Ir Muhammad Lukman Al Hakim
PH, BN bukan lawan undi, tapi kekalkan survival kaum minoriti
IA adalah fenomena sampingan yang menggambarkan lima isu besar sebenar yang sedang berlaku dalam senario politik tanahair:
1. Parti Rasis cauvinis, DAP Dominan dan Konsisten menghuru-harakan Pentadbiran Dalam kerajaan
Parti cauvinis yang didanai para taikun
ini memberikan tekanan yang amat tinggi terhadap kerajaan termasuk
kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sendiri secara terang-terangan.
Walaupun sebahagian mereka adalah
menteri/timbalan menteri kabinet, namun wala’ dan kesetiaan tetap
diberikan kepada pucuk pimpinan parti, walaupun bertentangan dengan
aspirasi PM, rakyat majoriti dan jentera kerajaan sendiri.
Ini amat jelas berlaku secara konsisten
dalam kes rusuhan kaum di Kuil Sri Mariamman USJ 25, Statut Rome, isu
Komunis dan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), polemik
tulisan jawi dan banyak lagi.
Lebih pelik dan ajaib apabila Timbalan
Menteri Pendidikan hanya taat kepada pimpinan DAP dan bukannya menteri,
lebih dominan dalam mentadbir kementerian dan membuat kenyataan rasmi,
serta konsisten memberikan bantuan kepada sekolah vernakular yang sudah
sedia tersergam indah dan
cantik.
cantik.
Jika benar kementerian yang lemah dan bersalah, sepatutnya YB Teo Nie Ching juga dipaksa meletak jawatan!
2. Politik Berasaskan Kaum Mengatasi Politik Berasaskan Parti
Dominasi DAP yang bertunjangkan semangat
perjuangan rasis (berasaskan kaum) mendapat sokongan tak berbelah bahagi
dari MCA, terutama selepas kemenangan calon mereka dalam Pilihan Raya
Kecil (PRK) Tanjung Piai.
Dalam isu sekolah vernakular, status
Bahasa Melayu, Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), Rang Undang-Undang
(RUU) 355 dan Buy Muslims’ First (BMF) sebagai contoh, mereka amat
konsisten dan senada seirama mempertikaikan perlembagaan negara.
Parti politik Pakatan Harapan (PH) lawan
Barisan Nasional (BN) hanya sandiwara. Pertembungan sebenar bukan pada
peti undi, tapi dalam mengekalkan survival kaum minoriti masing-masing.
Masalahnya, kenapa pemimpin bangsa
tonggak Melayu Islam gagal memahami konsep ini dan terus terperdaya
dengan teknik pecah dan perintah, yang dimainkan DAP serta
kuncu-kuncunya?
3. Ketelusan dan Transformasi yang Dijanji PH Hanya Janji Kosong
Sungguh tiada apa-apa yang baharu dapat
kita lihat dalam pentadbiran PH selepas memenangi Pilihan Raya Umum
ke-14 (PRU14) yang lalu. Semua inisiatif yang bagus dari kerajaan
terdahulu diteruskan serta diberi nama baharu. Manifesto pilihanraya
tinggal di atas kertas, hanya dijustifikasi bukan diimplementasi.
Dalam aspek rasuah, ahli politik
bermasalah, kelembapan ekonomi, jual aset negara kepada kuasa luar dan
membuli bangsa Melayu dan agama Islam, nampaknya kerajaan PH lebih hebat
prestasinya berbanding kerajaan terdahulu.
Rakyat terus susah dan tersepit
Apabila satu-satu masalah berlaku, dengan
mudah pimpinan negara menuding jadi kepada rakyat yang dikatakan malas,
tidak berusaha dan asyik bergantung kepada bantuan.
4. ‘Politiking’ Tunjang Politik Negara, Bukan Khidmat Untuk Rakyat
Ahli politik terus kekal sibuk untuk
mempertahankan periuk nasi masing-masing, jatuh menjatuh, menyebarkan
video lucah, membentuk kerajaan dalam kerajaan dan pelbagai lagi
tindakan yang tidak langsung menguntungkan rakyat
Pengunduran Dr Maszlee Malik adalah bukti jelas berlakunya politik dalaman yang amat jahat untuk memporak-perandakan negara.
Samada ia disebabkan kelemahan peribadi
atau tindakan beliau menamatkan kontrak YTL, atau memperkenalkan
pelajaran tulisan jawi atau menggalakkan dakwah di sekolah bukankah isu
pokok.
Isu yang lebih besar ialah agenda
pembangunan negara sebagai contoh penambahbaikan sistem pendidikan
negara, sepatutnya dipunyai dan ditunjangi oleh seluruh jentera kerajaan
berasaskan perlembagaan dan semangat integtasi kaum .
Namun ini jelas tidak berlaku ‘Politiking’ yang berlaku adalah untuk menaikkan agenda peribadi dan agenda kaum minoriti yang rasis.
Itu belun kita bincang isu perebutan jawatan PM ke-8 lagi…
5. PH Menghampiri Kemusnahan. Melayu Islam Perlu Ambilalih Dominasi Untuk Pastikan Kestabilan Negara
Jelas, segala yang berlaku menunjukkan PH
menuju kehancuran. Dr M sudah terlalu tua dan lemah untuk mentadbir,
hilang taring, tiada kekuatan pengaruh seperti dulu dan sering tunduk
kepada desakan DAP.
Malaysia memerlukan satu nafas baharu.
Politik berasaskan Islam yang didominasi pimpinan Melayu yang
berintegriti tinggi dan berkemahiran merentas parti politik sedia ada.
Segala agenda peribadi dan sampingan
perlu diketepikan. Para ahli politik yang telah luput tarikh, basi dan
meloyakan perlu dibuang jauh-jauh.
Ayuh kita bangunkan generasi muda pimpinan negara yang berwawasan besar dengan aspirasi yang lebih segar.
Hanya cara inilah yang akan dapat mengekalkan kesejahteraan dan kestabilan negara.
Sukar dan mencabar, namun kita tiada alternatif lain!
No comments:
Post a Comment