Tuesday, June 18, 2019
JKM lakukan siasatan menyeluruh
JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) memandang serius isu penderaan dan pengabaian warga emas di sebuah pusat jagaan warga emas yang tular di laman sosial Facebook (FB).
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon berkata, JKM sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara itu.
“JKM turut menjalankan siasatan secara dalaman dan sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa atas dakwaan salah laku kakitangan JKM seperti yang didakwa melalui media sosial.
“Bagi menjaga nama baik jabatan dan perkhidmatan awam, kami tidak teragak-agak mengambil tindakan perundangan ke atas individu yang tularkan kes itu jika apa yang ditularkan mengenai kakitangan JKM tidak benar,” katanya dalam kenyataan di Seremban hari ini.
Nicole berkata, tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya akan diambil jika pusat jagaan berkenaan tidak mematuhi peruntukan Akta Pusat Jagaan 1993.
Berita berkaitan
• 'Saya tidak pernah dera mereka' [METROTV]
• Dipaksa minum air kencing, makan cili..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment