Pembuat
keris Pahang, Wan Islahuddin Ali, 41, mengharapkan agar pengusaha
sepertinya diberi bantuan dalam mewujudkan lebih banyak peluang
pekerjaan. - Gambar Astro Awani
PEKAN : Ketika bahang politik
kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N23 Chini
semakin panas, isu rakyat terutama berkaitan peluang pekerjaan terus
menjadi perkara yang diketengahkan oleh setiap calon yang bertanding
dalam memberi perubahan di DUN itu.
Lain pula cerita tentang seorang pengusaha keris tradisional Pahang yang melihat peluang pekerjaan di DUN Chini sebenarnya terbuka luas dengan menjadikan perniagaan secara dalam talian sebagai sumber rezeki.
Lain pula cerita tentang seorang pengusaha keris tradisional Pahang yang melihat peluang pekerjaan di DUN Chini sebenarnya terbuka luas dengan menjadikan perniagaan secara dalam talian sebagai sumber rezeki.
"Permintaan
Alhamdulilah, cuma tidak menang tangan hendak membuatnya itu (keris). Ia
memakan masa sedikit diantara keris biasa-biasa dan jenis gred collector.

Wan Islahuddin sedang menempa besi yang dibakar sebelum proses pembuatan Keris Pahang dilakukan. Gambar: Astro Awani
"Tempahan melalui online kebanyakkannya daripada Facebook dan Instagram dimana pembeli akan bertanya kepada saya. Tetapi keris sekarang ini bukan macam dahulu, peminat dan pelapis baharu sentiasa ada seperti cikgu saya sendiri pendapatannya boleh mencecah hingga lima angka sebulan," jelasnya.
Meskipun ketika ini hanya membuat keris seorang diri, Islahuddin menanam semangat agar seni pembuatan keris itu dapat diwarisi kepada generasi kini di DUN Chini.
Disamping itu, peluang pekerjaan juga boleh diwujudkan sekiranya ada pihak membantunya dalam mendapatkan mesin menempa besi yang berharga kurang RM70,000.

Wan Islahuddin memegang keris Pahang yang siap ditempa. Gambar: Astro Awani
"Memang boleh jadi sumber pendapatan contoh dengan penambahan mesin boleh digajikan dua, tiga orang membantu. Kemungkinan mereka ini boleh jadi pelapis tukang keris akan datang sebab setakat ini tukang keris cuma ada 3-4 orang sahaja di Pahang ini.
"Saya di Kampung Salong, dua lagi cikgu saya di Kuantan dan seorang lagi di Rompin, kalau tidak ada pelapis tidak adalah penyambung seni pembuatan keris Pahang ini," kata Wan Islahuddin lagi.
Kisah Wan Islahuddin ini dapat membuka mata semua generasi muda di DUN itu.
Bukan hanya menunggu sebarang perubahan yang bakal dibawa oleh wakil rakyat, sebaliknya mewujudkan peluang menambah pendapatan sekaligus peluang pekerjaan dalam kalangan penduduk di kawasan itu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.