DIALOG RAKYAT

MELAPORKAN BERITA-BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA...

Sunday, June 23, 2019

Hishammuddin disoal SPRM 7 jam dalam isu ‘land swap’

Nur Hasliza Mohd Salleh
Hishammuddin Hussein berkata, beliau sedia didakwa jika terbukti 
terbabit dalam sebarang salah laku.
 
PUTRAJAYA: Bekas menteri pertahanan, Hishammuddin Hussein disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selama 7 jam berhubung isu “land swap” atau pertukaran tanah milik Kementerian Pertahanan.

Katanya, beliau hanya terbabit dalam satu projek “land swap” di Paloh ketika menjadi menteri pertahanan dan berharap SPRM tidak bertindak selektif dalam siasatan ke atas 16 projek itu.
Beliau sedia didakwa jika terbukti terbabit dalam sebarang salah laku.

“Yang lain mereka (SPRM) kena panggillah. Menteri mana yang terlibat, pastikan mereka panggil jugalah.
“Apa yang istimewanya tentang (projek) saya? Siapa sebenarnya yang hilang duit? Siapa dapat kontrak? Siapa yang dapat untung?

“Saya dah beritahu, saya tak ada keuntungan langsung ke atasnya.

“Siapa yang salah, mari lihat kebenarannya. Kalau saya salah, dakwa,” katanya selepas memberi keterangan di ibu pejabat SPRM petang tadi.

Hishammuddin tiba di ibu pejabat SPRM pada 11.03 pagi tadi dengan menaiki Vellfire berwarna hitam.

Beliau ialah bekas menteri Barisan Nasional ke-2 yang dipanggil membantu siasatan isu “land swap” selepas bekas timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid Hamidi dipanggil agensi anti-rasuah itu pada Khamis lalu.

Pada 9 Mei lalu, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mengumumkan 13 daripada 16 projek “land swap” Kementerian Pertahanan membabitkan Najib dan bekas menteri pertahanan sejak 1997.

Katanya, hasil siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) ke atas 16 projek itu turut mendapati kerajaan kerugian lebih RM500 juta disebabkan penilaian tanah lebih rendah daripada nilai pasaran dan pengurusan kontrak yang lemah.

Beliau berkata, 16 projek itu terdiri daripada 1,183 hektar tanah milik Kementerian Pertahanan bernilai RM4.7 bilion dan kos projek sebanyak RM4.8 bilion.

Hari ini, Hishammuddin memberi jaminan akan terus memberi kerjasama penuh kepada SPRM sepanjang siasatan itu kerana ia penting untuk kredibiliti dan integriti agensi anti-rasuah itu.

“Kita perlu kerja lebih dekat dengan SPRM untuk tahu kebenaran perkara ini.”

Beliau turut mencabar Kementerian Pertahanan mendedahkan projek “land swap” sebelum beliau menerajui kementerian itu.

“Saya mahu menteri dan timbalan menteri beritahu projek ‘land swap’ sebelum masa saya.

“Saya mahu mereka juga mendedahkan apa rancangan untuk menaik taraf kem dan rumah untuk tentera yang telah menunggu selama bertahun-tahun.”

Beliau berharap melalui siasatan SPRM, orang ramai akan tahu apa yang beliau lakukan untuk anggota tentera dan keluarga mereka.

“Siasat saya. Saya mahu orang tahu apa yang saya buat adalah untuk tentera, keluarga mereka dan kem (tentera).”

Isu pembelian 6 helikopter

Hishammuddin berkata, isu pembelian 6 helikopter bernilai RM300 juta pada 2015 tidak dibangkitkan SPRM hari ini.

“Saya sudah jawab mengenai kes helikopter, saya tiada apa yang nak disembunyikan. Apa yang salah tetap salah dan sekiranya ia membabitkan pegawai saya sebelum ini, saya tak sekat (siasatan).”

Bulan lalu, FMT melaporkan 6 helikopter tempur ringan MD530G yang dikeluarkan MD Helicopters milik gergasi aeroangkasa Amerika Syarikat, McDonnel Douglas dipesan Kementerian Pertahanan di bawah pimpinan Hishammuddin pada 2015.

Pada 13 Jun lalu, sumber yang rapat dengan siasatan kes itu dilaporkan berkata, sebuah syarikat tempatan yang menjadi ejen rundingan dalam pembelian itu sudah ditamatkan kontrak sebagai ejen rasmi oleh syarikat AS terbabit.

Susulan itu, SPRM menahan 2 individu dari syarikat tempatan itu dan mereka direman selama 6 hari. 


Posted by ELBI RISALAH at 6/23/2019 10:55:00 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: SPRM

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
View mobile version
Subscribe to: Post Comments (Atom)

TRANSLATE /TERJEMAH LAIN-LAIN BAHASA



KUNJUNGI MEDAN BERITA POLITIK DALAM KEMBAR BLOG:
  • AR RISALAH الــرســالـة
    ‘Ini macam tersilap tekan butang’
    3 years ago

IKLAN : - SUASANA SEMASA DI HOMESTAY JKKK SUNGAI HAJI DORANI. SUNGAI BESAR.

IKLAN : -  SUASANA SEMASA DI HOMESTAY JKKK SUNGAI HAJI DORANI. SUNGAI BESAR.
BULAN JANUARI 2022.... Kerja-kerja mengambil hasil sawah padi menggunakan jentuai sudah bermula di sekitar kampung Sungai Haji Dorani. Di jangka akhir bulan Januari 2022 semua sawah habis diambil hasilnya....Pelawat yang ingin berkunjung ke HOMESTAY JKKK , sila dapatkan maklumat awal ke talian 019-911 4470 (P)Pelawat yang ingin berkunjung ke HOMESTAY JKKK , sila dapatkan maklumat awal ke talian 019-911 4470 (P)

JUMLAH PENGUNJUNG SEJAK 2008 SEHINGGA KINI :



Sedang Online Sekarang

hit counter

PENGIKUT / PEMBACA TETAP :

LOKASI PENGUNJUNG MAYA

PAUTAN BUKAN AKHBAR

  • WFAUZDIN NS
  • CERITA RAKYAT NUSANTARA
  • BANJAR SUNGAI GANAL
  • HUSIN LEMPOYANG
  • CENANGAU
  • TRANUNGKITE
  • ROSLAN SMS
  • FAMILI AZAM
  • AL HUSSEYN
  • KADIR JASIN

AKHBAR RUJUKAN BERITA

  • ASTRO AWANI
  • MEDIA SELANGORKU
  • ROKET KINI .COM
  • KEADILAN DAILY
  • BERNAMA
  • SABAH DAILY
  • HARIAN METRO
  • NST ONLINE
  • MSTAR ONLINE
  • MALAYSIA KINI
  • SINAR HARIAN
  • HARAKAH DAILY
  • AGENDA DAILY
  • SUARA MERDEKA
  • MALAYSIA NOW
  • UTUSAN TV
  • MALAYSIA POST
  • KOSMO ONLINE
  • BERITA HARIAN ONLINE
  • UTUSAN ONLINE
  • UMNO ONLINE
  • MALAYSIA GAZETTE
  • MALAYSIA TODAY
  • BULETIN TV3

TAJUK BERITA BULAN INI

  • ►  2022 (860)
    • ►  February (120)
    • ►  January (740)
  • ►  2021 (8478)
    • ►  December (731)
    • ►  November (747)
    • ►  October (667)
    • ►  September (666)
    • ►  August (756)
    • ►  July (678)
    • ►  June (747)
    • ►  May (728)
    • ►  April (776)
    • ►  March (611)
    • ►  February (661)
    • ►  January (710)
  • ►  2020 (6430)
    • ►  December (663)
    • ►  November (767)
    • ►  October (525)
    • ►  September (455)
    • ►  August (581)
    • ►  July (592)
    • ►  June (521)
    • ►  May (494)
    • ►  April (350)
    • ►  March (466)
    • ►  February (473)
    • ►  January (543)
  • ▼  2019 (5515)
    • ►  December (435)
    • ►  November (352)
    • ►  October (311)
    • ►  September (341)
    • ►  August (385)
    • ►  July (349)
    • ▼  June (410)
      • Pencemaran: Sekolah di Pasir Gudang kembali terjejas
      • Tanah Rizab Melayu Johor bertambah 557,518 hektar
      • Abdul Azeez sedia serah kerusi pada PAS
      • MT perlu bincang jika Zahid mahu kembali terajui UMNO
      • Annuar Musa bertanding kerusi presiden Kafa
      • 'Fatwa' wajib jatuhkan PH hanya petunjuk untuk ahl...
      • Orang Asli dapat semula akses kepada tanah pusaka ...
      • Sijil halal: Tak susah jika tahu prosedur, piawaian
      • Tarik balik kenyataan ‘buta tuli’ terhadap umat Is...
      • Zahid bakal berdepan cabaran ‘tanggapan moral’, ka...
      • Tok Mat: Zahid kembali pimpin Umno tangkis usaha l...
      • Kadir Jasin: AirAsia mampu selamatkan MAB dari ber...
      • Najib: Dulu kalahkan komunis, takkan hari ini taku...
      • RON97 naik 11 sen
      • Tommy Thomas, henti campur tangan dan berundurlah!
      • Alhamdulillah syukur, kata Azmin
      • Gas aneh dikesan di Pasir Gudang – Bee Yin
      • KPM tidak beri kebenaran guna pelekat kotak susu P...
      • Tiada surcaj elektrik 6 bulan
      • Adakah ungkapan Cina hilang ‘Ong’ tulis bahasa keb...
      • Sudah 6 bulan, mana keadilan buat keluarga Adib?
      • NGO lapor polis selepas PAS seru wajib jatuhkan PH
      • Seorang lagi Orang Asli Hulu Terengganu masuk hosp...
      • Putrajaya pertimbang pekerja asing dari Afrika
      • Video seks lelaki mirip menteri tersebar lagi
      • Mat Sabu kebudak-budakan
      • Petani perlu cantum kebun, ladang kecil untuk tamb...
      • Fizo luah rasa hati, terima keputusan mahkamah
      • Jentera bomba bawa jenazah pemuda 300 kilogram
      • LRT Bayan Lepas: Permainan licik kerajaan negeri k...
      • Zahid tidak mengaku salah terima rasuah RM42.76 juta
      • Mana Pesuruhjaya Sukan? Ini jawapan Syed Saddiq
      • MP DAP bidas Muhyiddin kerana kritik keluarga Beng...
      • PAS curiga tragedi Pasir Gudang berulang dalam mas...
      • Guan Eng bohong lagi: Najib
      • Khianat kubur: Pelajar institut kemahiran ditahan
      • Tentang PPSMI habis-habisan
      • Zahid didakwa 7 lagi tuduhan, terima rasuah SGD4.2...
      • PDRM ada pasukan khas siasat dakwaan Langkawi hab ...
      • Lokman: Umno gugur cadangan singkir ahli bersalah ...
      • Peguam lapor polis dakwa dicabul rakan sejawatan
      • Ramai penjawat awam masih tak mampu beli rumah, ka...
      • Beza pendapat dalam PKR tak sihat untuk parti - Pe...
      • Pembantu Loke nafi enggan jumpa pemandu teksi, bua...
      • Pasukan petugas khas siasat kes Amri dulu
      • 4 peguam baharu wakili KPKT, JBPM
      • Tiada maaf bagimu...
      • Ini awek Syazwan Zulkifli
      • Zuraida boleh angkat kaki dari PKR – Faizah
      • Zuraida dinasihat hormati keputusan Biro Politik PKR
      • DAP, jangan usik kedudukan Islam -Perkasa
      • Rakyat jadi mangsa pengambilalihan 4 lebuh raya be...
      • TERKINI : PERKIDA! JAKEL! HABIB JEWELS! Dalam Sena...
      • Zahid Hamidi akan didakwa di Mahkamah Sesyen esok
      • Malaysia Airlines minta maaf tapi keselamatan pesa...
      • Lagi pusingan ‘U’ dalam manifesto kita – PKR
      • Ejek mungkin punca pelajar sekolah di Setiu dibuli...
      • Dikaitkan dengan surat layang, timbalan menteri an...
      • Pengerusi Felda letak jawatan
      • Pemuda PH gesa ROS kenakan tindakan tegas terhadap...
      • Dah sampai masa Dr Mahathir, Anwar bersara: Berjasa
      • Insiden Pasir Gudang tak sepatutnya berulang: PM
      • Dron punca penerbangan tergendala
      • Kes di JB, rupanya!
      • Produktiviti Malaysia sudah ketinggalan – IMF
      • Pencemaran udara Pasir Gudang: 9 tabika ditutup
      • ‘Saya takkan pegang jawatan perdana menteri lebih ...
      • Tindakan lucut hak sivil bukan untuk bankrapkan UM...
      • Vernakular: Tak perlu teruskan institusi bertaraf ...
      • Jangan terus tunduk kepada ultra kiasu. Bangun Mal...
      • Kalau saya presiden saya pecat dah Haziq, kata Zur...
      • Zuraida tak perlu terlalu ikut emosi dan kepala se...
      • Azmin: Biar polis siasat bukan Lokman 'cicak mengk...
      • ‘Hentikanlah propaganda kursus haji, kanda Mujahid’
      • Beramal Kerana Allah, kisah benar petang tadi seba...
      • Ustaz Abu Syafiq Pengasas ASWAJA pertubuhan berdaf...
      • Kenali tanda kanser rahim peringkat awal
      • Adakah model perniagaan Felda yang diamalkan kini ...
      • Lagi 14 sekolah di Pasir Gudang ditutup akibat kes...
      • Hishammuddin disoal SPRM 7 jam dalam isu ‘land swap’
      • Pemimpin PAS puji FMT beri liputan adil muktamar
      • PAS jadi kafir jika kerjasama dengan Umno, kata PM
      • Hati-hati guna halia, lengkuas dan kunyit
      • Takut dirakam, ini cara kesan kamera tersembunyi
      • Haziq gila glamor, kata penasihat Azmin
      • Bimbang PAS ditendang lagi, perwakilan minta Umno ...
      • Umno perlu berlapang dada, beri PAS jadi ketua pem...
      • Tajuk media melaga-lagakan kita
      • Garis panduan muafakat PAS-Umno dibentangkan
      • Kabinet baharu Dewan Pemuda Pas 2019-2021
      • Lemang PAS Cameron Highlands terjual RM4,000
      • Bekas Adun: 'Tak kena' mesyuarat PAS dirasmi Umno
      • Azmin hanya buang masa kalau saman
      • Dr Mahathir cadang cukai perniagaan diperkenal bag...
      • Hanya Kabinet boleh putuskan cadangan pengambilali...
      • Guan Eng tidak bertanggungjawab
      • PAS sebulat suara lulus usul bertahaluf dengan Umno
      • Video seks: PAS tolong, seminggu boleh selesai
      • Abang Johari sangkal Sarawak muflis dalam tempoh 3...
      • Kerajaan tawar RM6.2 bilion ambil alih 4 lebuhraya...
    • ►  May (619)
    • ►  April (606)
    • ►  March (656)
    • ►  February (511)
    • ►  January (540)
  • ►  2018 (7297)
    • ►  December (529)
    • ►  November (332)
    • ►  October (354)
    • ►  September (506)
    • ►  August (588)
    • ►  July (589)
    • ►  June (760)
    • ►  May (693)
    • ►  April (848)
    • ►  March (616)
    • ►  February (660)
    • ►  January (822)
  • ►  2017 (6325)
    • ►  December (413)
    • ►  November (301)
    • ►  October (562)
    • ►  September (658)
    • ►  August (509)
    • ►  July (613)
    • ►  June (754)
    • ►  May (763)
    • ►  April (381)
    • ►  March (510)
    • ►  February (453)
    • ►  January (408)
  • ►  2016 (7807)
    • ►  December (360)
    • ►  November (385)
    • ►  October (591)
    • ►  September (425)
    • ►  August (616)
    • ►  July (634)
    • ►  June (849)
    • ►  May (740)
    • ►  April (756)
    • ►  March (870)
    • ►  February (712)
    • ►  January (869)
  • ►  2015 (8808)
    • ►  December (900)
    • ►  November (511)
    • ►  October (853)
    • ►  September (836)
    • ►  August (795)
    • ►  July (710)
    • ►  June (769)
    • ►  May (719)
    • ►  April (627)
    • ►  March (703)
    • ►  February (666)
    • ►  January (719)
  • ►  2014 (8225)
    • ►  December (734)
    • ►  November (606)
    • ►  October (658)
    • ►  September (617)
    • ►  August (802)
    • ►  July (627)
    • ►  June (644)
    • ►  May (845)
    • ►  April (680)
    • ►  March (656)
    • ►  February (606)
    • ►  January (750)
  • ►  2013 (9409)
    • ►  December (731)
    • ►  November (676)
    • ►  October (655)
    • ►  September (662)
    • ►  August (617)
    • ►  July (768)
    • ►  June (752)
    • ►  May (1002)
    • ►  April (918)
    • ►  March (1008)
    • ►  February (797)
    • ►  January (823)
  • ►  2012 (10822)
    • ►  December (742)
    • ►  November (799)
    • ►  October (773)
    • ►  September (876)
    • ►  August (871)
    • ►  July (1122)
    • ►  June (938)
    • ►  May (853)
    • ►  April (999)
    • ►  March (961)
    • ►  February (893)
    • ►  January (995)
  • ►  2011 (12068)
    • ►  December (810)
    • ►  November (899)
    • ►  October (1040)
    • ►  September (1144)
    • ►  August (1330)
    • ►  July (1159)
    • ►  June (1015)
    • ►  May (903)
    • ►  April (1042)
    • ►  March (931)
    • ►  February (880)
    • ►  January (915)
  • ►  2010 (10323)
    • ►  December (852)
    • ►  November (701)
    • ►  October (1015)
    • ►  September (931)
    • ►  August (928)
    • ►  July (1088)
    • ►  June (811)
    • ►  May (1142)
    • ►  April (955)
    • ►  March (607)
    • ►  February (656)
    • ►  January (637)
  • ►  2009 (7591)
    • ►  December (690)
    • ►  November (822)
    • ►  October (750)
    • ►  September (644)
    • ►  August (762)
    • ►  July (751)
    • ►  June (788)
    • ►  May (617)
    • ►  April (558)
    • ►  March (545)
    • ►  February (399)
    • ►  January (265)
  • ►  2008 (1451)
    • ►  December (310)
    • ►  November (295)
    • ►  October (232)
    • ►  September (256)
    • ►  August (292)
    • ►  July (54)
    • ►  June (12)

LOKASI PARA PENGUNJUNG



free counters
PENAFIAN

DIALOG RAKYAT tidak bertanggungjawab ke atas sebarang gangguan, kerosakan atau masalah yang mungkin timbul kepada para pengguna semasa melayari laman ini. DIALOG RAKYAT juga tidak terlibat risiko dari segi undang-undang ke atas penyiaran bahan maklumat, tetapi menjadi tanggungjawab oleh punca maklumat seperti tertera.
Picture Window theme. Theme images by rion819. Powered by Blogger.