Menterinya, Saifuddin Nasution Ismail berkata perbincangan itu penting untuk menangani segera isu berkenaan dan tidak menjejaskan perancangan dasar kerajaan yang komited membina rumah mampu milik untuk rakyat.
“Perbincangan dibuat secara berterusan sehingga selesai kerana pada masa sama keluhan penggiat industri ini juga kita perlu dengar. Jadi, kita bincang alasan kenaikan itu, sama ada disebabkan kos menjalankan perniagaan atau menghasilkan simen.
“Jika mereka berikan alasan sedemikian, kita nak tahu pula kos apa…kos tetap atau kos berubah-ubah…berapa harga siling dan sebagainya, kita nak dengar semua itu,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Raya anjuran Pembangunan Industri Kewangan Malaysia Berhad (MIDF) hari ini.
Kegagalan menjawab notis tersebut dalam masa ditetapkan akan menyebabkan syarikat itu boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah akta berkenaan.
Kad petrol subsidi bersasar
Berhubung kad khas petrol subsidi bersasar, Saifuddin berkata, kerajaan akan memuktamadkan formula itu dalam tempoh terdekat.
“Bulan ini, KPDNHEP dan Kementerian Kewangan akan mengadakan perbincangan untuk memuktamadkan formula yang sudah dirangka itu, termasuk berapa ramai akan dapat dan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri.”
No comments:
Post a Comment