cepat.

Hanya ada empat wilayah di mana penyebaran Covid-19 tidak meningkat (R-naught kurang daripada 1.00) - Sabah, Labuan dan Perlis.

Kes berdasarkan negeri:

Selangor (1265)
Sarawak (760)
Kelantan (464)
Penang (250)
Johor (160)
Negeri Sembilan (136)
Kedah (136)
Perak (118)
Sabah (89)
Melaka (55)
Pahang (54)
Terengganu (37)
Perlis (5)
Labuan (2)
Putrajaya (2)

Kematian

Sebanyak 14 lagi dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19. Angka kematian keseluruhan adalah 1,506.

Selangor (6 kematian) melaporkan kematian terbanyak diikuti oleh Sarawak (5), Negeri Sembilan (1) dan Johor (2).

Tiga mangsa dinyatakan meninggal dunia ketika tiba di hospital. Mangsa termuda berusia 33 tahun.

Posted by ELBI RISALAH at 4/30/2021 06:58:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

PKP di lima daerah di Kedah

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Majlis Keselamatan Negara (MKN) meletakkan lima kawasan di Kedah di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) selama dua minggu berikutan lonjakan kes Covid-19 di sana.

Lima daerah itu - Kota Setar, Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling dan Kulim - akan menyaksikan sekatan yang lebih ketat mulai esok (1 Mei) hingga 14 Mei.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob hari ini, beliau mengatakan bahawa Kementerian Kesihatan mengesan sebanyak 709 jangkitan aktif di kawasan-kawasan berkenaan sejak dua minggu lalu.

"Pelaksanaan PKP ini bertujuan untuk menyekat penularan jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko ke kawasan lain memandangkan kebolehjangkitan, kapasiti kesihatan awam, makmal dan hospital di Kedah semakin meningkat," katanya.

Posted by ELBI RISALAH at 4/30/2021 06:52:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

'Saya tak ada kaitan audio bocor, boleh dapat video dari Marikh'

Jimadie Shah Othman

Malaysiakini

Ketua Polis Negara Hamid Bador berkata dia tiada kena mengena dengan rakaman curi perbualan telefon Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkaitan pelantikan pegawai kanan polis.

"Saya tak tahu, saya tak ada kena mengena," katanya diminta mengulas kenyataan menteri yang menyelar pihak yang merakam perbualannya tanpa izin.

Menyifatkan perkara itu sebagai bahaya, Hamid berkata teknologi semasa membolehkan perkara itu menjadi kenyataan.

"Sekarang ini dah boleh dapat video dari bintang Marikh," katanya berseloroh.

Terdahulu hari ini, Hamzah mengakui suara dalam rakaman bocor beberapa hari lalu memang miliknya, dan berkata ia berlaku pada tahun lepas.

Bagaimanapun, dia berkata tidak melakukan sebarang kesalahan dengan membangkitkan kedudukannya sebagai pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang menentukan tugasan pegawai polis.

“Cuma yang salahnya orang yang curi rakam perbualan saya, itu melakukan kesalahan,” katanya.

Dalam rakaman itu, Hamzah antara lain menyatakan sokongan kepada seorang yang dirujuknya sebagai “budak kita”.

“Because (kerana) dia budak kita, budak Perak, family (keluarga) semua kat sana and it will be very good for us (baik untuk kita),” katanya, dan menambah akan memilih siapa yang dia kenal.

“Saya beritahu dia you tak boleh ada choice, you hanya boleh bagi nama-nama -katalah lima orang - you let me know, we will decide.

“Not for u to decide anymore like before. All ketua polis negeri dia tak boleh decide,” katanya.

Posted by ELBI RISALAH at 4/30/2021 06:47:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Empat bazar Ramadan di Johor diarah tutup serta-merta

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Empat bazar Ramadan di negeri ini diarah tutup serta-merta sebagai langkah berjaga-jaga selepas tapak perniagaan itu dikunjungi individu disyaki positif Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Ayub Jamil berkata penutupan berkenaan antaranya melibatkan bazar Ramadan Kampung Pasir, Jalan Mata Kuching dan bazar Ramadan @Mart Kempas di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Katanya dua lagi ialah bazar Ramadan Belatuk, Taman Scientex di kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan bazar Ramadan Lok Heng dalam kawasan Majlis Daerah Kota Tinggi.

“Tempoh penutupan semua bazar ini tertakluk kepada penilaian risiko yang dibuat oleh Jabatan Kesihatan Negeri.

“Berdasarkan rekod dalam aplikasi MySejahtera, terdapat individu yang disyaki positif Covid-19 dikesan mengunjungi bazar berkenaan. Jadi langkah awal yang kami ambil ialah dengan menghentikan terus operasinya,” katanya ketika dihubungi di Johor Bahru hari ini.

Tahun ini, sebanyak 193 bazar Ramadan dan Aidilfitri dibenarkan beroperasi di 16 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Johor membabitkan 9,609 petak jualan.

Di PERAK, Bazar Ramadan Nenas Kampung Selabak di Teluk Intan diarah tutup sementara mulai esok, bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Pelancongan Perak Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata pihak Majlis Perbandaran Teluk Intan menerima surat arahan penutupan itu atas faktor keselamatan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pagi tadi.

“Surat tersebut telah mengarahkan Bazar Ramadan Nenas ditutup serta-merta dan arahan penutupan bazar itu adalah atas dasar keselamatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di Johor Bahru hari ini.

Beliau berkata Bazar Ramadan yang difahamkan dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) berkenaan akan ditutup sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Hari ini, tular surat arahan penutupan itu yang menunjukkan senarai Bazar Ramadan seluruh negara yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi termasuk Bazar Ramadan Nenas satu-satunya yang terlibat di Perak.

Hari ini, 118 kes baharu dilaporkan di Perak menjadikan kes keseluruhan sebanyak 14,749 berbanding 91 kes baharu semalam.- Bernama

Posted by ELBI RISALAH at 4/30/2021 06:33:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

IGP hentam campur tangan menteri pada sidang media terakhir

Jimadie Shah Othman

Malaysiakini

Tiga hari sebelum melepaskan jawatan, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengeluh berkaitan campur tangan politik dalam pasukannya.

Malah, dia mengakui tidak senang dan mempunyai hubungan tidak baik atau "bad blood" dengan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin.

"Jangan megah sangat, (kata) kita menteri dalam negeri berkuasa sangat. Come on," katanya.

Menurutnya, menteri sepatutnya hanya terlibat dalam penggubalan dasar dan tidak harus terbabit dalam mengatur pelantikan pegawai kanan pasukan polis.

Hamid berkata, perkara itu telah pun disampaikan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

"Saya bukan langgar saja," katanya pada sidang media terakhir dengan pengarang-pengarang media di Bukit Aman hari ini.

Dia juga membangkitkan kelemahan Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP) yang menurutnya tiada pejabat dan bermesyuarat hanya empat kali setahun

"Sepatutnya setiap bulan bermesyuarat. Mesyuarat pun dua jam, macam minum kopi. Tak ambil berat," katanya.

Di masa depan, Hamid mencadangkan suruhanjaya itu diketuai oleh pihak tidak berkepentingan, seperti bekas ketua hakim negara.

Posted by ELBI RISALAH at 4/30/2021 06:29:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Keluarga nafi Adun Melor meninggal akibat vaksin Covid-19

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Keluarga Ahli Dewan Undangan (Adun) Melor Dr Md Yusnan Yusof menafikan Allahyarham meninggal dunia disebabkan menerima suntikan vaksin Covid-19.

Anak kedua Allahyarham Md Yusnan, Mohammad Baihaqi, 28, juga kesal dengan pihak yang mengaitkan punca kematian bapanya dengan pengambilan vaksin.

"Kami menafikan perkhabaran yang menyatakan baba meninggal dunia setelah mengambil suntikan vaksin Covid-19 kerana beliau (arwah) sudah lama menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

"Ada beberapa orang yang menulis di media sosial mengaitkan dengan suntikan tersebut. Memang baba ada ambil suntikan tetapi yang terakhir pada 9 April lalu," katanya kepada pemberita selepas pengebumian jenazah bapanya di Tanah Perkuburan Islam Pondok Haji Hasan, Ketereh di Kota Bharu hari ini.

Jenazah Md Yusnan yang juga Timbalan Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, selamat dikebumikan pada kira-kira 2.30 petang tadi.

Allahyarham Md Yusnan meninggal dunia di kediamannya di Melor di Kota Bharu, selepas mengalami serangan jantung pada 2.28 pagi tadi.

Sementara itu, balu Allahyarham, Romaini Mat Daud, 52, berkata arwah suaminya sempat bergurau dengan anak-anak yang sibuk menyediakan puding di dapur pada sebelah malam.

"Arwah buat-buat mengintai sambil menyorok di belakang pintu sambil melihat anak-anaknya memasak dan dia nampak gembira," katanya.

Bercerita lanjut, Romaini berkata sebelum tidur beliau sempat mengingatkan arwah agar mengambil suntikan insulin untuk penyakit diabetes yang dihidapi Allahyarham sejak dua tahun lepas.

"Sebelum saya tidur, saya lihat arwah belum tidur dan masih mengemas kini Facebook bagi peringatan Hari Nuzul al-Quran.

"Sebaik sahaja tersedar, saya melihat beliau rebah di tepi katil sambil menyebut 'Allahuakbar' dan kelihatan seolah-olah terkena angin ahmar kerana tangannya kejang dan lidah seperti tertarik," katanya.- Bernama

Posted by ELBI RISALAH at 4/30/2021 06:24:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Pelajar pilih PdP, belajar lebih fokus, bendung keciciran

Oleh AINAL MARHATON ABD. GHANI
Murid SK Perempuan Methodist, Kuantan sedang mengikuti PdP di kelas dengan mematuhi SOP. – UTUSAN/AINAL MARHATON ABD. GHANI

KUANTAN: Masalah keciciran dalam kalangan pelajar boleh dibendung melalui pelaksanaan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka berbanding Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Malah, kaedah PdP secara bersemuka lebih diminati oleh para pelajar kerana ia membolehkan mereka lebih fokus ketika guru mengajar dalam kelas.

Selain itu, pelajar juga boleh berinteraksi secara berdepan dengan guru dan dapat menyelesaikan masalah pembejalaran dengan lebih cepat.

Mengambil kira faktor di atas, maka tidak hairanlah rata-rata guru, murid dan ibu bapa yang ditemui menyatakan, PdP wajar diteruskan kerana ia lebih berkesan berbanding PdPR dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Methodist, Datin Nooraziza Sabarudin berkata, PdP wajar diteruskan kerana sesi persekolahan dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Menurutnya, jika sekolah ditutup lagi, banyak perkara tidak dapat diteruskan termasuk menilai kemenjadian murid.

“Sebagai contoh, murid Tahun 2 hari ini bersekolah secara bersemuka srhingga pertengahan Mac 2020 sahaja dan selebihnya menerusi PdPR. Sejauh mana pencapaian mereka ketika mengikuti kelas online perlu dikaji semula.

“Justeru, jika PdP diteruskan, banyak masalah dapat diselesaikan terutama disegi penguasaan membaca, menulis dan mengira Tahap 1,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Seorang guru,  Siti Mariam Shaikh Mohamad amat berharap kaedah bersemuka diteruskan  dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Murid sekolah rendah lebih sesuai dengan Pdp bersemuka kerana mereka masih dalam peringkat mengenal fakta asas dan perlu pemantauan secara langsung daripada guru,” katanya.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Khairul Anuwar Abu Bakar berkata, kegagalan ibu bapa menyediakan keperluan pembelajaran di rumah seperti telefon bimbit dan laptop secara tidak langsung menyumbang kepada kegagalan pelajar mengikuti kelas atas talian secara tersusun.

“Selain itu ketiadaan pengawasan sepenuhnya daripada ibubapa juga menyumbang kepada kegagalan PdPR walaupun tidak sepenuhnya,” katanya.

Guru tuisyen, Fidelia Sawai Horne turut bersetuju PdP diteruskan bagi membantu anaknya, Leah Marie Horne, 10, memperbaiki subjek Bahasa Melayu.

“Selalunya dia tidak menyiapkan tugasan yang diberikan dan enggan menyertai kelas atas talian,” kata ibu kepada dua anak itu.

Sementara itu, beberapa murid yang ditemui mengakui kaedah PdP lebih baik kerana mereka boleh berinteraksi secara berdepan dengan guru dan dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

Bagi S. Jayani, kaedah PdP wajar diteruskan kerana dia lebih suka belajar bersama rakan dan boleh bersoal jawab secara langsung ketika berada di sekolah.

Murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Methodist itu mengakui fokusnya berkurangan ketika mengikuti pembelajaran secara PdPR.

“Saya mahu PdP diteruskan supaya saya ada banyak masa di sekolah bermain dan belajar bersama kawan-kawan.

“Di rumah, saya tidak boleh menonton televisyen atau menggunakan telefon bimbit kecuali dengan izin mak dan ayah untuk mengikuti kelas dalam talian dan ia sangat membosankan saya,” kata anak sulung daripada dua beradik itu.

Rakannya, Wan Altaf Qaisara Wan Sharuzi, 12, pula berkata, dia dan empat adiknya terpaksa mengguna komputer secara bergilir ketika pelaksanaan PdPR.

“Memang sukar belajar di rumah kerana kerap diganggu oleh adik-adik terutama ketika mengikuti kelas secara dalam talian menyebabkan tumpuan kepada guru jadi berkurangan.

“Saya harap PdP dapat diteruskan kerana saya lagi suka belajar di sekolah sebab kalau tak faham boleh tanya guru dan kawan,” kata penerima Anugerah Nilam 2020 peringkat daerah Kuantan itu.

Leah Marie Horne, 10, juga lebih berminat mengikuti sesi persekolahan secara bersemuka kerana lebih mudah berinteraksi dengan guru-guru dan rakan-rakan.

“Saya perlu perbaiki subjek Bahasa Melayu kerana agak lemah. Saya bimbang jika PdPR dilaksanakan semula saya tidak dapat fokus dalam menyiapkan latihan diberikan guru kerana tidak faham,” kata murid Tahun Empat itu. – UTUSAN

Posted by ELBI RISALAH at 4/30/2021 12:36:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Lelaki tular video anggota trafik kerana tidak puas hati disaman

Oleh MASZUREEN HADZMAN

PETALING JAYA: Satu kertas siasatan telah dibuka polis terhadap seorang lelaki yang bertindak memuat naik video anggota trafik dalam laman sosial Instagram, semalam.

Penyebaran video berkenaan dipercayai dilakukan oleh lelaki itu selepas tidak berpuas hati disaman atas kesalahan guna lesen kenderaan motor bagi tujuan lain.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, susulan itu, anggota terbabit membuat laporan selepas mengetahui dirinya dan rakan setugas ditularkan oleh seorang lelaki di Instagram, semalam.

“Suspek tidak berpuas hati dengan tindakan pengadu mengeluarkan saman atas kesalahan guna lesen kenderaan motor (LKM) bagi tujuan lain pada Isnin lalu dan menyebabkan dia sudah dikenakan denda RM1,000 oleh mahkamah atas kesalahan itu.

“Suspek juga datang ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya semalam untuk membuat laporan polis kerana terbabit kemalangan langgar belakang dan dikenakan saman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohamad Fakhrudin, semakan lanjut turut mendapati suspek mempunyai rekod lampau dikehendaki bersabit Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 sebelum dia diserahkan ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Cheras bagi siasatan lanjut.

“Suspek menularkan video berkenaan menjatuhkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta reputasi anggota trafik terbabit.

“Justeru itu, suspek akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” jelasnya. – UTUSAN

Posted by ELBI RISALAH at 4/30/2021 12:27:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

DISYORKAN UNTUK ANDA:

  MEDAN BERITA POLITIK DALAM KEMBAR BLOG  ' AR RISALAH '

Posted by ELBI RISALAH at 4/30/2021 12:25:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Ikatan Anak Mersing sedia kursus penjagaan, penanaman cendawan

Oleh ZAREEN HUMAIRAH SEJAHAN
PESERTA kursus asas penjagaan dan penanaman cendawan tiram kelabu menunjukkan sijil selepas menamatkan kursus tersebut di Mersing, baru-baru ini. - FACEBOOK IKATAN ANAK MERSING

PETALING JAYA: Ikatan Anak Mersing bantu masyarakat Mersing menambah ilmu mengenai penjagaan dan penanaman cendawan tiram kelabu.

Presidennya, Muhammad Syukri Ibrahim berkata, program-program seperti itu merupakan inisiatif bersiri untuk membantu masyarakat di situ.

“Selesai kursus asas penjagaan dan penanaman cendawan tiram kelabu. Terima Kasih saudara Hasrul Hizad atas perkongsian pengalaman dan tips-tips berguna tentang cendawan tiram kelabu.

“Siri seterusnya akan dilaksanakan pada bulan Mei tahun ini,” katanya dalam catatan di laman Facebook miliknya.

Muhammad Syukri komited untuk terus menabur bukti pada masyarakat Mersing walaupun berskala kecil jika dibandingkan dengan dermawan tempatan yang lain.

“Kami bukan Ustaz Ebit Liew mahupun Najib Asadok, kami cuma anak tempatan yang mahu menabur budi dan bakti kepada masyarakat Mersing.

“Terima kasih juga kepada semua yang terlibat menjayakan,” katanya.

Program ini adalah anjuran bersama Ikatan Anak Mersing, Yayasan Makmur Mersing, Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh dan Pertubuhan Peladang Kawasan Mersing. – UTUSAN

Posted by ELBI RISALAH at 4/30/2021 12:19:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Empat lelaki sanggup bayar RM30,000 elak ditahan

Oleh MASZUREEN HADZMAN
SEBAHAGIAN daripada lapan individu yang ditahan kerana berjudi di sebuah apartmen di Jalan Perak, Kuala Lumpur dalam operasi pukul 3 pagi tadi.

PETALING JAYA: Empat lelaki sanggup menawarkan wang sogokan sebanyak RM30,000 kepada polis bagi membebaskan rakan mereka yang ditahan dalam serbuan perjudian semalam.

Tindakan mereka bagaimanapun mengundang padah apabila kesemua mereka akhirnya ditahan.

Dalam serbuan yang dilakukan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 3 pagi di sebuah apartmen di Jalan Perak, Kuala Lumpur telah menahan lapan individu yang terlibat dalam aktiviti judi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, mereka yang ditahan terdiri dua lelaki dan seorang wanita tempatan serta lima lelaki warga China berusia 27 hingga 32 tahun.

“Hasil pemeriksaan, polis merampas 108 daun terup, tiga keping catitan angka perjudian, kad akses, kad sim dan wang tunai berjumlah RM1,213.

“Ketika serbuan sedang dilakukan, polis didatangi empat lelaki berusia 25 hingga 39 tahun memperkenalkan diri sebagai rakan suspek di mana mereka ingin menawarkan wang RM30,000 bagi membebaskan suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasukan JSJ IPD Dang Wangi menolak tawaran berkenaan dan memberi amaran supaya tidak mengganggu tugasan serbuan.

“Bagaimanapun keempat-empat suspek terus menawarkan wang berkenaan menyebabkan polis menahan kesemua mereka termasuk merampas wang tersebut.

“Siasatan kes rasuah akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut,”jelasnya.

Mengulas lanjut, kata Mohamad Zainal, dua unit apartmen lain turut diserbu kira-kira pukul 4 pagi sebelum menahan empat lelaki warga China berusia 26 hingga 27 tahun.

“Turut dirampas 10 telefon bimbit, empat kad sim dan wang tunai RM3,311. Semua 12 orang yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959 dan 1963,” ujarnya. – UTUSAN

Posted by ELBI RISALAH at 4/30/2021 12:15:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Acryl Sani sah KPN baharu

Oleh MASZUREEN HADZMAN
ACRYL SANI ABDULLAH

PETALING JAYA: Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani sah dilantik sebagai Ketua Polis Negara baharu berkuat kuasa Selasa depan sehingga tarikh persaraan beliau Oktober ini.

Penyerahan surat pelantikan itu diserahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam majlis khas pagi ini di Putrajaya.

Bagaimanapun, siapa yang bakal menggantikan tempat Acryl Sani masih menjadi tanda tanya.

Sebelum ini, Utusan Malaysia pernah mendedahkan nama Acryl Sani antara disebut-sebut bakal menerajui Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebaik sahaja Tan Sri Abdul Hamid Bador menamatkan kontraknya sebagai Ketua Polis Negara 4 Mei ini.

Selain beliau, nama yang turut disebut-sebut iaitu Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Zamri Yahya antara calon yang layak memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Polis Negara menggantikan Acryl Sani. – UTUSAN

Posted by ELBI RISALAH at 4/30/2021 12:12:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Keistimewaan bosou ibu jadi inspirasi

Oleh SURAIDAH ROSLAN
Antara sayur-sayuran yang digunakan dalam menyediakan makanan tradisi Kadazan

PENAMPANG: Saban tahun menjelang bulan Kaamatan pertandingan masakan tradisi pasti akan menyerikan pesta yang begitu sinonim dengan masyarakat Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) di negeri Sabah.

Pesta Kaamatan yang diraikan bagi menghormati semangat padi pada setiap bulan Mei ini bukan hanya mempamerkan pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau tetapi juga, memartabatkan  makanan tradisional kaum KDMR menerusi pertandingan dan hidangan makanan tradisional.

Hidangan bosou, hinava, tuhau, bambangan, pinasakan sada dan pelbagai makanan tradisional antara hidangan yang pasti dapat dilihat dan dinikmati pengunjung di rumah-rumah kebudayaan yang terletak di Hongkod Koisaan, KDCA.

Turut mempamerkan bakat memasak makanan tradisi suku kaum Kadazan adalah Rosalin Gadua,62, yang pernah memenangi pertandingan yang diadakan kira-kira 20 tahun yang lalu.

Ibu kepada tujuh anak ini cukup terkenal dengan bosou buatannya yang cukup istimewa bagi pelanggan yang sering berkunjung ke gerai jualan yang terletak di Kampung Minintod, Penampang.

Namun, usia yang sudah lanjut mendorong Rosalin menurunkan ilmu memasak makanan tradisi Kadazan kepada anak-anak tapi, hanya anak keempatnya sahaja mengusahakan makanan tradisi ini secara komersial.

Bagi anak keempatnya, Laura Wilfred Gismin, 36, pengetahuan tentang memasak makanan tradisi pada mulanya memang sifar kerana beliau beranggapan masakan ibunya sudah cukup sedap jadi tiada keperluan untuknya belajar.

Laura menunjukkan hidangan tradisional istimewa Kadazan pada musim Pesta Kaamatan

Tetapi segalanya berubah apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac tahun lalu. Masa itu, dia mempunyai banyak masa terluang kerana sesi persekolahan ditutup agak lama.

Atas sebab itu, guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Dudar, Kota Belud ini mengambil keputusan untuk mengusahakan perniagaan makanan tradisi Kadazan.

“Masa itu saya terfikir kalau bukan saya yang menyambung legasi emak membuat makanan tradisi siapa lagi akan meneruskannya. Saya tidak mahu generasi akan datang tidak kenal apa itu bosou, hinava atau tuhau.

“Namun dalam mengekalkan tradisi, saya turut mempelbagaikan dan menokok tambah resipi turun-temurun keluarga kami ini bersesuaian dengan keadaan semasa,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Bagaimanapun, hasrat untuk membuat masakan tradisi bukan semudah yang disangka, Laura terpaksa melakukan beberapa kali percubaan hanya untuk menghasilkan jeruk bambangan yang sedap.

Penyediaan jeruk bambangan cukup mudah tapi, untuk mendapatkan rasa yang sama seperti jeruk bambangan ibunya memerlukan dia membuat percubaan dua hingga tiga kali. Biasalah mula-mula belajar memasak mesti akan gagal.

Setelah jeruk bambangan yang dihasilkan mendapat sambutan dan ditempah oleh kawan-kawan, dia mula belajar resipi lain seperti membuat bosou atau jeruk ikan, hinava iaitu isi ikan segar yang diperap, tuhau yang diperbuat daripada halia liar tempatan, pinasakan sada yang diperbuat daripada ikan basung atau sardin serta ikan basung tausi kodop.

Kebanyakan resipi ini sudah diubah suai dan dipelbagaikan mengikut selera  sekarang. Misalnya bosou yang dahulu diperbuat daripada ikan tapi sekarang, sudah ada bosou udang dan bosou sayuran. Istimewanya bosou sayuran ini, ia menggabungkan lebih 10 jenis sayur-sayuran tempatan agar rasanya lebih unik.

Laura berkata, ikan basung tausi kodop atau ikan basung dimasak menggunakan cendawan kukur antara masakan yang paling sukar kerana penyediaannya mengambil masa selama tiga jam. Proses itu bagi memastikan tulang ikan cukup lembut untuk dimakan.

Produk makanan tradisi yang dihasilkan bekas graduan Universiti Sains Malaysia (USM) ini sudah menembusi pasaran Semenanjung Malaysia dan Australia.

Katanya, biarpun diusahakan secara kecil-kecilan namun, produknya mempunyai pasaran tersendiri dan pelanggan yang berada di Australia kerap membuat tempahan dan boleh dikatakan hampir setiap bulan.

Kini, produknya turut dijual di ruang pameran Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) Sabah.- UTUSAN ONLINE

Posted by ELBI RISALAH at 4/30/2021 12:09:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Ketibaan Syawal bawa rezeki tambahan kepada pengusaha nurseri

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
NOR Hidayad Abdullah bersama tanaman jenis keladi di nurserinya di Kampung Sungai Pinggan, Benut, di Pontian, Johor. – UTUSAN/MUHAMMAD ZIKRI

PONTIAN: Kedatangan Aidilfitri kurang dua minggu lagi akan makin berseri sekiranya rumah kediaman turut dihiasi dengan pelbagai bunga-bungaan yang segar dan mewangi seiring dengan bulan Syawal yang mulia.

Bagi pengusaha Riyadhs Agro Garden, Nor Hidayad Abdullah, 34, telah bersedia menanti  kunjungan pelanggan pada 10 Ramadan terakhir bagi mereka menghias rumah pada saat-saat akhir.

Katanya, terdapat berpuluh jenis bunga-bungaan di nurserinya sama ada bagi hiasan ‘outdoor’ dan ‘indoor dengan sifat yang tahan panas atau kurang tahan panas disediakan untuk pilihan para pembeli yang datang berkunjung.

Menurutnya, seperti mana sambutan Tahun Baharu Cina, pihaknya juga menerima kehadiran   masyarakat Tionghua pada saat-saat akhir yang membelinya sehingga tidak cukup tangan untuk melayan.

“Antara tanaman yang kami tawarkan termasuklah pelbagai jenis keladi seperti Caladium, Alocasia, Alocasia black ripple, Alocasia black magic, Alocasia tea cup, Caladium USA, Caladium Thai, Caladium Festivia dan Caladium Praetermissum,” katanya kepada Utusan Malaysia di Kampung Sungai Pinggan, Benut, di sini, baru-baru ini.

Menceritakan perjalanannya dalam bidang itu, ujar Nor Hidayad, sebelum membuka nurseri, dia mengusahakan tananam cili fertigasi, menternak madu kelulut, berniaga di pasar tani sebelum beralih kepada nurseri disebabkan Covid-19 pada Jun tahun lalu.

“Syukur usaha ini berjaya mendatangkan pendapatan tetap di mana sebelum ini juga saya menjalankan perniagaan menjual pakaian secara atas talian ketika tinggal di Selangor,” ujarnya yang dibantu isteri, Nurul Syazreen Abdul Rahman, 31.

Kedua-dua mereka yang merupakan bekas penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai pemegang ijazah dalam bidang komputer perniagaan dan perakaunan tanpa ada latar belakang pertanian.

Bagaimanapun kata Nor Hidayad, pada tahun 2018, dia terpaksa balik ke Pontian kerana bapa mentuanya terkena penyakit angin ahmar yang memerlukan isterinya menjaga sepenuh masa

“Pelbagai kerja saya lakukan ketika itu seperti menjadi pemandu e-Hailing, pemandu peribadi, manakala isteri menjaga ayahnya dan mengurus anak-anak kami sebelum beralih kepada bidang pertanian,” ujarnya.

Katanya, sejak membuka nurseri, sambutan daripada orang ramai khususnya peminat bunga hiasan cukup mengalakkan dengan pemasaran turut dilakukan melalui media sosial seperti Facebook.

Mengenai perniagaan bunga-bungaan setakat ini, mereka mampu mencapai jualan antara  RM20,000 sehingga RM50,000 sebulan bergantung kepada jumlah permintaan pada tempoh tersebut.

“Riyadhs Agro Garden turut menjual pelbagai produk seperti sayur-sayuran segar, anak-anak benih, baja, madu kelulut asli dan acar buah bagi mempelbagai lagi perniagaan dan menambah pendapatan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Posted by ELBI RISALAH at 4/30/2021 12:05:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

PKPB di seluruh daerah Raub

 Oleh AMREE AHMAD

ISMAIL SABRI YAAKOB

PUTRAJAYA: Susulan kemunculan Kluster Raub Jaya, enam lokaliti dalam dua mukim di Daerah Raub, Pahang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok hingga 13 Mei ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malah berkata, seluruh daerah itu diisytiharkan sebagai zon PKP Bersyarat (PKPB) secara serentak yang juga mulai esok.

“Pelaksanaan PKP dan PKPB ini untuk memastikan pergerakan penduduk dapat dikawal dan mengelakkan penularan kes Covid-19 ke kawasan lain,” katanya melalui kenyataan hari ini.

PKP di Mukim Gali ialah Bandar Raub, Sungai Ruan dan Kampung Baru Sempalit serta Kampung Sang Lee, Kampung Baru Tras dan Kampung Sungai Cheetang di Mukim Tras.

Kluster di lokaliti ini ujarnya, merebak disebabkan aktiviti sosial dan turut dikesan di sekolah serta dalam kalangan pelajar dengan merekodkan 83 kes positif sejak sembilan hari lalu.

Sementara itu, kata Ismail Sabri, PKP Diperketatkan (PKPD) bakal dikenakan di Taman Seri Desa, Kuala Krau, Daerah Temerloh, Pahang juga selama 14 hari yang akan bermula esok susulan 11 kes positif Covid-19 direkodkan daripada 117 orang yang disaring selain masih berlaku lagi penularan dengan kadar kebolehjangkitann pula adalah tinggi.

Turut dikenakan PKPD katanya, ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Melugu di Jalan Po Ai, Sri Aman, Sarawak susulan 17 kes dicatatkan daripada 594 ujian saringan dilaksanakan.

Dalam pada itu ujar beliau, PKPD melibatkan dua institusi pengajian agama di Kelantan dilanjutkan lagi untuk tempoh dua minggu antaranya di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tarbiah Diniah Tahfiz Bunut Sarang Burung di Tumpat selain Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas, Kota Bharu.

Bagaimanapun jelasnya, PKPD melibatkan sejumlah tujuh lokaliti yang berbeza di seluruh negara pula akan ditamatkan esok susulan penurunan kes baharu dan kluster juga terkawal.

“Ada ditamatkan lebih awal iaitu di Sungai Passin, Matu, Bahagian Mukah, Sarawak yang sepatutnya berakhir 8 Mei depan namun ditamatkan lebih awal kepada esok selain Kampung Baru Pasir Putih, Taman Tawau Lama, Kampung Batu Payung, dan Kampung Simpang 3A, Merotai Besar, Tawau, Sabah.

Juga ditamatkan PKPD mengikut jadual kata Ismail Sabri, ialah di Pusat Latihan Polis dan kuarters kakitangan di Kuching, Sarawak dan Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka. – UTUSAN ONLINE

Posted by ELBI RISALAH at 4/30/2021 12:01:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Ebit Lew sumbang RM25,000 untuk keluarga mangsa KRI Nanggala-402

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR

Ebit bercakap dengan ahli keluarga mangsa tragedi KRI Nanggala-402 hari ini.

PETALING JAYA – Penceramah popular, Ebit Lew hari ini menghadiahkan RM25,000 kepada lima keluarga mangsa tragedi KRI Nanggala-402.

Menurutnya di laman Facebook, setiap keluarga menerima RM5,000 yang bersamaan dengan 17 juta rupiah.

“Sayu sebak bila dapat panggilan video ahli keluarga tragedi KRI Nanggala-402. Selalu berdoa Allah bantu dan beri kekuatan buat mereka dan ahli keluarga.

“Saya niat nak beri kata semangat doa dan hadiahkan RM25,000 untuk lima keluarga yang susah mangsa tragedi KRI Nanggala-402. Setiap keluarga RM5,000 atau 17 juta rupiah. Bila call (berhubung) terasa seperti sebuah keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Ebit berkata, dia bersyukur dapat menghubungi keluarga Serda Diyut Subandriyo dengan bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aksi Cepat Tanggap.

Menurutnya, Serda Diyut meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak.

“Dapat bercakap dengan keluarga dan anak beliau. Comel anaknya. Keluarga minta doakan anaknya boleh bercakap dan berjalan. Sekarang umur 5 tahun. Kerana belum boleh bercakap dan berjalan.

“Sayu sahaja rasa tengok anaknya yang tak tahu apa-apa. Masa berdoa bersama tadi keluarganya sebak sedih. Mereka baru lepas berbuka dan sedang bacaan Yasin,” katanya. –

Posted by ELBI RISALAH at 4/30/2021 07:38:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Pelajar IPT balik Kelantan perlu jalani pengasingan enam hari

 Oleh NOR IDAYU BOSRO

KPT bagaimanapun mengingatkan bahawa kebenaran merentas daerah dan negeri untuk pulang beraya hanya diberikan untuk pelajar sahaja dan tidak termasuk ahli keluarganya. - Gambar Hiasan

PUTRAJAYA – Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang akan pulang beraya ke kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kelantan perlu menjalani pengasingan kendiri di kediaman masing-masing selama enam hari.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkata, semua pelajar terbabit juga perlu menjalani proses pengasingan di kampus sekembalinya mereka dari kawasan yang dikenakan penguatkuasaan PKP.

Bagi pelajar yang memasuki Sabah, KPT berkata, mereka diwajibkan menjalani ujian calitan RT-PCR atau RTK-Ag dalam tempoh tiga hari sebelum memulakan pergerakan ke negeri itu.

“Hanya pelajar yang memasuki Sabah perlu menjalani ujian calitan dan ia tertakluk kepada arahan semasa kerajaan negeri.

“Segala kos pergerakan pulang dan kembali ke kampus, termasuk bagi menjalani ujian calitan adalah di bawah tanggungan pelajar sendiri,” katanya dalam kenyataan soalan lazim Pergerakan Pulang Pelajar IPT sempena Hari Raya Aidilfitri yang dikeluarkan hari ini.

Sementara itu, KPT berkata, pelajar IPT yang menjalani latihan industri dibenarkan pulang dan kembali semula ke tempat latihan mereka selepas tamat cuti Aidilfitri.

“Kebenaran pulang dan kembali ke universiti ini juga melibatkan pelajar yang menetap di luar atau sekitar kampus dengan pematuhan terhadap prosedur operasi standard yang sama,” katanya.

Dalam pada itu, KPT mengingatkan kebenaran merentas daerah dan negeri untuk pulang beraya hanya diberikan untuk pelajar sahaja dan tidak termasuk ahli keluarganya.

Kosmo! hari ini melaporkan kira-kira 103,994 pelajar IPT yang berada di kampus masing-masing boleh menarik nafas lega selepas dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sempena cuti Hari Raya Aildilfitri kecuali negeri Sarawak.

Para pelajar boleh pulang ke rumah masing-masing mulai 7 hingga 12 Mei, manakala pergerakan pelajar kembali ke kampus ialah pada 15 hingga 20 Mei depan. – K!ONLINE

Posted by ELBI RISALAH at 4/30/2021 07:30:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tiada sekatan daerah, cuma sekatan merentas negeri

Zuliaty Zulkiffli
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO Bernama
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO Bernama

Sungai Petani: Polis menafikan menyekat masuk orang ramai dari daerah lain ke Kuala Muda tanpa surat kebenaran polis berikutan daerah ini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti yang tular di Facebook (FB), malam tadi.

Ini berikutan hanya Kuala Muda masih di bawah perlaksanaan PKPB manakala kesemua daerah lain di negeri ini sudah bertukar ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kebenaran merentas daerah dari daerah lain di negeri ini dibenarkan seperti biasa.

Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan hanya ditekankan untuk pergerakan merentas negeri sahaja yang memerlukan mereka menunjukkan surat kebenaran dari polis.

"Tak betul...Kita proceed (benarkan) seperti biasa... tekankan pada larangan rentas negeri," katanya dalam kenyataan ringkas kepada pemberita, malam tadi.

Terdahulu, tular di FB berhubung larangan orang ramai ke daerah Kuala Muda berikutan daerah itu masih di bawah PKPB.

Orang ramai kononnya dari daerah lain perlu menunjukkan surat merentas daerah dan perlu mendapat kebenaran polis sebelum memasuki Kuala Muda
Posted by ELBI RISALAH at 4/30/2021 07:06:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Polis serbu pusat judi dalam talian jana RM100,000 sehari

Siti Hafidah

Turut berkas 18 individu termasuk wanita berasal dari China

KUALA LUMPUR – Seramai 18 individu termasuk lima lelaki serta wanita warga China ditahan dalam serbuan ke sebuah banglo yang disewa dan dijadikan pusat panggilan judi dalam talian di Taman Orkid Desa di sini, semalam

Serbuan dijalankan jam 11.45 malam itu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusof berkata, sindiket yang mempromosikan perjudian dalam talian itu sudah beroperasi sejak tiga bulan lalu dipercayai meraih keuntungan harian mencecah RM100,000.

Katanya, siasatan mendapati mereka menyewa kediaman pada kadar RM25,000 sebulan, manakala setiap pekerja menerima upah di antara RM 5,000 hingga RM 7,000 sebulan.

“Penjaga premis pula menerima upah sebanyak RM15,000 sebulan.

“Semua suspek berusia 18 hingga 39 tahun akan direman untuk disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya seperti dilapor media tempatan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, operasi berkenaan turut merampas 109 telefon bimbit, satu unit modem, dua router, 27 set komputer riba, wang tunai RM54,000 dan mata wang asing dengan keseluruhan nilai dianggar berjumlah RM300,000.

Polis Kuala Lumpur turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan kegiatan perjudian dalam talian kerana tindakan tegas akan diambil terhadap penganjur, pemain atau pelanggan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan ke Bilik Gerakan Khas 24 Jam Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0670 dan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999
Posted by ELBI RISALAH at 4/30/2021 06:51:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Kurma sedekah, duit raya atau Musang King mungkin rasuah

Siti Hafidah

Tauke judi bagi duit raya bukannya RM1,000, kadang-kadang sampai RM10,000

KLUANG – Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pegawai dan anggota polis di Johor yang menerima duit raya.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberi amaran beliau tidak akan bertolak ansur berhubung perkara itu.

“Kalau ada aduan, saya akan ambil tindakan. Tiada istilah duit raya, yang tadi ditanya itu kurma, kurma bagi saya itu biasa.

“Tapi kalau duit raya lain. Kalau tauke judi bagi duit raya bukannya RM1,000 tapi kadang-kadang sampai RM10,000. Kalau ada maklumat saya akan ambil tindakan.

“Yang mana ambil rasuah, saya sudah dan akan ambil tindakan siasat, tiada tolak ansur,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Dalam pada itu, Ayob Khan berkata, pemberian kurma yang kerap diamalkan umat Islam pada Ramadan tidak dianggap rasuah kerana lebih berupa hadiah kepada seseorang.

“Takkanlah kita nak kategorikan pemberian kurma sebagai rasuah terutama bulan puasa ini, banyak sedekah makanan dapat pahala banyak,” katanya.

Katanya lagi, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadot, turut menggunakan istilah hadiah bagi mereka yang berkemampuan.

Bagaimanapun bagi Musang King, beliau berkata, ia mungkin dianggap rasuah kerana harganya yang mahal.

Posted by ELBI RISALAH at 4/30/2021 06:37:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

MB Selangor mesyuarat esok, teliti semula pelaksanaan PKPB

Siti Fatimah

Hari ketiga berturut-turut kes baharu kembali cecah empat angka

SHAH ALAM – Susulan Selangor mencatatkan kes tertinggi COVID-19 tiga hari berturut-turut, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan mengadakan mesyuarat dengan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negara bagi Negeri Selangor, esok.

Dalam ciapan menerusi Twitternya, Amirudin berkata, mesyuarat itu bagi meneliti semula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor.

“Hari ini, hari ketiga berturut-turut kes baharu COVID-19 kembali mencecah empat angka.

"Mesyuarat esok akan mengangkat syor-syor pelaksanaan PKPB di Selangor kepada Majlis Keselamatan Negara bagi pertimbangan kerajaan Persekutuan,” katanya hari ini.

Kes positif baharu COVID-19 hari dilaporkan sebanyak 3,332 kes dengan Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 1,083 kes.

Pada Rabu (28 April), daripada 3,142 kes baharu dilaporkan, Selangor mencatat kes tertinggi dengan 1,019 kes dan pada Selasa (27 April) daripada 2,733 kes baharu yang dilaporkan, Selangor catat kes tertinggi dengan 750 kes. – Bernama

Posted by ELBI RISALAH at 4/30/2021 06:33:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, April 29, 2021

Hujan lebat, banjir kilat di Mekah

Oleh UtusanTV
mekah
BANJIR kilat dengan arus kuat turut mengheret kereta bersama. - Gambar video tular

HUJAN lebat luar biasa yang melanda Mekah sejak petang Selasa menyebabkan beberapa kawasan terutama di bandar dilanda banjir kilat.

Menurut perkongsian beberapa penduduk Malaysia di Mekah melalui laman sosial, hujan turun dengan lebat semalam ketika umat Islam berpuasa pada hari ke-15 Ramadan.

Salah seorang daripada mereka, Datuk Sheikh Abdul Halim Sheikh Salah yang mengirimkan video hujan itu kepada UtusanTV berkata, hujan tersebut memberi rahmat kepada umat Islam yang sedang berpuasa di Mekah.

Manakala, Menurut perkongsian di laman Twitter Haramain Sharifain, hujan lebat yang amat jarang berlaku sejak Asar menyebabkan air naik sehingga mencecah 0.5 meter.

Dalam beberapa video yang tular, dapat disaksikan bagaimana banjir kilat menengelamkan kereta dan ada kereta yang dibawa arus kuat.

Sebelum ini, pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran cuaca buruk membabitkan beberapa wilayah di seluruh Arab Saudi bermula Jumaat sehingga Selasa.

Amaran awal berkenaan membabitkan ramalan ribut petir dengan hujan sederhana serta angin kencang di wilayah Asir, Al-Baha, Jazan, Najran, Mekah dan Madinah bermula Jumaat.

Memetik laporan media tempatan juga, amaran itu turut melibatkan ibu kota Riyadh, Qassim dan Provinsi Timur yang akan mengalami hujan lebat sederhana yang dijangka mengakibatkan arus deras dan banjir.

LIHAT VIDEO DI SINI

Posted by ELBI RISALAH at 4/29/2021 09:37:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

PDRM benarkan penjualan bunga api

 Oleh MUHD AFIQ AL-HAFIZ MAT YUSOF

Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membenarkan penjualan bunga api bagi musim perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Timbalan Pengarah Pengurusan(Pentadbiran), Datuk Wira Mat Kasim Karim berkata, kelulusan dasar telah diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mengimport, menyimpan dan berniaga secara jualan umum sempena musim perayaan.

“Sehubungan itu, penjualan bunga api bagi Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini adalah dibenarkan dengan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh PDRM.

“Tindakan undang-undang boleh diambil di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (AKta 207) yang boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, semua pihak yang menjalankan perniagaan tersebut diberi peringatan untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikeluarkan.

“Antara syarat yang perlu dipatuhi oleh peniaga kecil atau peruncit dan pasar raya adalah warganegara Malaysia sahaja, lesen berniaga hendaklah dipamerkan dan tempoh jualan hanya dibenarkan selama 30 hari.

“Peniaga kecil dan bazar adalah dibenarkan dengan syarat mempunyai tempat simpan selamat serta diperakui dan mempunyai kebenaran seperti permit atau lesen,” katanya.

Tambahnya, antara perkara yang tidak dibenarkan ialah menjual bunga api kepada pembeli kurang 18 tahun, urus niaga secara dalam talian dan restoran serta kedai makan tidak dibenarkan menjual bunga api. – K! ONLINE

 36 jenis bunga api yang dibenarkan

1. Pop-Pop
2. Happy Boom Glow of Sunset
3. Happy Boom Sunset Bar
4. Happy Boom Glories
5. Happy Boom Flower Silver Cracking Rain
6. Happy Boom Birthday Candle
7. Happy Boom Dush 20 (Roman Candle)
8. Happy Boom Dush 30 (Roman Candle)
9. Happy Boom 10 Shoots (Roman Candle)
10. Happy Boom 8 Shoots Roman Candle (New)
11. Happy Boom Sun Sparkles
12. Happy Boom Colour Sun Sparkle (18 inci Besi Colour)
13. Happy Boom Fountain
14. Happy Boom 10 inci Ice Cream (Fountain)
15. Happy Boom 15 inci Ice Cream (Fountain)
16. Happy Boom 13 inci Conic (Fountain)
17. Happy Boom Mini Ice Cream (Fountain)
18. Happy Boom Peacock Fountain
19. Happy Boom Happines Fountain
20. Happy Boom Ground Boom Flower
21. Happy Boom Camelia Flower
22. Happy Boom Firework
23. Happy Boom Pili Cracker
24. Happy Boom Pili Cracker 3 Minutes
25. Happy Boom Moon (Rockets)
26. Happy Boom Thunder Clap (Rockets)
27. Happy Boom Top Gun (UFO)
28. Happy Boom Top Gun
29. Happy Boom Sky Dragon (New)
30. Happy Boom 14 inci Besi
31. Happy Boom Bee
32. Happy Boom Mancis
33. Happy Boom Cili Padi
34. Happy Boom Party Pooper
35. Happy Boom Banana Kecil
36. Happy Boom Banana Hujan

Tidak dibenarkan

1. Happy Boom Red Cracker (8 inci)
2. Happy Boom Red Cracker (Cake)
3. Happy Boom Celebration Red fire Cracker
4. Happy Boom Assorted Celebration Cake Repeater (1 inci 49 shot)
5. Happy Boom Assorted Celebration Cake Repeate (1.5 inci 138 shot)
6. Happy Boom Shoot Cake (1 inci 16 shot)
7. Happy Boom Shoot Cake (1 inci 25 shot)
8. Happy Boom Shoot Cake (1 inci 36 shot)
9. Happy Boom Tikus 50 (50 Misile)

Posted by ELBI RISALAH at 4/29/2021 09:28:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Salmah berjaya jadi usahawan madu kelulut selepas rugi

 Oleh IVAN AMIRUL

Salmah menunjukkan produk madu kelulut yang diusahakannya di bawah jenama Nikmah di Tuaran baru-baru ini.

TUARAN – Pernah mengalami kerugian sehingga mencecah RM50,000 ketika mula terlibat dalam perniagaan madu kelulut, di Bukit Payung, Telipok dekat sini, Salmah Singa tekad untuk bangkit semula sehingga berjaya dalam perniagaannya.

Menurut beliau, ladang ternakan kelulut yang diusahakan bersama suaminya sejak tahun 2015 itu kini memiliki lebih daripada 5,000 sarang kelulut berbanding hanya 60 sarang sebelum ini.

Lebih menarik, jumlah ladang madu kelulut juga bertambah kepada sembilan dan kini telah berjaya menghasilkan tuaian hampir satu tan liter setiap bulan.

Memasarkan madu kelulut di bawah jenama Nikmah, Salmah, 53, menjelaskan, minatnya terhadap perniagaan madu kelulut bermula setelah melihat keberkesanan madu sebagai alternatif untuk membantu mengurangkan penyakit asma yang dihidapi suami dan anak lelakinya.


“Saya sendiri mengalami masalah resdung sehingga sukar untuk tidur dan selepas melihat kebaikan madu kelulut, saya turut mengamalkannya,” kata beliau ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Mengimbau perjalanan perniagaan yang diusahakan, ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui pernah berputus asa sebelum ini selepas 60 sarang kelulut yang diusahakan terpaksa dimusnahkan selepas diserang penyakit.

“Kerugian sekitar RM50,000 itu ibarat tamparan hebat buat saya dan keluarga.

“Selain daripada pinjaman yang berterusan, AIM melalui Unit Pembangunan Usahawan menyediakan latihan dan bimbingan secara percuma.

“Saya mengambil masa kira-kira tujuh bulan untuk kembali bangkit bagi membangunkan semula ladang kelulut yang diusahakan,” katanya.

Mengulas lanjut,Salmah berkata, madu kelulut asli Nikmah ditawarkan pada harga antara RM35 sehingga RM200 mengikut saiz botol.

Salmah yang merupakan seorang Sahabat AIM memberitahu, institusi itu banyak membantunya dalam mengembangkan perniagaan sejak mula berniaga menjual ayam, daging dan sayur-sayuran pada tahun 2002.

“Pinjaman permulaan pada waktu itu hanya RM500 sebelum saya mengambil keputusan membuat pinjaman sebanyak RM5,000 untuk memulakan ladang ternakan kelulut pada hujung tahun 2015.

“Selepas mengalami kerugian dan bangkit semula, saya sekali lagi membuat pinjaman sebanyak RM10,000 untuk membangunkan semula ladang dan perniagaan madu kelulut. -K! ONLINE.

Posted by ELBI RISALAH at 4/29/2021 09:21:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Dahulu pekebun, kini Jalimah aktif menjual minyak kelapa dara di Kudat

 Oleh IVAN AMIRUL

JALIMAH (kanan) bersama suaminya menunjukkan produk minyak kelapa dara di Kudat baru-baru ini.

KUDAT – Siapa sangka hanya bermula dengan usaha untuk mencuba minyak kelapa dara sebagai salah satu inisiatif membantu menyembuhkan pelbagai penyakit yang dihidapi suami kira-kira 12 tahun lalu, kini Jalimah Majimil bergelar usahawan.

Langkah kanan beliau meneroka bidang tersebut telah membolehkan wanita berusia 58 tahun itu mengeluarkan produk berasaskan minyak kelapa dara di bawah jenama Bonco di daerah Kudat.

Menurut beliau, suaminya, Ronnie Onginjan, 65, mula menghidap pelbagai penyakit termasuklah gastrik, darah tinggi dan gout sejak tahun 1998.

 

Pelbagai usaha dillaksanakan untuk membantu menyembuhkan penyakit berkenaan sehingga beliau menemui minyak kelapa dara.

“Salah seorang kawan kami yang terlebih dahulu bergelar usahawan minyak kelapa dara telah memberikan sebotol produknya kepada suami untuk dicuba.

“Selepas mengamalkan minyak kelapa dara secara konsisten, tahap kesihatan suami kembali normal.

“Sejak itu, saya dan suami mengambil keputusan untuk terlibat secara serius menjual produk berasaskan minyak kelapa dara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di kilang pemprosesan minyak kelapa di Kampung Kimihang di sini baru-baru ini.

Mengulas mengenai perancangan masa depannya, Jalimah yang kini layak meminjam sehingga RM30,000 daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berkata, pihaknya merancang untuk menghasilkan lebih banyak produk sendiri berasaskan minyak kelapa dara seperti sabun dan syampu.

Berkongsi mengenai pembabitannya sebagai Sahabat AIM, Jalimah memulakan perniagaannya sejak tahun 2002 dengan kelayakan pinjaman sebanyak RM2,000. -K! ONLINE.

Posted by ELBI RISALAH at 4/29/2021 09:15:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Capaian internet ganggu PdPR

Oleh KOSMO

Jadual penggiliran waktu persekolahan dapat memberi ruang kepada pelajar untuk berbincang dan memberi tumpuan pada pelajaran dengan guru di sekolah.

KUANTAN – Disebabkan tiada capaian internet di rumah, ada murid yang terpaksa berdiri di luar rumah bagi mengikuti kelas secara online yang dianjurkan guru.

Perkara itu didedahkan guru Bahasa Melayu dan Sains, Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Azizah, Roziah Shamsuddin apabila ditanya mengenai cabaran yang dihadapi ketika pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada tahun lalu.

Roziah berkata, ibu bapa telah mengirimkan gambar menunjukkan gelagat anak mereka yang bersusah payah untuk mendapatkan capaian internet yang stabil sehingga terpaksa berdiri di luar rumah semata-mata untuk mengikuti kelas dalam talian.

“Itu antara situasi yang terpaksa murid hadapi apabila PdPR dilaksanakan malah kami sendiri sering mendengar keluhan ibu bapa mengenai pelbagai kesulitan yang dihadapi ketika itu.

“Jadi PdP secara bersemuka adalah langkah terbaik dan jika keadaan terlalu mendesak, saya mencadangkan sesi persekolahan dibuat secara bergilir bagi memastikan proses PdP secara bersemuka dapat terus dilaksanakan,”katanya ketika ditemui di sekolah berkenaan di sini baru-baru ini..

Sementara itu, Guru Besar SK Tengku Azizah, Sharipah Hadibah Habib Noh berkata, murid sekolah rendah berhadapan dengan cabaran yang lebih besar berbanding pelajar sekolah menengah apabila PdPR dilaksanakan.

Jelas beliau, ini kerana murid sekolah rendah masih bergantung kepada ibu bapa sepenuhnya untuk menguruskan segala keperluan mereka berbanding pelajar sekolah menengah yang moleh menguruskan sendiri.

“Contohnya untuk persediaan kelas dalam talian, ibu bapa perlu menguruskan anak-anak mereka dari awal termasuk membuka aplikasi, memantau sesi pembelajaran serta membimbing mereka menyiapkan tugasan.

“Jadi sudah tentu perkara ini akan menambahkan lagi bebanan ibu bapa terutama yang bekerja,”katanya.

Dalam pada itu, seorang guru, Syarifah Salwa Syed Mad Damsuri menyokong agar PdP secara bersemuka dikekalkan kerana sebagai ibu kepada empat anak berusia enam hingga 12 tahun, beliau sangat memahami kesulitan dialami kedua pihak.

“Sebagai ibu, saya dapat rasai bagaimana sukarnya untuk menguruskan empat anak serentak supaya mereka dapat mengikuti kelas dalam talian dan dalam masa sama saya juga perlu mengajar secara dalam talian.

“Saya akui sangat penat untuk menguruskan semuanya serentak namun untuk mengelak keadaan kelam kabut, saya mengambil inisiatif dengan membuat senarai semak untuk anak-anak supaya mereka lebih teratur,” ujarnya.

Sementara itu, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Azizah, Abdul Razak Ahmad berkata, pelaksanaan PdP dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dilihat dapat memberi manfaat kepada murid-murid dan ibu bapa.

“Kebanyakan ibu bapa sekarang sudah kembali bekerja atau berniaga, sekiranya sesi persekolahan ditutup maka anak-anak terpaksa belajar di rumah.

Ini tentunya akan menjejaskan jadual kerja atau perniagaan mereka.

“Hantar anak ke sekolah adalah lebih selamat berbanding tinggalkan mereka di rumah apabila ibu bapa terpaksa keluar bekerja malah ada sesetengah rumah yang tidak kondusif untuk sesi pembelajaran secara online, ini akan menjejaskan perkembangan pelajaran murid,” ujarnya.

Ditanya pendapat seorang murid darjan enam, Nur Arissya Sofea Zulnizam berkata, dia lebih suka ke sekolah kerana lebih mudah untuk memahami pengajaran guru berbanding belajar dengan kelas dalam talian.

Katanya masalah internet yang lemah menyebabkan pengajaran yang dibuat guru tidak jelas seterusnya menyebabkannya tidak dapat melakukan tugasan yang diberi.

“Jika tidak faham atau ada masalah saya tidak tahu ingin bertanya kepada siapa kerana ibu dan ayah bekerja manakala abang pula ada kelas dia sendiri.

“Di sekolah saya rasa lebih bersemangat untuk belajar kerana ada ramai kawan selain boleh bertanya terus kepada guru jika tidak faham,”ujarnya.

Posted by ELBI RISALAH at 4/29/2021 09:00:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Menteri Besar Perak kena kuarantin 14 hari

Oleh Media Mulia
SAARANI MOHAMAD

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad perlu menjalani kuarantin selama 14 hari setelah ada kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

Setiausaha politiknya, Sham Mat Sahat mengatakan bahawa beliau dimaklumkan bahawa Saarani diberitahu untuk menjalani kuarantin dari semalam hingga 11 Mei setelah ada kontak rapat itu dengan seorang individu ketika menghadiri program di Lenggong.

“Pada pukul 5 petang, beliau (Saarani) memberitahu saya bahawa beliau tidak dapat menghadiri sambutan Nuzul Quran 2021 Perak di Masjid Sultan Idris Shah II di sini petang ini.

“Dia juga memberitahu saya untuk mewakilinya pada waktu berbuka puasa di Batu Kurau pada hari Jumaat kerana beliau kini di kuarantin.

“Namun, oleh kerana saya tidak mempunyai maklumat yang lengkap, saya tidak dapat menjelaskan lebih lanjut,” kata Sham ketika ditemui wartawan setelah menghadiri majlis Nuzul Quran, yang juga dihadiri oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Katanya, Saarani disuruh menjalani kuarantin setelah mempengerusikan mesyuarat dewan eksekutif negeri Perak pagi ini diikuti dengan sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan. UTUSAN

Posted by ELBI RISALAH at 4/29/2021 07:32:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

DISYORKAN UNTUK ANDA:

  MEDAN BERITA POLITIK DALAM KEMBAR BLOG  ' AR RISALAH '

Posted by ELBI RISALAH at 4/29/2021 07:28:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Lelaki ditangkap buat laporan palsu hilang kereta

Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA
KENDERAAN yang dilaporkan hilang rupa-rupanya disorokkan oleh pemiliknya di belakang bangunan sebuah pasar raya di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan. - IHSAN POLIS

PORT DICKSON: Seorang lelaki ditahan selepas membuat laporan polis palsu tentang kehilangan sebuah kereta miliknya pada 20 April lalu.

Lelaki berusia 25 tahun dan bekerja sebagai penganalisis data itu disyaki membuat laporan palsu tersebut bagi tujuan mendapatkan tuntutan insurans bagi mengadakan majlis perkahwinannya.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki itu ditahan enam hari kemudian selepas siasatan lanjut mendapati dia sengaja mereka cerita mengenai kehilangan kenderaan jenis Subaru Forester tersebut.

“Pada 20 April 2021, pukul 10.30 malam, lelaki tersebut membuat satu laporan polis berhubung kehilangan sebuah motokar miliknya di pekarangan parkir Lukut Prima, di sini.

“Hasil soal siasat awal mendapati pengadu parkir motokar di kawasan tersebut sekitar pukul 8 malam untuk makan bersama rakan dan apabila kembali semula ke pada pukul 10 malam, pengadu mendapati motokar telah tiada di tempat parkir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pada 26 April 2021 kira-kira pukul 1.30 petang, setelah disoal siasat lanjut oleh polis, mendapati lelaki berkenaan sengaja mengada-adakan cerita tentang kehilangan kenderaannya itu.

Jelas Aidi Sham lagi, kereta itu disimpan di tempat lain dengan tujuan untuk mendapatkan tuntutan insurans ke atas kehilangan motokar.

Katanya, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson dan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan kemudian menangkap lelaki berkenaan bersabit kereta dan laporan palsu.

“Dengan dipandukan oleh pengadu, polis menemukan semula motokar yang disorokkan oleh pengadu di belakang bangunan sebuah pasar raya di Lukut.

“Lelaki itu kini masih ditahan di lokap Polis Port Dickson sehingga esok dia akan disiasat lanjut dibawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Posted by ELBI RISALAH at 4/29/2021 07:26:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Kerajaan Johor umum tarikh cuti persekolahan sempena Aidilfitri

 Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

TOSRIN JARVANTHI

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri menetapkan tarikh cuti persekolahan sempena sambutan perayaan Aidilfitri tahun ini bagi sekolah-sekolah di bawah kelolaannya.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, penetapan itu dibuat dengan mengambil kira pengumuman Menteri Kanan Pendidikan menerusi sidang akhbar, baru-baru ini.

Menurut beliau, tarikh cuti berkenaan melibatkan Institusi Pendidikan Islam Negeri Johor.

“Bagi Maahad Tahfiz Negeri, Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor dan Tadika Agama Johor, cuti ditetapkan bermula 7 Mei sehingga 15 Mei.

“Sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) pula akan bermula pada 16 Mei sehingga 27 Mei mengikut kesesuaian guru dan murid. Manakala bagi mereka yang akan pulang ke asrama bermula 12 Jun bagi kelas darjah khas dan 13 Jun bagi murid dan pelajar lain,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, Tosrin memberitahu, cuti bagi Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Islam Swasta, Maahad dan Madrasah Tahfiz Swasta, Madrasah Pondok Swasta dan Madrasah Malabar Johor tertakluk kepada pihak sekolah. – UTUSAN ONLINE

Posted by ELBI RISALAH at 4/29/2021 07:22:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
View mobile version
Subscribe to: Posts (Atom)

TRANSLATE /TERJEMAH LAIN-LAIN BAHASA



KUNJUNGI MEDAN BERITA POLITIK DALAM KEMBAR BLOG:
  • AR RISALAH الــرســالـة
    ‘Ini macam tersilap tekan butang’
    3 years ago

IKLAN : - SUASANA SEMASA DI HOMESTAY JKKK SUNGAI HAJI DORANI. SUNGAI BESAR.

IKLAN : -  SUASANA SEMASA DI HOMESTAY JKKK SUNGAI HAJI DORANI. SUNGAI BESAR.
BULAN JANUARI 2022.... Kerja-kerja mengambil hasil sawah padi menggunakan jentuai sudah bermula di sekitar kampung Sungai Haji Dorani. Di jangka akhir bulan Januari 2022 semua sawah habis diambil hasilnya....Pelawat yang ingin berkunjung ke HOMESTAY JKKK , sila dapatkan maklumat awal ke talian 019-911 4470 (P)Pelawat yang ingin berkunjung ke HOMESTAY JKKK , sila dapatkan maklumat awal ke talian 019-911 4470 (P)

JUMLAH PENGUNJUNG SEJAK 2008 SEHINGGA KINI :



Sedang Online Sekarang

hit counter

PENGIKUT / PEMBACA TETAP :

LOKASI PENGUNJUNG MAYA

PAUTAN BUKAN AKHBAR

  • WFAUZDIN NS
  • CERITA RAKYAT NUSANTARA
  • BANJAR SUNGAI GANAL
  • HUSIN LEMPOYANG
  • CENANGAU
  • TRANUNGKITE
  • ROSLAN SMS
  • FAMILI AZAM
  • AL HUSSEYN
  • KADIR JASIN

AKHBAR RUJUKAN BERITA

  • ASTRO AWANI
  • MEDIA SELANGORKU
  • ROKET KINI .COM
  • KEADILAN DAILY
  • BERNAMA
  • SABAH DAILY
  • HARIAN METRO
  • NST ONLINE
  • MSTAR ONLINE
  • MALAYSIA KINI
  • SINAR HARIAN
  • HARAKAH DAILY
  • AGENDA DAILY
  • SUARA MERDEKA
  • MALAYSIA NOW
  • UTUSAN TV
  • MALAYSIA POST
  • KOSMO ONLINE
  • BERITA HARIAN ONLINE
  • UTUSAN ONLINE
  • UMNO ONLINE
  • MALAYSIA GAZETTE
  • MALAYSIA TODAY
  • BULETIN TV3

TAJUK BERITA BULAN INI

  • ►  2022 (860)
    • ►  February (120)
    • ►  January (740)
  • ▼  2021 (8478)
    • ►  December (731)
    • ►  November (747)
    • ►  October (667)
    • ►  September (666)
    • ►  August (756)
    • ►  July (678)
    • ►  June (747)
    • ►  May (728)
    • ▼  April (776)
      • Kelantan tutup sekolah sehingga Aidilfitri
      • DISYORKAN UNTUK ANDA:
      • Keluarga dakwa tahanan penjara Jelebu didera, dise...
      • Agong zahir kegusaran peningkatan kes positif Covi...
      • 22 bazar Ramadan diarah tutup berkuatkuasa esok
      • Gawat - 3,788 kes baru, jangkitan di Lembah Klang ...
      • PKP di lima daerah di Kedah
      • 'Saya tak ada kaitan audio bocor, boleh dapat vide...
      • Empat bazar Ramadan di Johor diarah tutup serta-merta
      • IGP hentam campur tangan menteri pada sidang media...
      • Keluarga nafi Adun Melor meninggal akibat vaksin C...
      • Pelajar pilih PdP, belajar lebih fokus, bendung ke...
      • Lelaki tular video anggota trafik kerana tidak pua...
      • DISYORKAN UNTUK ANDA:
      • Ikatan Anak Mersing sedia kursus penjagaan, penana...
      • Empat lelaki sanggup bayar RM30,000 elak ditahan
      • Acryl Sani sah KPN baharu
      • Keistimewaan bosou ibu jadi inspirasi
      • Ketibaan Syawal bawa rezeki tambahan kepada pengus...
      • PKPB di seluruh daerah Raub
      • Ebit Lew sumbang RM25,000 untuk keluarga mangsa KR...
      • Pelajar IPT balik Kelantan perlu jalani pengasinga...
      • Tiada sekatan daerah, cuma sekatan merentas negeri
      • Polis serbu pusat judi dalam talian jana RM100,000...
      • Kurma sedekah, duit raya atau Musang King mungkin ...
      • MB Selangor mesyuarat esok, teliti semula pelaksan...
      • Hujan lebat, banjir kilat di Mekah
      • PDRM benarkan penjualan bunga api
      • Salmah berjaya jadi usahawan madu kelulut selepas ...
      • Dahulu pekebun, kini Jalimah aktif menjual minyak ...
      • Capaian internet ganggu PdPR
      • Menteri Besar Perak kena kuarantin 14 hari
      • DISYORKAN UNTUK ANDA:
      • Lelaki ditangkap buat laporan palsu hilang kereta
      • Kerajaan Johor umum tarikh cuti persekolahan sempe...
      • Segera robohkan tugu haram komunis MPAJA di Nilai
      • Kanak-kanak 3 tahun maut selepas tertinggal dalam ...
      • Polis berkas ‘mat gian’ amuk, ugut cedera ibu
      • UPSR hanya lahirkan pelajar mahu dapat 'A'
      • Vaksin AstraZeneca diberikan kepada orang ramai se...
      • UPSR dimansuhkan sepenuhnya, PT3 2021 dibatalkan, ...
      • Lebih 13,000 komputer riba diberikan kepada murid ...
      • Penganjur program buka puasa RTM nafi dakwaan lang...
      • Kes baru lepasi 3,000, jumlah keseluruhan jangkita...
      • 30 sekolah di S'gor ditutup 2 hari lepas kes posit...
      • DISYORKAN UNTUK ANDA:
      • Al-Quran ratusan tahun, tercantik di Asia Tenggara...
      • Dikritik denda tanpa timbang rasa, polis akan dapa...
      • Isu rogol bukan bahan jenaka – Che’ Puan Khaleeda
      • Neelofa sanggup bayar RM50,000 bantu peniaga burger
      • Tidak benar tak boleh rentas daerah pada Aidilfitri
      • Bekerja dari rumah mungkin dilaksanakan semula?
      • Pihak berkuasa terkhilaf keluarkan kompaun RM50,000?
      • Polis kesan individu sebar maklumat sulit 12 pengu...
      • Wanita hamil di Arab Saudi boleh ambil vaksin COVI...
      • Buruh dera dua anak dipenjara 22 tahun
      • Mufti Kelantan nasihat warga emas jangan risau ter...
      • SOP sambutan Aidilfitri yang tular palsu - Ismail ...
      • DISYORKAN UNTUK ANDA:
      • 'Sedang goreng keropok untuk anak, dikompaun RM50,...
      • Sebelum mereka berakhir di tepi jalan, rumah usang...
      • Kompaun RM50,000 pada peniaga burger mungkin dikur...
      • Kerja sambil belajar boleh undang risiko psikologi...
      • Neelofa, keluarga didenda RM60,000 kerana gagal pa...
      • Jakel dikompaun RM10,000 kerana gagal patuhi SOP C...
      • Kerajaan peruntuk RM69.9 juta bantu pekebun, penor...
      • Kompaun mesti ikut garis panduan, untuk pencegahan...
      • Khairy jelaskan butiran kos peruntukan RM5 bilion ...
      • KKM buat penilaian semula peniaga burger dikompaun...
      • Pokok kurma Kelantan berbuah lebat
      • DISYORKAN UNTUK ANDA:
      • Tempahan biskut raya kurang
      • Tinggalkan kerja makan gaji demi legasi songkok
      • Kedai emas Hajjah Halijah edar bubur lambuk percuma
      • 45 pelanggan dikompaun tidak patuh SOP di restoran
      • Warga emas akan diberi suntikan vaksin AstraZeneca...
      • Lebih 360 murid, guru dikuarantin dalam sekolah di...
      • Sesi persekolahan diteruskan, kata menteri kanan
      • Maklum kepada sekolah jika mahu anak duduk di ruma...
      • PdPR dilaksana selama 2 minggu selepas cuti Aidilf...
      • Markas sindiket penipuan pelaburan dalam talian di...
      • PM ucap takziah kepada Presiden, rakyat Indonesia
      • Sujud dan solat sebelum mereka hilang bertemu Penc...
      • Rakyat perlu korban sambut Aidilfitri di perantauan
      • DISYORKAN UNTUK ANDA:
      • Kapal selam Indonesia ditemui pecah tiga bahagian
      • Pengarah ditemui mati tergantung di biliknya
      • Padah rogol kekasih lembam
      • Persiapan sambut Aidilfitri musnah
      • Bawa bekas sendiri beli juadah di bazar Ramadan
      • Pahang tarik balik pangkat Datuk Seri Nicky Liow
      • Peniaga burger kena kompaun RM50,000
      • Ulat bulu serang kampung
      • DISYORKAN UNTUK ANDA:
      • Penyeludup ‘ligat’ waktu buka puasa, tarawih
      • Dulu tauke bas kini peniaga kuih
      • [KEMASKINI] Elak haiwan melintas punca kemalangan
      • 53 perwira KRI Nanggala-402 gugur di bulan Ramadan
      • Lepas gian serbu bazar Aidilfitri
      • Dua sahabat maut dipanah petir
    • ►  March (611)
    • ►  February (661)
    • ►  January (710)
  • ►  2020 (6430)
    • ►  December (663)
    • ►  November (767)
    • ►  October (525)
    • ►  September (455)
    • ►  August (581)
    • ►  July (592)
    • ►  June (521)
    • ►  May (494)
    • ►  April (350)
    • ►  March (466)
    • ►  February (473)
    • ►  January (543)
  • ►  2019 (5515)
    • ►  December (435)
    • ►  November (352)
    • ►  October (311)
    • ►  September (341)
    • ►  August (385)
    • ►  July (349)
    • ►  June (410)
    • ►  May (619)
    • ►  April (606)
    • ►  March (656)
    • ►  February (511)
    • ►  January (540)
  • ►  2018 (7297)
    • ►  December (529)
    • ►  November (332)
    • ►  October (354)
    • ►  September (506)
    • ►  August (588)
    • ►  July (589)
    • ►  June (760)
    • ►  May (693)
    • ►  April (848)
    • ►  March (616)
    • ►  February (660)
    • ►  January (822)
  • ►  2017 (6325)
    • ►  December (413)
    • ►  November (301)
    • ►  October (562)
    • ►  September (658)
    • ►  August (509)
    • ►  July (613)
    • ►  June (754)
    • ►  May (763)
    • ►  April (381)
    • ►  March (510)
    • ►  February (453)
    • ►  January (408)
  • ►  2016 (7807)
    • ►  December (360)
    • ►  November (385)
    • ►  October (591)
    • ►  September (425)
    • ►  August (616)
    • ►  July (634)
    • ►  June (849)
    • ►  May (740)
    • ►  April (756)
    • ►  March (870)
    • ►  February (712)
    • ►  January (869)
  • ►  2015 (8808)
    • ►  December (900)
    • ►  November (511)
    • ►  October (853)
    • ►  September (836)
    • ►  August (795)
    • ►  July (710)
    • ►  June (769)
    • ►  May (719)
    • ►  April (627)
    • ►  March (703)
    • ►  February (666)
    • ►  January (719)
  • ►  2014 (8225)
    • ►  December (734)
    • ►  November (606)
    • ►  October (658)
    • ►  September (617)
    • ►  August (802)
    • ►  July (627)
    • ►  June (644)
    • ►  May (845)
    • ►  April (680)
    • ►  March (656)
    • ►  February (606)
    • ►  January (750)
  • ►  2013 (9409)
    • ►  December (731)
    • ►  November (676)
    • ►  October (655)
    • ►  September (662)
    • ►  August (617)
    • ►  July (768)
    • ►  June (752)
    • ►  May (1002)
    • ►  April (918)
    • ►  March (1008)
    • ►  February (797)
    • ►  January (823)
  • ►  2012 (10822)
    • ►  December (742)
    • ►  November (799)
    • ►  October (773)
    • ►  September (876)
    • ►  August (871)
    • ►  July (1122)
    • ►  June (938)
    • ►  May (853)
    • ►  April (999)
    • ►  March (961)
    • ►  February (893)
    • ►  January (995)
  • ►  2011 (12068)
    • ►  December (810)
    • ►  November (899)
    • ►  October (1040)
    • ►  September (1144)
    • ►  August (1330)
    • ►  July (1159)
    • ►  June (1015)
    • ►  May (903)
    • ►  April (1042)
    • ►  March (931)
    • ►  February (880)
    • ►  January (915)
  • ►  2010 (10323)
    • ►  December (852)
    • ►  November (701)
    • ►  October (1015)
    • ►  September (931)
    • ►  August (928)
    • ►  July (1088)
    • ►  June (811)
    • ►  May (1142)
    • ►  April (955)
    • ►  March (607)
    • ►  February (656)
    • ►  January (637)
  • ►  2009 (7591)
    • ►  December (690)
    • ►  November (822)
    • ►  October (750)
    • ►  September (644)
    • ►  August (762)
    • ►  July (751)
    • ►  June (788)
    • ►  May (617)
    • ►  April (558)
    • ►  March (545)
    • ►  February (399)
    • ►  January (265)
  • ►  2008 (1451)
    • ►  December (310)
    • ►  November (295)
    • ►  October (232)
    • ►  September (256)
    • ►  August (292)
    • ►  July (54)
    • ►  June (12)

LOKASI PARA PENGUNJUNG



free counters
PENAFIAN

DIALOG RAKYAT tidak bertanggungjawab ke atas sebarang gangguan, kerosakan atau masalah yang mungkin timbul kepada para pengguna semasa melayari laman ini. DIALOG RAKYAT juga tidak terlibat risiko dari segi undang-undang ke atas penyiaran bahan maklumat, tetapi menjadi tanggungjawab oleh punca maklumat seperti tertera.
Picture Window theme. Theme images by rion819. Powered by Blogger.