DIALOG RAKYAT

MELAPORKAN BERITA-BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA...

Thursday, May 30, 2019

Kementerian cadang TNB guna meter elektrik dikalibrasi untuk ketepatan bil

Bernama
Saifuddin Nasution Ismail.

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mencadangkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) menggunakan meter elektrik yang dikalibrasi untuk memastikan ketepatan.

Menteri Saifuddin Nasution Ismail berkata ia penting untuk memperbaiki kelemahan serta memastikan bil elektrik tidak naik mendadak pada masa depan.

“KPDNHEP ada badan kawal selia untuk mengesahkan alat timbang diberi pensijilan. Alangkah baiknya, kalau sistem yang sama diguna bagi penggunaan meter elektrik dan air, jika ia belum ada,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Inspirasi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) hari ini.

Menurut Saifuddin, isu kenaikan bil elektrik mendapat perhatian di mesyuarat jemaah menteri hari ini, di mana ia turut dibangkitkan sendiri oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin sudah memberi penjelasan berhubung isu yang menjejaskan kira-kira 1.7 juta pemilik akaun.

“Yeo turut memaklumkan langkah-langkah pembetulan untuk keadaan itu serta sebab musabab dan punca. Beliau turut mengarahkan TNB mengatasi masalah itu,” katanya.

Dari segi perspektif pengguna, Saifuddin berharap TNB dapat memperbetulkan keadaan itu dengan segera.

“Saya percaya TNB punyai kaedah tertentu. Jika pengguna sudah bayar, saya harap TNB bagi rebat pada bil yang akan datang dan keluarkan bil baru bagi pengguna yang belum membayar,” katanya.

ELBI RISALAH at 5/30/2019 07:15:00 AM
Share

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

‹
›
Home
View web version
Powered by Blogger.