DIALOG RAKYAT

MELAPORKAN BERITA-BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA...

Friday, May 31, 2019

Lelaki didakwa ugut pecahkan muka pendakwah Zamri Vinoth

FMT Reporters
Zamri Vinoth pernah direman 4 hari sehingga 1 Mei lalu untuk 
membantu siasatan atas dakwaan beliau menghina agama Hindu.

KANGAR: Seorang bekas penyampai radio dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan mengugut untuk mencederakan pendakwah, Zamri Vinoth.

S Shankar Ganesh didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dengan mengugut mahu memecahkan muka Zamri pada awal pagi 2 Mei lalu.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara maksimum 7 tahun, denda atau kedua-duanya.

Majistret, Norhayati Ibrahim membenarkan Shankar diikat jamin RM5,000 dan menetapkan 16 Jun untuk sebutan semula.

Shankar ketika dihubungi mempersoalkan dakwaan terhadapnya.

Dia mendakwa berang dengan Zamri yang menghubunginya pada tengah malam.

“Terdapat lebih 1,000 laporan polis difailkan terhadapnya kerana kenyataannya menghina agama Hindu. Kenapa tiada tindakan diambil sehingga sekarang?” soalnya

Zamri direman 4 hari sehingga 1 Mei lalu untuk membantu siasatan atas dakwaan beliau menyebabkan perpecahan dan menyalahgunakan kemudahan rangkaian dalam satu video yang mendakwa beliau menghina agama Hindu. Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Ketua Polis Negara ketika itu, Mohamad Fuzi Harun dilaporkan berkata polis menerima 867 laporan terhadap Zamri bulan lalu.

Zamri juga mempunyai beberapa rekod jenayah kerana merogol, pecah amanah dan melakukan serangan.

Posted by ELBI RISALAH at 5/31/2019 10:09:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: MAHKAMAH

Lebih 170 pesalah juvana bersekolah di sebalik tirai besi

BERNAMA
Ada bekas banduan muda dari Sekolah Integriti, Penjara Marang 
bekerja dalam industri minyak dan gas selepas dibebaskan
(Gambar Bernama)
 
MARANG: Walaupun berada di sebalik balik tirai besi selepas dihukum atas pelbagai kesalahan termasuk kes dadah dan mencuri, keperluan banduan muda untuk mendapatkan pendidikan secara formal tidak pernah diabaikan.

Pengarah Jabatan Penjara Terengganu, Ahmad Saidi Hamzah berkata terdapat 171 pelajar bergelar banduan muda berusia lingkungan 16 hingga 21 tahun sedang mengikuti pengajian di Sekolah Integriti, Penjara Marang yang mula beroperasi sejak 2008.

“Sekolah ini berbeza… mereka (banduan muda) sepatutnya masih di alam persekolahan, tetapi atas kesilapan sendiri, terpaksa menjalani hukuman. Ada antara mereka ambil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), ia bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan apabila keluar nanti,” katanya kepada Bernama.

Ahmad Saidi berkata banduan muda tersebut diajar mata pelajaran yang sama sepertimana ditetapkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia oleh guru terlatih dengan kaedah khas serta mudah difahami.

Katanya, selain menyasarkan banduan muda sekurang-kurangnya memiliki SPM, mereka turut diberi ruang untuk belajar dalam kelas 3M iaitu menulis, membaca dan mengira bagi membendung masalah buta huruf.

“Saya ucapkan syabas kepada cikgu dan guru agama di Sekolah Integriti kerana mereka sanggup masuk (ke sini) setiap hari. Kesanggupan ini tidak ada pada semua orang.

“Mereka korbankan keselesaan untuk diri sendiri dengan bekerja dalam suasana tidak selesa, panas dan berbeza dengan sekolah di luar untuk memastikan banduan muda ini menjadi insan berguna… banduan adalah insan yang betul-betul perlukan pertolongan,” katanya.

Tinjauan penulis di sekolah ini, mendapati banduan muda ini yang memakai uniform serba putih, berselipar dan berambut pendek dengan raut wajah serius, melakukan aktiviti sendiri antaranya membaca Al-Quran, belajar, berlatih kawat di bawah terik mentari dan ada juga yang sibuk membersihkan kawasan sekeliling.

Rutin padat itu adalah antara aktiviti harian banduan di situ bagi memastikan masa mereka terisi dari awal pagi hingga lewat petang.

Menurut penyelia sekolah terbabit, Nor Amalina Kasim, terdapat 5 kelas di sekolah itu yang memberi penekanan bagi SPM dan 3M untuk pastikan sifar buta huruf.“Kami menerima pelajar pelbagai latar belakang termasuk yang tidak  pernah terima apa-apa pembelajaran,” katanya yang mengajar di situ sejak 2014.

Ketika ditanya apakah cabaran yang perlu dilaluinya, Nor Amalina berkata mereka hanya perlu fokus kerana kebanyakan banduan tidak mempunyai asas pembelajaran dan agama yang baik, lantaran itu mereka memulakan pendekatan dengan cara pengisian kerohanian.

Memandangkan majoriti pelajar di situ beragama Islam, mereka akan diketengahkan tentang mandi wajib, solat dan puasa selain adab, dengan dipantau oleh pengawal penjara sepanjang tempoh pembelajaran.

Untuk rekod, tahun lepas 5 banduan di sekolah berkenaan berjaya memperoleh sekurang-kurangnya 2A, meskipun pendidikan akhir mereka setakat darjah 6.

“Banduan yang meninggalkan memori indah pada saya ialah ‘Belalang’ (nama panggilan) yang sedang belajar di Politeknik. Dia berjaya keluar daripada pengaruh dadah dan sentiasa menghubungi saya untuk memaklumkan keadaannya.

Posted by ELBI RISALAH at 5/31/2019 10:00:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: PENDIDIKAN / PELAJARAN

'Siasat peranan Apandi sebagai tukang pukul Najib'

MALAYSIAKINI

   

Sehari selepas pendedahan Kementerian Dalam Negeri telah menarik balik perintah larangan perjalanan yang dikenakan terhadap Mohamed Apandi Ali, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang memperincikan peranan bekas peguam negara itu dalam skandal 1MDB.

Ketika ditanya sekiranya beliau mahu pihak berkuasa menyiasat Apandi, MP Iskandar Puteri menjawabnya dengan tegas: "Ya."

"Beliau sepatutnya disiasat. Episod itu tidak dapat dilupakan," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Pada bulan Julai 2015, perdana menteri ketika itu Najib Razak telah melantik Apandi sebagai peguam negara menggantikan Abdul Gani Patail.

Sewaktu itu, Abdul Gani sedang mengetuai pasukan petugas khas menyiasat wang berbilion ringgit di dalam akaun bank bekas perdana itu.

Walaupun dikatakan Abdul Gani telah digantikan atas sebab-sebab kesihatan, Lim, dalam satu kenyataan akhbar sebelum ini, mendakwa desas-desus mengatakan peguam negara itu sedang berusaha mengenakan pertuduhan terhadap Najib di mahkamah.

Lim berkata sejak kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia mempunyai sepuluh peguam negara, termasuk Tommy Thomas, tetapi Apandi menduduki tempat yang istimewa kerana beberapa sebab.

"Dilantik selepas pemecatan penyandang jawatan terdahulu yang melanggar perlembagaan, yang merupakan penghinaan serius terhadap komitmen Malaysia untuk menegakkan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

"Peranannya sebagai 'tukang pukul' Najib untuk meneruskan era gelap yang menundukkan institusi negara dan rakyat Malaysia kepada gelombang serangan bukan sebagai negara yang memberi jaminan untuk memastikan Malaysia yang tercerahkan dan demokratik.

"Peranannya dalam penutupan kleptokrasi Najib dan skandal 1MDB, menyekat kerjasama dengan penyiasatan jenayah oleh lebih 10 negara ke dalam skandal.

"Halangan dan keengganannya untuk meletak jawatan secara terhormat dan bermaruah apabila terdapat perubahan kerajaan dan dikenakan larangan perjalanan ke luar negara selama hampir setahun selepas beliau meletak jawatan," katanya.

Lim berkata Apandi perlu menjawab semua pertanyaan mengenai peranannya ketika menjadi peguam negara sebelum beliau meninggalkan Malaysia untuk ke United Kingdom.

Apandi dijangka menghadiri majlis anak tirinya yang diterima menjadi peguam dalam upacara Badan Peguam Inggeris.

Semalam, peguam Apandi M Visvanathan berkata Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen memaklumkan kepada anak guamnya melalui surat bertarikh 8 Mei bahawa larangan perjalanan terhadap bekas peuam negara itu telah ditarik balik.

Beliau juga berkata Apandi sepatutnya dibenarkan pergi ke UK pada bulan Julai lalu kerana beliau sebenarnya boleh menghadiri majlis tamat pengajian anak tirinya pada tahun lepas.

Posted by ELBI RISALAH at 5/31/2019 09:46:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: 1MDB

'Kata-kata tidak dapat gambarkan rasa sedih saya'

MALAYSIAKINI

   
Menteri Pelajaran Maszlee Malik menciap di Twitter bagi menyatakan kesedihannya berhubung kematian seorang guru sekolah menengah di Sarawak.

"Kata-kata tidak membantu dalam meluahkan kesedihan saya ketika ini.

"Terima kasih Cikgu Yap," katanya petang ini.

Yap Hue Ling, 47, yang adalah adik ipar Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling, pengsan semasa mengadakan kelas tambahan di sekolah.

Ibu kepada tiga orang anak itu dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Sibu pada 27 Mei dan meninggal dunia pagi semalam tanpa mennyedar diri.

Ling memberitahu Star Online semalam bahawa keluarga Yap telah bersetuju untuk mendermakan organnya.

"Doktor akan terbang malam ini untuk memproses mengambil organ-organnya dan selepas itu, keluarga akan mengaturkan pengkebumian itu," katanya.

Khamis lalu, Maszlee berkata semua sekolah sepatutnya tidak mengadakan sebarang program termasuk kelas tambahan atau program akademik sepanjang cuti persekolahan supaya kedua-dua pelajar dan guru dapat berehat bersama keluarga dan sanak saudara serta teman mereka.

Bagaimanapun, menurut rakannya, Yap, yang memberikan tuisyen bahasa Mandarin kepada murid-muridnya ketika dia pengsan, melakukan inisiatif itu sendiri.

Menurut Star Online, Ding Liung Yii menggambarkan Yap dalam hantara Facebook sebagai "guru yang baik dan bertanggungjawab".

Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) cawangan Sibu, Yong Sie Hing juga berkata Yap tidak dipaksa untuk mengajar kelas tambahan.

LIHAT TWITTER DI SINI

Posted by ELBI RISALAH at 5/31/2019 09:43:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: PENDIDIKAN / PELAJARAN

Wong Tack tetap tentang, tiada kompromi dengan Lynas

MALAYSIAKINI

   

Di sebalik lampu hijau kerajaan, Anggota Parlimen Bentong Wong Tack berkata beliau akan terus menentang operasi Lynas Sdn Bhd (Lynas) di negara ini.

Beliau berkata, tiada berkompromi terhadap kilang memproses nadir bumi itu kerana begitulah keputusan rakyat.

"Ini merupakan aspirasi rakyat Pahang khususnya penduduk di Kuantan yang tidak mahu Lynas berada di Pahang kerana sisa pepejal yang disimpan boleh memudaratkan kesihatan.

"Kita tetap akan menentang dan tidak akan berkompromi dengan mereka (Lynas), ini perjanjian kita pada rakyat dan mereka juga tidak mematuhi syarat undang-undang yang ditetapkan kerajaan," beliau dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian.

Dakwanya, Lynas tidak memenuhi kriteria dalam memastikan kesejahteraan, kesihatan dan alam sekitar.

Wong Tack tiada salah untuk Lynas memperbaharui lesen jika ia benar-benar mematuhi undang-undang.

Menurutnya, kerajaan mengambil serius isu Lynas dan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin akan ke Australia mengadakan perbincangan dengan kerajaan baharu negara tersebut.

"Saya yakin kerajaan tidak akan meneruskan Lynas begitu sahaja kerana perbincangan masih dijalankan disebabkan Lynas telah melanggar undang-undang negara kita.

"Dalam perjanjian, sepatutnya sisa buangan ‘Neutralizaon Underow Residue’ (NUF) dibawa pulang ke Australia.

"Tapi tidak berlaku dan mereka ambil tindakan menyimpan sebanyak 1.13 juta tan sisa tersebut yang disimpan di tepi kilang. Kalau tahu jadi begini pasti kerajaan tidak membenarkan kilang Lynas dibina di Malaysia," katanya.


Posted by ELBI RISALAH at 5/31/2019 09:35:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: KESIHATAN

Waythamoorthy dakwa ucapan Azwanddin berniat jahat

MALAYSIAKINI

   

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy berkata Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah antara lain melakukan ucapan berniat jahat terhadapnya pada satu perhimpunan Disember tahun lalu.

Waythamorthy berkata demikian dalam jawapan kepada pembelaan dalam kes saman yang difailkannya terhadap Azwanddin kerana mengeluarkan perkataan 'p****' dalam ucapannya.

Azwanddin sebelum ini mendakwa beliau mengucapkan perkataan itu dalam suasana tegang dan hanya mengulangi apa yang disebut hadirin pada himpunan itu selepas dihasut oleh mereka.

"Pengucapan perkataan p**** oleh defendan di dalam ucapan beliau yang dimuat naik ke atas laman Facebook defendan menunjukkan bahawa defendan telah mengucapkan perkataan tersebut tanpa teragak-agak dan tanpa bukti sokongan.

"Kenyataan-kenyataan fitnah tersebut telah diucapkan dan diterbitkan untuk membuatkan plaintif berasa malu, dibenci orang awam, dikutuk, direndahkan diri, dibenci, dihina, berkurangan watak, diiejek dan menghina kepada plaintif.

"Ia juga diplidkan bahawa ucapan perkataan 'p****' oleh defendan telah dilakukan oleh defendan tanpa apa-apa jagaan sama ada perkataan yang telah digunakan adalah memang benar.

"Defendan juga telah menyatakan bahawa perkataan-perkataan tidak merujuk kepada plaintif sebagai seorang 'low-life' tetapi kepada satu persepsi daripada orang awam dan sidang media mengenai tindakan, pengataan plaintif dan daripada latar belakang/sejarah plaintif dalam isu-isu sensitif bangsa, agama dan hak asasi manusia.

"Plaintif memplidkan bahawa defendan tidak menyatakan dengan jelas apakah "perkataan" yang dirujuk di dalam peranggan ini,".

"Memandangkan defendan mengakui bahawa perkataan 'p****' bukan inti sari atau isi perkara ucapannya tetapi hanya sesuatu yang dinyatakan secara sepintas lalu, plaintif memplidkan bahawa defendan mempunyai niat jahat dalam mengatakan perkataan-perkataan berikut kerana plaintif telah diasingkan oleh defendan di dalam ucapan yang tidak berkaitan dengan plaintif," ujarnya.

Berhubung kenyataan Azwanddin mendakwa beliau tidak mempunyai kawalan ke atas bagaimana media melaporkan kata-kata beliau, Waythamoorthy berkata defendan tidak berusaha untuk mempebetulkan laporan salah itu atau meminta portal berita menarik balik berita tersebut.

Beliau juga berkata Azwanddin tidak memohon maaf atau menarik balik kenyataannya walaupun diberi surat tuntutan.

Pada 13 Mac lalu Waythamoorthy memfailkan saman fitnah terhadap Azwanddin kerana menghina dan mengeluarkan perkataan perkauman pada perhimpunan yang dianjurkan oleh Gerakan Rakyat Malaysia (Geras) di Dataran Seni Klang.

Perbicaraan kes saman fitnah diadakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Rohani Ismail dan ditetapkan pada 16 Ogos ini.


Posted by ELBI RISALAH at 5/31/2019 09:31:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: MAHKAMAH

Bekas adun Kelaboran meninggal dunia di Makkah

MALAYSIAKINI

   
Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran Mohd Zaki Ibrahim meninggal dunia di Mekah, hari ini.

Perkara itu disahkan isterinya Raihan Zaki Yusof melalui satu hantaran di Facebook kira-kira jam lapan malam tadi.

"Allah lebih mengasihi dia. Dijemput kembali ke Rahmatullah di hari Jumaat, akhir Ramadhan di tanah suci Mekah.

"Jam 2.45 petang waktu Arab Saudi (jam 7.45 malam waktu tempatan). Pemergian yang dicemburui, kami reda dengan pemergianmu," katanya.

Menurut Harian Metro semalam, Mohd Zaki dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital King Aziz pada 29 Mei lalu berikutan komplikasi kencing manis yang dihadapi.

Allahyarham menunaikan umrah bersama isteri dan empat anaknya dan dijadual pulang ke tanah air pada 6 Jun ini (2 Syawal).

Mohd Zaki mula menjadi Adun Kelaboran di Kelantan pada PRU 2004, apabila menewaskan calon BN Wan Johani Wan Hussein. Beliau mengekalkan kemenangannya pada PRU 2008 dan PRU 2013, kedua-duanya dengan menewaskan calon BN Wan Hanapi Wan Yaakob.

Beliau bagaimanapun tidak bertanding pada PRU ke-14 pada tahun lalu.


Posted by ELBI RISALAH at 5/31/2019 09:25:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: TAKZIAH

SPRM tak siasat Apandi, kata sumber

Hariz Mohd 

   

Sumber mendedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menyiasat bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali berhubung skandal 1MDB.

"Tiada (siasatan) kes 1MDB dibuka terhadapnya (Apandi)," kata seorang pegawai tinggi SPRM yang enggan mendedahkan namanya, kepada Malaysiakini.

Ia susulan gesaan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang bahawa Apandi perlu disiasat kerana membantu bekas perdana menteri Najib Razak menutup skandal itu.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri dilaporkan telah menarik balik larangan ke luar negara terhadap Apandi.

Hari ini Lim berkata Apandi menggantikan Abdul Gani Patail pada Julai 2015. Abdul Gani digantikan atas sebab kesihatan walau timbul spekulasi beliau ketika itu sedang berusaha untuk mengenakan pertuduhan terhadap Najib.

Beberapa hari selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh, Dr Mahathir Mohamad memberita pemberita yang kerajaan baru menimbang untuk melancarkan siasatan terhadap Apandi dan bekas ketua polis negara Khalid Abu Bakar ekoran tindakan mereka ketika mengendalikan siasatan 1MDB.

Ketika penyingkirannya, Abdul Gani mengetuai pasukan petugas khas menyiasat wang berbilion ringgit dalam akaun peribadi Najib.

Beliau digantikan beberapa minggu selepas Wall Street Journal dan Sarawak Report melaporkan sejumlah RM2.6 bilion (berdasarkan kadar tukaran mata wang ketika itu) dan RM42 juta dimasukkan ke akaun Najib.

Wang RM42 juta itu daripada subsidiari 1MDB, SRC International. Manakala Najib berkata RM2.6 bilion itu ialah daripada derma.

Laporan itu berdasarkan dokumen bocor daripada penyiasat Malaysia.

Pada Januari 2016, Najib membersihkan Najib daripada sebarang salah laku.

Apandi ketika itu berkata beliau berpuas hati - berdasarkan bukti daripada saksi dan dokumen sokongan oleh SPRM - bahawa jumlah AS$681 juta yang dipindahkan ke akaunnya antara 22 Mac dan 10 April 2013 itu, adalah "sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Arab Saudi kepadanya (Najib) tanpa apa-apa balasan."

"Pihak SPRM sendiri di dalam siasatan telah menemui dan merakamkan percakapan saksi-saksi termasuk pemberi sumbangan dana tersebut yang mengesahkan sumbangan itu diberi kepada perdana menteri secara peribadi," katanya.

Apandi juga mendakwa Najib telah memulangkan AS$620 juta daripada wang itu - yang didakwa Jabatan Kehakiman AS daripada 1mDB - kepada penderma.

Berkenaan wang RM42 juta pula, Apandi mendakwa Najib tidak tahu atau diberitahu bahawa ia dimasukkan ke akaunnya antara akhir 2014 ke awal 2015.

"Keterangan menunjukkan bahawa pada masa-masa material, perdana menteri mempercayai segala pembayaran yang dibuat oleh beliau adalah dengan menggunakan wang sumbangan keluarga diraja Arab Saudi yang telah dipindahkan ke dalam akaun beliau sebelum itu," katanya ketika itu.

Najib kini sedang dibicarakan untuk sejumlah pertuduhan berkenaan SRC International.


Posted by ELBI RISALAH at 5/31/2019 09:22:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: SPRM

Peneroka Felda dapat bantuan Aidilfitri RM300?

Muhammad Azizul Osman
MGF06022017_BANGUNANMENARA20-1-681x455
Peneroka Felda tertunggu-tunggu pengumuman duit raya menjelang Aidilfitri.


KUALA LUMPUR – Satu surat pekeliling memaklumkan arahan pembayaran insentif RM300 kepada 112,635 peneroka Felda sempena Aidilfitri berlegar di media sosial sejak malam tadi.

Arahan tersebut dikeluarkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali menerusi satu surat yang ditandatangani Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid.

“Dimakumkan bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Mei 2019 (Rabu) memutuskan pemberian Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2019 kepada 112, 635 peneroka Felda pada kadar RM300 bagi setiap peneroka.

“Sehubungan itu YB Menteri Hal Ekonomi menyarankan Felda membuat pembayaran tersebut serta tunggakan Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil (SH & PDH) kepada peneroka yang terlibat,” kata surat itu.

Menurut surat berkenaan, bayaran insentif itu perlu dibayar segera sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi meringankan beban peneroka untuk menyambut Aidilfitri tahun ini.

Surat yang diklasifikasikan sebagai ‘sulit’ itu dialamatkan kepada Pengarah Besar Felda, Datuk Dr Othman Omar bertarikh 30 Mei.

Bagaimanapun, Azmin tidak berada di dalam negara buat masa ini kerana mengerjakan umrah di Mekah.

Reaksi daripada pejabat Menteri Hal Ehwal Ekonomi sedang diusahakan. -MalaysiaGazette

Posted by ELBI RISALAH at 5/31/2019 07:43:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: KEBAJIKAN

Kabinet arah TNB betulkan kesilapan

MALAYSIA GAZETTE
MGF06022017_BANGUNANMENARA50-681x454
Ibu Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR,
 

PETALING JAYA – Jemaah Menteri menggesa Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memperbetulkan apa jua kesilapan yang menyebabkan bil elektrik pengguna meningkat secara mendadak.
 
Sumber Kabinet memberitahu Sinchew Daily, TNB pada masa ini juga sedang berusaha menyelesaikan isu tersebut.
 
Menurut sumber lagi, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin turut menjelaskan punca kenaikan kepada para menteri, termasuk kesilapan pada sistem yang menyebabkan perhitungan untuk tempoh melebihi sebulan.
 
“TNB hanya boleh menghitung bayaran untuk sebulan, termasuk 28 hari jika bulan itu hanya ada 28 hari. Sekarang, ada perhitungan yang melebihi selama lima hingga lapan hari.
 
“Menteri lain juga memberi cadangan termasuk pemberian rebat atau pengguna boleh menangguhkan bayaran sementera Suruhanjaya Tenaga mengambil masa dua minggu untuk menyiasat,” katanya.
 
Disebabkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu berlepas ke Jepun, mesyuarat pada Rabu itu berakhir lebih awal daripada yang biasa, tetapi ia tidak menghalang Jemaah Menteri untuk membincangkan isu itu secara teliti.
 
Dalam perkembangan terkini, TNB hari ini akan mengadakan sidang media khas pukul 3 petang dipercayai mempunyai kaitan dengan isu kenaikan bil elektrik. –malaysiagazette
 
 
Artikel berkaitanLebih 17,000 bantah kenaikan kadar elektrik 2019 mengikut kiraan TNBWujud kecuaian teknikal TNB kenakan caj bil elektrik tinggi – Bee Yin

Posted by ELBI RISALAH at 5/31/2019 07:34:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: PENTADBIRAN

Ultra kiasu akan bantah syor ajar subjek Islam, kata Ridhuan Tee

Oleh Athirah Huda Zalhe 

Negara akan lebih aman jika bukan Islam faham mengenai agama Islam




BANGI– Malaysia akan lebih aman jika orang bukan Islam memahami agama Islam, walaupun tidak menganut agama itu, kata pendakwah bebas, Prof Dr Riduan Tee Abdullah.

Menyokong cadangan pemimpin PAS supaya subjek kenali agama Islam diperkenalkan kepada murid Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), beliau berkata, salah faham yang timbul hari ini kerana kegagalan orang bukan Islam memahami agama majoriti di negara ini, seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pernah menyuarakan cadangan sama sebelum ini, Ridhuan Tee menjangkakan bahawa syor itu pastinya akan dibantah oleh golongan ultra kiasu.

“Sejarah membuktikan bukan Islam boleh hidup senang-lenang dalam sebuah negara Islam, berbanding orang Islam yang hidup dalam negara bukan Islam.

“Tidak pernah aman, sentiasa umat Islam menjadi mangsa keadaan, dianiayai, dizalimi, dan dibunuh. Contoh yang berlaku di Myanmar, India, China dan lain-lain,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Membanding keadaan di Thailand, beliau berkata, agama Buddha tidak boleh disentuh langsung kerana dilindungi, bahkan umat Islam di negara itu wajib menghormatinya.

“Bandingkan juga di Terengganu dan Kelantan, kenapa orang Cina di sana begitu lunak dan amat lembut terhadap Islam? Kerana mereka begitu rapat dengan budaya Melayu dan Islam. Sebab itulah orang Melayu begitu baik dengan mereka.

“Di Jalan Pusara, bandar Kuala Terengganu, orang Melayu berjiran lagi dengan kubur orang Cina,Kristian dan India. Bolehkah orang Cina berjiran atau mendirikan rumah berhampiran kubur Melayu? Fikirkan,” katanya.

Justeru, beliau menegaskan bahawa agama Islam yang membawa keadilan sejagat mesti diketengahkan sebagai subjek wajib untuk diambil oleh pelajar bukan Islam.

“Memahami cara berfikir orang Melayu yang bersifat horizontal (mendatar) selalu berfikir apa yang boleh diberikan, disumbangkan, dengan Islam yang menjadi pegangan.

“Sudah tentu orang Cina yang berfikir secara vertikal (menegak) yang tidak puas, begitu dengan kecenderungan India yang lebih kepada lateral, pastinya dengan kefahaman Islam kepada mereka ini, keadaan akan menjadi lebih baik,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali mencadangkan supaya memperkenalkan subjek mengenali agama Islam kepada murid bukan Islam, di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) peringkat rendah dan menengah.

Khairuddin berkata, syor itu lebih tepat untuk dilaksanakan berbanding cadangan mewujudkan subjek mengenali agama lain di sekolah dan universiti diutarakan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) pada minggu lalu, bertujuan memupuk perpaduan dan keharmonian antara kaum di negara ini.


Posted by ELBI RISALAH at 5/31/2019 07:12:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: AGAMA

Lagi kes rabies di Sarawak

tyrazalhe 

Mangsa pernah dicakar dua anjing diterima dari kenalan media sosial



BANGI – Satu lagi kes disyaki wabak rabies atau anjing gila dikesan membabitkan seorang lelaki berusia 26 tahun di Kuching, Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa berusia 26 tahun itu kini dirawat di Wad Penyakit Berjangkit, Hospital Umum Sarawak (HUS).

Beliau berkata, mangsa pernah dicakar dua anjing yang diterima daripada seorang kenalan media sosial pada Mac 2019, dan tidak mendapatkan sebarang rawatan bagi luka berkenaan.

“Status imunisasi rabies kedua-dua ekor haiwan ini tidak diketahui. Pada pertengahan Mac, kedua-dua anjing itu telah mati selepas menunjukkan gejala hypersalivation, unsteady gait dan hydrophobia.

“Bangkai anjing telah dibuang ke dalam belukar dan tiada laporan ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak dibuat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, pada 26 Mei lalu, mangsa mengalami lemah badan dan kesukaran bernafas, sebelum dibawa ke sebuah hospital swasta di Kuching pada keesokan harinya.

“Pada 29 Mei 2019, kes telah dirujuk ke HUS di mana pemeriksaan mendapati beliau mengalami kekeliruan (confusion), hydrophobia, kesukaran menelan dan otot anggota tubuh yang lemah.

“Kes kini di bawah rawatan dan pengawasan rapi di hospital tersebut. Sampel klinikal kes akan diambil dan dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk ujian rabies,” katanya.

Beliau berkata, sejak pengisytiharan wabak pada 1 Julai 2017 sehingga kini, 17 kes disahkan rabies termasuk 16 kematian.

“Memandangkan negeri Sarawak belum bebas daripada risiko jangkitan rabies, KKM ingin menegaskan supaya orang ramai tidak mengambil anjing yang tidak diketahui status vaksinasinya untuk dipelihara.

“Sila pastikan haiwan peliharaan diberi vaksin anti-rabies; dan tidak membiarkannya berkeliaran atau bergaul dengan haiwan liar,” katanya.


Posted by ELBI RISALAH at 5/31/2019 07:09:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: KESIHATAN

Pelaksanaan subsidi minyak ditangguh

MalaysiaGazette
MGF06022017_STESEN-MINYAK02-681x455
Jemaah Menteri secara prinsipnya bersetuju supaya subsidi diberikan kepada golongan B40 selain memansuhkan harga siling untuk RON95.
 

PETALING JAYA – Kerajaan telah menangguhkan pelaksanaan subsidi minyak untuk golongan B40 yang sepatutnya bermula 1 Jun ini.
 
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, Jemaah Menteri secara prinsipnya bersetuju supaya subsidi diberikan kepada golongan B40 selain memansuhkan harga siling untuk RON95.
 
“Keadaan ini bermakna harga RON95 akan terapung mengikut keadaan pasaran, tetapi Kabinet belum memutuskan bila polisi ini akan mula dilaksanakan,” katanya kepada Sinchew Daily.
 
Beliau berkata, rancangan kerajaan ialah membekalkan subsidi RM30 setiap bulan atau subsidi 30 sen untuk setiap liter RON95 kepada pengguna yang layak.
 
“Jumlah minyak subsidi yang layak dibeli pengguna setiap bulan ialah 100 liter,” katanya.
 
Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan belum memutuskan bagaimana subsidi disalurkan iaitu sama ada melalui “kad isi minyak” atau melalui pindahan ke dalam akaun bank pengguna.
 
“Kerajaan telah memperoleh maklumat orang yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) , tetapi masih memerlukan masa untuk mengemas kini senarai golongan B40 yang layak untuk mengelak ada yang tertinggal,” katanya.
 
Selain mengkaji pemberian subsidi kepada pemilik kenderaan 1,5000 CC ke bawah serta isi rumah dengan pendapatan kurang RM4,000, kerajaan juga mempertimbangkan supaya subsidi diberi mengikut keperluan kawasan.
 
“Di Sabah dan Sarawak, terdapat ramai petani berpendapatan rendah tetapi membawa Toyota Hilux atau menggunakan bot,” kata Chieng Jen.
 
Tambahnya, kerajaan perlu memilih masa sesuai untuk melaksanakan sistem harga terapung kerana penghapusan harga siling RON95 dikhuatiri akan menyebabkan gelombang kenaikan harga barang. – MalaysiaGazette
 
 
Posted by ELBI RISALAH at 5/31/2019 07:02:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: PENTADBIRAN

Laporan Malaysiakini tak benar, niat jahat – Tok Mad

Manzaidi Mohd Amin
Mohamad Hasan.
Mohamad Hasan.

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan ada merancang menyingkirkan presidennya dan Datuk Seri Najib Razak menerusi pindaan perlembagaan parti.

Katanya, laporan portal berita Malaysiakini bertajuk, “Mat Hasan Dalang Mahu Singkir Zahid, Najib” pada hari ini yang memetik akhbar Straits Times tidak benar sama sekali.

Secara khususnya, laporan tersebut mendakwa bahawa niat itu dilakukan melalui cadangan pindaan Fasal 9.9 kepada Perlembagaan UMNO.

“Saya ingin menegaskan bahawa, laporan sedemikian tidak benar dan fitnah sama sekali. Ini kerana, tidak ada cadangan pindaan Fasal 9.9 seperti yang didakwa itu.

“Saya tidak pasti dari mana Malaysiakini mendapat maklumat sedemikian dan saya tuntut mereka membuat kenyataan dan penjelasan.

“Malaysiakini sepatutnya menghubungi saya terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian. Ini adalah perkara paling mudah untuk dilakukan,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Malaysiakini menerusi tajuk utamanya itu melaporkan, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mad dikatakan antara tokoh di belakang cadangan agar perlembagaan parti dipinda bagi mengetepikan pemimpin yang didakwa di mahkamah.
tokmat
Laporan MalaysiaKini
Laporan itu yang memetik sumber Straits Times melaporkan Mohamad sedang melobi syor berkenaan, bersama dengan sekutunya, iaitu Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang ditugaskan untuk meminda perlembagaan parti.

Menurut Tok Mad, malangnya berita dan laporan tersebut dikeluarkan tanpa mendapat makluman dan ulasan daripadanya.

Kata beliau, berdasarkan keadaan itu, beliau percaya laporan Malaysiakini tersebut bukan sahaja tidak benar, berunsur fitnah dan mengelirukan, tetapi sangat tidak bertanggungjawab, malah berniat jahat.

“Tidak mustahil kini Malaysiakini seolah cuba menjadi media yang tidak neutral dan dipandu oleh pihak tertentu untuk kepentingan tersendiri.

“Saya tuntut agar laporan tersebut diturunkan serta merta. Ini satu amalan yang sangat tidak beretika dan Malaysiakini tidak seharusnya menjadi dalang dalam menyemai kekeliruan dalam masyarakat,” katanya. – MalaysiaGazette

Posted by ELBI RISALAH at 5/31/2019 06:59:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: MEDIA

Diskaun tol untuk pengguna BESRAYA, NPE dan LEKAS

tyrazalhe 

Pasukan peronda ditugas bagi pastikan keadaan lalu lintas terkawal



KUALA LUMPUR – Pengguna Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) akan menerima diskaun tol sebanyak 10 dan 20 peratus sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini pada 5 Jun ini.

Ketua Pegawai Operasi Divisyen Tol IJM, Wan Salwani Wan Yusoff, dalam satu kenyataan, berkata pengguna ketiga-tiga lebuh raya yang dikendalikannya itu akan menikmati diskaun tol bermula dari 12 tengah malam hingga 11.59 malam pada hari tersebut.

“Pengguna jalan raya yang menggunakan Plaza Tol Mines dan Plaza Tol Loke Yew di BESRAYA bakal menerima diskaun tol 20 peratus; Plaza Tol Pantai Dalam, Plaza Tol PJS2 dan Plaza Tol PJS5 di NPE juga diskaun tol 20 peratus manakala Plaza Tol Ampangan (LEKAS) diskaun 10 peratus.

“Pemberian ini bagi menyokong hasrat kerajaan untuk meringankan beban rakyat dan sebagai inisiatif Tanggungjawab Korporat sempena Aidilfitri buat pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman,” katanya.

Selain itu, Wan Salwani berkata, pasukan peronda akan ditugaskan bagi memastikan keadaan lalu lintas di sepanjang lebuh raya terkawal dan akan menghulurkan bantuan secepat mungkin kepada pengguna sekiranya berlaku masalah.

“Ikuti saluran media sosial kami di Twitter @BESRAYAtrafik, @NPEtrafik dan @LEKAStrafik, Instagram #besrayahighway, #npehighway dan #lekashighway. Sebarang pertanyaan hubungi hotline kami yang beroperasi 24 jam iaitu 1-800-88-0999 (BESRAYA), 1-300-88-1010 (NPE) dan 1-800-88-8021 (LEKAS),” katanya.

Lebuhraya LEKAS menyediakan akses kepada pengguna dari bahagian timur Kuala Lumpur melalui Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Ampang, Cheras dan Kajang untuk ke Kuala Pilah dan Seremban, manakala pengguna yang ingin ke Melaka dan Johor boleh menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan selepas keluar dari Persimpangan Paroi, Lebuhraya LEKAS.

Pengguna yang ingin ke Pahang boleh melalui laluan keluar Persimpangan Ampangan untuk ke Jalan Jelebu.- Bernama


Posted by ELBI RISALAH at 5/31/2019 06:52:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: PENGANGKUTAN

Samseng jalan hentak cermin kereta wanita kena tangkap

ISMA WEB

Polis buru rakan suspek bantu siasatan kes di Seri Kembangan


Samseng jalan raya yang menghentak helmet hingga cermin depan sebuah kereta retak di Seri Kembangan, Selangor, Selasa lalu, ditangkap.

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal yang bertindak samseng dengan menghentak cermin sebuah kereta dipandu oleh seorang wanita di Seri Kembangan, dekat sini, Selasa lalu, ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Ismadi Borhan berkata, suspek berusia 30-an dan bekerja sebagai pembantu stor kilang, ditahan pada jam 3 petang di sekitar Balakong, dekat sini.

“Polis turut turut merampas sebuah motosikal dan topi keledar yang disyaki digunakan semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ismadi berkata, polis kini memburu rakan suspek bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian jam 5.30 petang, Selasa lalu, pemandu wanita berkenaan, yang bekerja sebagai pembantu kedai kek, mendakwa penunggang motosikal berkenaan menghentak cermin hadapan keretanya sehingga retak dengan topi keledar ketika memandu di Seri Kembangan.

Laporan media menyebut dua buah motosikal ditunggangi dua lelaki dikatakan berhenti mengejut di hadapan sebuah kereta Proton Axia sehingga menyebabkan pemandu berusia 22 tahun tersebut terpaksa membrek.

Mangsa mendakwa lelaki terbabit menghentak cermin keretanya kerana tidak berpuas hati selepas beliau membunyikan hon.

Perbuatan lelaki itu dirakam oleh mangsa menggunakan kamera ‘dashcam’ dan rakaman video itu tular di media sosial sejak kelmarin. – Bernama


Posted by ELBI RISALAH at 5/31/2019 06:49:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: JENAYAH

Terbunuh dihempap pokok

ISMA WEB
Warga emas terbunuh apabila pokok menghempapnya di Jalan Tun Dr Awang, Bayan Lepas, semalam.

GEORGETOWN – Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Tun Dr Awang, Bayan Lepas, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, sebuah kereta yang sedang melalui jalan itu turut dihempap pokok sama, namun pemandunya seorang lelaki berusia 58 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Jafri Md Zain berkata, penunggang motosikal berusia 65 tahun itu bagaimanapun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu kereta serta penunggang motosikal dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Bayan Baru dan ketika melalui jalan berkenaan sebatang pokok tumbang dan menghempap dua kenderaan itu,” katanya di sini.

Katanya, ketika kejadian motosikal ditunggang warga emas berkenaan berada di hadapan kereta yang turut dihempap pokok dan mangsa telah terjatuh manakala motosikalnya tercampak ke hadapan.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat. – Bernama


Posted by ELBI RISALAH at 5/31/2019 06:47:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: NAHAS / TRAGEDI

UMMAH buat laporan polis terhadap Peguam Negara

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar 

Tommy mungkin lindungi penjenayah, ganggu inkues Adib


Timbalan Pengerusi UMMAH, Kamaruzaman Mohamad mengadakan sidang media di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di ibu negara, sebelum membuat laporan terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas, hari ini.

KUALA LUMPUR – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menuntut pihak berkuasa menyiasat Peguam Negara, Tommy Thomas kerana mencampuri urusan prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Tommy perlu disiasat mengikut Seksyen 212 dan Seksyen 219 Kanun Keseksaan kemungkinan melindungi pesalah, melalui kacau ganggu prosiding inkues serta kemungkinan menggunakan jawatannya dengan cara tidak jujur dan dengan jahat membuat laporan, perintah dan keputusan bagi menindas keadilan.

Timbalan Pengerusi UMMAH, Kamaruzaman Mohamad berkata, peguam negara itu juga perlu disiasat mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mana-mana peruntukan lain yang berkaitan.

“Peguam Negara telah bertindak mengarahkan Syazlin Mansor iaitu peguam yang mewakili KPKT dan keluarga Adib supaya menarik diri hanya selepas 36 hari prosiding inkues serta selepas Syazlin memutuskan untuk memanggil semula Perunding Kanan Patalogi Forensik di United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid, sedangkan tiada bantahan dibuat pada peringkat awal mengenai perlantikannya.

“Tommy menyatakan bahawa keputusan mengarahkan Syazlin menarik diri adalah kerana peguam itu mengambil kedudukan bertentangan dengan Jabatan Peguam Negara dalam inkues Adib, seolah-olah peguam negara telah mempunyai pendirian sendiri dalam inkues ini dan mahukan semua pihak mengikut pendiriannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini ketika mahu membuat laporan polis mengenai inkues Muhammad Adib.

Mengulas lanjut, Kamaruzaman berkata, tindakan Tommy menjadikan inkues seolah-olah berat sebelah dan tidak mencapai matlamat asal untuk menyiasat punca kematian anggota bomba.

Menyifatkan tindakan Tommmy sebagai ‘miscarriage of justice’ Kamaruzaman berkata, Jabatan Peguam Negara tidak sepatutnya mempunyai pendirian sendiri dalam prosiding inkues kerana inkues bertujuan untuk menyiasat punca kematian yang tidak pasti dan segala teori kemungkinan perlu diambil kira.

“UMMAH melihat bahawa Pejabat Peguam Negara telah campur tangan secara serius dan kami mahu satu siasatan dibuat secara telus. Sekiranya Tommy atau sesiapa sahaja di terbabit secara langsung dalam kes-kes jahat seperti ini, kami mahu tindakan serius diambil,” tegas beliau.

Terdahulu, Tommy mengesahkan mengarahkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, membatalkan pelantikan peguam Syazlin dalam inkues kematian Muhammad Adib.

Beliau mengarahkan Zuraida untuk membatalkan pelantikan Syazlin daripada mewakili kementerian dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) atas empat sebab.

Tommy berkata, Syazlin sepatutnya menolak pelantikannya kerana Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan JBPM sepatutnya hanya mendapat nasihat perundangan daripada Jabatan Peguam Negara, manakala sebarang lantikan peguam luar mestilah daripada Peguam Negara atau Pendakwa Raya.

Selain itu, katanya, tindakan Syazlin mewakili keluarga Muhammad Adib, KPKT dan JBPM sekali gus tidak boleh diterima kerana mencetuskan konflik kepentingan antara tiga pihak yang mungkin memiliki kepentingan bertentangan.


Posted by ELBI RISALAH at 5/31/2019 06:44:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: LAPORAN POLIS

Inti pati perbicaraan Najib sepanjang minggu ini

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes berprofil tinggi melibatkan bekas perdana menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi tujuh pertuduhan melibatkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta menyaksikan lebih banyak pendedahan mengenai bagaimana SRC memperoleh dua pinjaman bernilai RM4 bilion pada 2011 dan 2012 daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) walaupun tidak memenuhi syarat pinjaman KWAP.

Berikut adalah inti pati keterangan saksi pada perbicaraan yang memasuki hari ke-20 pada 29 Mei di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

28 Mei (Selasa) :
  • Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWAP Datuk Azian Mohd Noh memberi keterangan surat permohonan oleh SRC International Sdn Bhd untuk pinjaman RM3.95bil tidak memenuhi dasar keperluan prosedur KWAP.
  • Azian berkata ini kerana sebarang permohonan pinjaman perlu dialamatkan kepada KWAP sedangkan permohonan pinjaman oleh SRC dalam sepucuk surat bertarikh 3 Jun 2011, ditandatangani oleh Pengarah SRC International Nik Faisal Ariff Kamil dialamatkan kepada Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • Membacakan pernyataan saksinya, Azian berkata beliau menerima surat asal permohonan SRC itu daripada pegawai Khas Najib, Allahyarham Datuk Azlin Alias dalam bulan Jun 2011.
  • Katanya, beliau dimaklumkan oleh arwah Azlin bahawa Perdana Menteri pada masa itu Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju dengan cadangan permohonan dari SRC dan beliau telah dirujuk kepada catitan atas surat itu yang arwah Azlin memberitahu ia dibuat oleh Najib sendiri.
  • “Surat yang saya terima itu merupakan surat permohonan pinjaman yang disediakan oleh SRC dan dialamatkan kepada Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia untuk mendapatkan pinjaman KWAP sebanyak RM3.95 bilion bagi tujuan modal pusingan dan pelaburan am tanpa had,” kata Azian.
  • Azian, 66, yang kini telah bersara berkata (pada) surat bertarikh 3 Jun 2011 itu terdapat catatan tulisan tangan serta tandatangan Najib yang ditujukan kepadanya selaku CEO KWAP dan menyatakan “bersetuju dengan cadangan ini” yang bertarikh 5 Jun 2011.
  • “Mengikut pemahaman saya, catatan ‘bersetuju dengan cadangan ini’ bermaksud Perdana Menteri bersetuju untuk KWAP memberikan pinjaman kepada SRC. Saya menerima surat permohonan itu dan keesokan hari pada waktu pagi saya berjumpa dengan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah iaitu Pengerusi KWAP dan memaklumkan beliau berkenaan surat itu.
  • “Tan Sri Dr Wan turut menyatakan bahawa beliau sedia maklum perkara tersebut kerana diberitahu sendiri oleh Datuk Seri Najib sebelum ini. Saya kemudian diarahkan oleh Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz agar KWAP dapat mengkaji permohonan tersebut dan dikemukakan untuk pertimbangan dan keputusan Panel Pelaburan KWAP,” katanya.
  • Saksi pendakwaan ke-38 itu juga berkata penilaian oleh Jabatan Pendapatan Tetap KWAP telah menentukan bahawa KWAP hanya dapat menyediakan pinjaman berjumlah RM1 bilion sahaja setelah mengambil risiko pembayaran, risiko negara, risiko industri dan risiko over concentration yang tinggi berkaitan jumlah pinjaman yang dimohon oleh SRC berjumlah RM3.95 bilion.
  • Beliau berkata seorang daripada ahli panel pelaburan telah memberikan pendapat supaya Najib dimaklumkan yang KWAP mencadangkan pinjaman pembiayaan RM1 bilion sahaja kepada SRC.
  • “Tidak lama selepas itu, saya dan Tan Sri Dr Wan telah pergi berjumpa dengan Datuk Seri Najib di Pejabat Perdana Menteri. Kami telah memaklumkan tentang hasil keputusan Panel Pelaburan KWAP yang hanya meluluskan pinjaman pembiayaan sejumlah RM1 bilion. Namun, saya tidak ingat tarikh sebenar perjumpaan kami,” katanya.
  • Beliau berkata bagaimanapun Kertas Panel Pelaburan Khas KWAP disediakan untuk pertimbangan bagi kelulusan pinjaman RM2 bilion kepada SRC untuk tujuan working capital dan pelaburan am. Pinjaman itu diluluskan pada 23 Ogos 2011.
  • Azian memberitahu Mahkamah Tinggi beliau telah bertemu arwah Azlin selepas beliau dihubungi oleh pejabatnya untuk bertemu dengannya di lobi hotel di Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) di sini pada waktu malam.
  • Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ishak Mohd Yusoff, saksi itu berkata beliau mengenali Azlin selama dua tahun kerana beliau berurusan dengannya tentang hal kerja tetapi itu adalah pertama kali mereka bertemu di luar waktu pejabat.
  • Azian mengakui itu adalah pertama kali beliau bertemu Allahyarham Azlin pada waktu malam kira-kira 45 minit.
  • Sementara itu, Pengarah Urusan Ihsan Perdana Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman dalam keterangannya berkata Najib menunjukkan reaksi terkejut dan sedih apabila mengetahui ada seseorang telah memasukkan wang ke dalam akaun peribadinya, apabila beliau bertemu Najib kediamannya di Langgak Duta, di sini, selepas ditahan reman oleh SPRM pada 2015.
  • Dr Shamsul Anwar Sulaiman, 58, berkata Najib bagaimanapun tidak menyuruhnya membuat laporan polis atau laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung transaksi pemindahan dana itu.
  • “Dia terkejut dan sedih… dia berkata seseorang telah memasukkan wang ke dalam akaunnya… dan dia kata dia tidak tahu-menahu langsung mengenai transaksi kewangan itu. (dan beliau hairan) kenapa transaksi dilakukan menerusi syarikat saya (Ihsan Perdana),” kata saksi pendakwaan ke-37 itu.
  • Semasa diperiksa balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, adakah tindakan Najib itu jujur atau hanya “lakonan” seperti seorang pelakon Dr Shamsul Anwar menjawab beliau jujur.
29 Mei (Rabu) :
  • Menyambung keterangannya, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) Datuk Azian Mohd Noh berkata pinjaman berjumlah RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd adalah antara pinjaman terbesar yang pernah dipersetujui oleh KWAP.
  • Azian berkata beliau dilantik sebagai CEO pertama KWAP dan ahli ex-officio kepada Lembaga Pengarah agensi itu pada Mac 2007 sebelum bersara wajib pada 17 Mac 2013.
  • “Berdasarkan pengalaman saya sepanjang berkhidmat di KWAP, kedua-dua pinjaman kepada SRC yang berjumlah RM4 bilion ini merupakan antara pinjaman terbesar yang pernah dipersetujui oleh KWAP,” katanya pada hari ke-20 perbicaraan Najib.
  • Azian, 66, yang kini ahli Lembaga Pengarah Danajamin Nasional Berhad, berkata KWAP juga ada menerima surat Kementerian Kewangan Malaysia bertarikh 28 Mac 2012 yang merupakan persetujuan Kerajaan Malaysia untuk memberikan jaminan kepada SRC International Sdn Bhd bagi pinjaman tambahan RM2 bilion bagi tempoh 10 tahun selaras dengan kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Feb 2012.
  • Beliau juga mengesahkan terdapat surat daripada Kementerian Kewangan bertarikh 18 Mei 2012 yang dikeluarkan bagi meminda tujuan pinjaman itu diberikan kepada SRC.
  • “Surat ini menyatakan bahawa pinjaman adalah untuk membiayai aktiviti pelaburan dalam sumber asli dan modal pusingan sahaja, dan bukan untuk aktiviti pelaburan am. Surat ini juga adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Feb 2012,” katanya.
  • Azian berkata wang pinjaman daripada KWAP hanya boleh digunakan untuk tujuan aktiviti pelaburan dalam sumber asli dan modal pusingan sahaja, dan jika ia digunakan bagi tujuan lain, ini akan melanggar terma-terma perjanjian serta boleh mengakibatkan ‘Event of Default’ dalam perjanjian pinjaman.
  • “Sekiranya perkara ini berlaku dan diketahui oleh KWAP, KWAP boleh menamatkan perjanjian pinjaman serta membuat tuntutan bayaran balik segala baki pinjaman pokok bercampur faedah yang dikenakan daripada peminjam,” katanya.
  • Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung pada 10 Jun. Azian akan menyambung keterangannya.–Bernama 
  •  
  •  
Posted by ELBI RISALAH at 5/31/2019 06:36:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: MAHKAMAH - NAJIB

Mahkamah tolak rayuan Ku Nan untuk ketepikan arahan serah pasport

THE MALAYSIAN TIMES
 


PUTRAJAYA: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang menghadapi dua pertuduhan atau menerima rasuah berjumlah RM3 juta, gagal mengetepikan arahan agar beliau menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Ini susulan satu keputusan sebulat suara oleh tiga hakim Mahkamah Rayuan untuk menolak rayuan Tengku Adnan terhadap keputusan yang dibuat oleh hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, pada 28 Jan, tahun ini.

Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid, yang mengetuai pasukan hakim itu berkata, panel tidak diyakinkan bahawa hakim Mahkamah Tinggi telah melakukan kesilapan dalam pertimbangan dengan menolak permohonan Tengku Adnan agar tidak menyerahkan pasport.

“Hakim (Mahkamah Tinggi) telah mempertimbangkan semua faktor yang berkaitan dalam melaksanakan pertimbangan dalam perundangannya,” katanya semasa menyampaikan keputusan itu.
Hakim yang lain ialah Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Lau Bee Lan.

Anggota Parlimen Putrajaya itu, yang hadir di mahkamah, merayu kepada arahan Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan permohonan agar dia menyerahkan pasportnya kepada mahkamah dengan menaikkan jumlah jaminan.

Hakim Mohd Nazlan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur (kes itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi) dengan menetapkan jaminan RM500,000 ke atas Tengku Adnan, 69, dan agar dia menyerahkan pasport kepada mahkamah sementara menunggu tamat kesnya.

Dalam permohonannya, Tengku Adnan juga mencadangkan agar wang jaminan dinaikkan dari RM500,000 ke RM1 juta dan beliau bersedia melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan, jika diperlukan.

Terdahulu, peguam Tengku Adnan, Datuk Tan Hock Chuan mengemukakan bahawa hakim Mahkamah Tinggi dalam keputusannya menghujahkan bahawa anak guamnya adalah berisiko penerbangan.

“Hakim Mahkamah Tinggi salah, anak guam saya tidak berniat untuk melarikan diri kerana dia ingin membersihkan namanya daripada sistem berkenaan. Beliau juga telah dua kali memperoleh pasport sementara dan memulangkannya kepada mahkamah. Ini menunjukkan anak guam saya bukan berisiko penerbangan,” katanya.

Timbalan Pendakwaraya Awam, Julia Ibrahim membalas bahawa penyerahan pasport itu adalah syarat penting agar perbicaraan dapat diteruskan tanpa sebarang penangguhan.

Beliau berkata, Tan tidak dapat menunjukkan bahawa hakim Mahkamah Tinggi salah dalam pertimbangan ketika memberi keputusan memandangkan tertuduh boleh memohon pasportnya dipulangkan sementara dari masa ke semasa.

“Saya juga mengemukakan bahawa dokumen berkenaan menunjukkan tarikh pertemuannya di Indonesia dan pendaftaran persekolahan anaknya di Australia telah diberi lebih awal. Jadi, tidak ada sebab tertuduh tidak membuat permohonan terdahulu,” katanya.

Pada 15 Nov lepas, Tengku Adnan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerima gratifikasi RM1 juta daripada seorang ahli perniagaan, Tan Eng Boon, menerusi cek Public Bank milik Pekan Nenas Industries Sdn Bhd yang dideposit ke dalam akaun CIMB Bank milik beliau (Tengku Adnan) bagi mendapatkan kelulusan ke atas satu permohonan oleh Nucleus Properties Sdn Bhd (kini dikenali sebagai Paragon City Development Sdn Bhd) bagi mendapatkan nisbah plot kawasan berkenaan dengan pembangunan di atas Lot 228, Jalan Semarak, Kuala Lumpur, pada 27 Dis, 2013.

Beliau juga berhadapan dengan satu pertuduhan alternatif di mana dalam kapasiti beliau sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, beliau didakwa menerima RM1 juta tanpa pertimbangan daripada Tan menerusi satu cek Public Bank milik Pekan Nenas Industries Sdn Bhd yang dideposit ke dalam akaun beliau, meskipun mengetahui bahawa Tan, adalah pengarah Nucleus Properties Sdn Bhd (kini dikenali sebagai Paragon City Development Sdn Bhd), yang mengambil berat tentang majlis rasminya.

Pada 12 Dis, beliau didakwa sebagai seorang kakitangan awam dan dalam kapasiti sebagai Menteri Wilayah Persekutuan menerima barangan berharga, tanpa pertimbangan, berjumlah RM2 juta daripada Chai Kin Kong, menerusi cek Hong Leong Islamic Bank milik Aset Kayamas Sdn Bhd,
yang dideposit ke dalam akuan CIMB milik Tadmansori Holding Sdn Bhd yang mana beliau (Tengku Adnan) mempunyai kepentingan dan beliau tahu mempunyai hubungan dengan majlis rasminya, pada 14 Jun, 2016. –Bernama 

Posted by ELBI RISALAH at 5/31/2019 06:34:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: MAHKAMAH

Thursday, May 30, 2019

PH sukar pertahan kerajaan PRU15 awal

SARINA ISMAIL

Ustaz Hashim Jasin, Jamil Khir dan Dr Ahmad Fakhruddin pada iftar anjuran Pemuda PAS Kedah.
ALOR SETAR: PAS yakin sekiranya berlaku Pilihan Raya Umum (PRU) dalam masa terdekat Pakatan Harapan (PH) sukar untuk mempertahankan kerajaan.
 
Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Ustaz Hashim Jasin berkata, berdasar perkembangan semasa sekarang kemungkinan banyak negeri akan dirampas semula pakatan PAS dan Umno.
 
Bagaimanapun katanya ada pemimpin PH mendakwa hubungan PAS dan Umno akan merosot menjelang PRU15.
 
“Tetapi yang sebenarnya hubungan mereka sesama rakan PH yang dilihatsemakin merosot sekarang,” katanya kepada media ketika menghadiri majlis iftar perpaduan anjuran Dewan Pemuda PAS Kedah di Kompleks PAS Batu 9 petang semalam.
 
Hadir sama Pesuruhjaya PAS Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi, Pengerusi Perhubungan Umno Kedah Dato' Seri Jamil Khir Baharom, kepimpinan Pemuda PAS serta Umno.

Baru-baru ini Presiden PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim dilapor mendakwa taawun perpaduan antara PAS dan Umno dianggap bersifat sementara dan akan semakin merosot menjelang PRU15. - HARAKAHDAILY


Posted by ELBI RISALAH at 5/30/2019 05:46:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: PRU 15

Zakat: Dari Islam, untuk Islam dan diuruskan Islam, kata PAS

MALAYSIAKINI

   

Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi hari ini meminta pemimpin politik bukan Islam agar tidak mengambil kesempatan terhadap pemberian zakat terhadap orang Islam.

Katanya, tindakan itu sebagai sesuatu yang tidak wajar dan belum pernah berlaku di negara ini.

“Dalam isu zakat, proses wajib yang lazimnya adalah ia diambil dari orang Islam, untuk orang Islam dan di uruskan oleh orang Islam.

“Namun, apabila tularnya di media sosial mengenai Adun Pulau Tikus , Chris Lee Chun Kit mengedarkan kit bantuan zakat kepada penerima zakat, saya merasakan ia sangat tidak wajar dilakukan malah belum pernah berlaku sebelum ini di dalam negara.

“Isu zakat cukup sensitif di kalangan orang Islam dan adalah sangat wajar orang Islam yang menguruskannya,” katanya di Facebook.

Khalil merujuk kepada hantaran Facebook Chris Lee pada 26 Mei yang memaparkannya menyerahkan bantuan zakat kepada penduduk di MPKK Kampung Heriot dan MPKK Bangkok Lane di DUN Pulau Tikus.
Hantaran itu menerima kritikan daripada beberapa pihak termasuklah presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang mempersoalkan tindakan Chris.

Bagaimanapun, Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang Zairil Khir Johari mempertahankan Lee bersandarkan pandangan Mufti Pulau Pinang Dr Wan Salim Wan Mohd Noor bahawa harus untuk orang bukan Islam diwakilkan untuk menerima atau mengagihkan zakat.

Mengulas lanjut, Khalil bekata, dia difahamkan perkara sama turut dilakukan oleh beberapa lagi wakil rakyat bukan beragama Islam di Pulau Pinang.

Dakwanya, amalan itu tidak seharusnya berlaku dan wajib ditegur serta dipantau agar tidak menimbulkan prasangka buruk dan mendatangkan fitnah yang boleh meresahkan umat Islam.

Sehubungan itu, Khalil menyarankan agar wakil rakyat bukan Islam menyerahkan perkara berkaitan zakat kepada pegawai-pegawai mereka yang beragama Islam untuk memudahkan proses tersebut dan mengelak menimbulkan syak wasangka serta fitnah.

“Perkara sebegini harus dipantau oleh pihak berwajib agar ia tidak berulang lagi.

“Saya menyeru kepada umat Islam di dalam negara agar sama–sama menghayati Ramadan dan menjaga agama Islam agar tiada yang mengambil kesempatan ke atasnya di bulan yang mulia ini.

“Islam wajar dipelihara kesuciannya agar tidak di perkotak–katikkan dan diambil kesempatan ke atasnya. Jika kita sebagai umat Islam tidak menjaga dan memelihara kesuciannya, siapa lagi yang kita mahu harapkan?” katanya.


Posted by ELBI RISALAH at 5/30/2019 05:10:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: AGAMA

Inkues Adib: Peguam Negara perlu dipecat!

WAN ROHIMI WAN DAUD

SEJAK 17 Disember 2018, seluruh negara tertunggu-tunggu dapatan fakta tentang punca kematian Allayarham Muhammad Adib Mohd Kassim, seorang bekas anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia Subang Jaya, yang cedera parah sewaktu bertugas dalam satu rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman Seafiled USJ 25, pada awal pagi 27 November 2018.
 
Dalam keadaan prosiding inkues yang telah berlangsung selama hampir 5 bulan sejak 18 Januari 2019, dan hampir mencapai garis penamat selepas Mahkamah Koroner telah mendengar keterangan dari 29 saksi selama 36 hari prosiding, negara dikejutkan dengan berita penarikan diri seorang Peguam yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta keluarga Allayarham Adib. Penarikan diri Peguam Syazlin Mansor tersebut turut menimbulkan misteri pembatalan sambungan keterangan tambahan oleh Pakar Forensik dan Patologi, Prof Dr Shahrum Abd Wahid, seorang saksi yang dijangkakan akan menjadi saksi terakhir prosiding tersebut.
 
Kenyataan Akhbar Setiausaha Politik Menteri KPKT, Nor Hizwan Ahmad bertarikh 28 Mei2019 telah menjelaskan bahawa Peguam Syazlin Mansor telah diarahkan menarik diri dari mewakili Jabatan Bomba dan Penyelamat serta KPKT dari prosiding inkues tersebut, selepas menerima surat dari Peguam Negara bertarikh 23 Mei2019.
 
Beberapa jam selepas itu, Jabatan Peguam Negara juga telah mengeluarkan Kenyataan Akhbar bagi menjelaskan 'nasihat' kepada KPKT dan Jabatan Bomba bagi menamatkan khidmat Peguam Syazlin Mansor, dengan menarik diri dari prosiding inkues.
 
Berdasarkan Kenyataan Media Jabatan Peguam Negara, dua alasan utama yang menjadi sandaran kepada 'nasihat' tersebut dikeluarkan ialah kerana kononnya “wujud konflik kepentingan” untuk Peguam Syazlin mewakili ketiga-tiga pihak (termasuk keluarga Adib), dan peranan aktif yang dimainkan oleh Peguam Syazlin dalam prosiding itu yang dikatakan seringkali mengambil pendirian yang bertentangan dengan 'Pendakwaraya', justeru telah mengakibatkan keaiban terhadap beliau atas kapasitinya selaku Peguam kepada Kementerian.
 
Dalam bahasa mudahnya, inkues adalah merupakan satu siasatan awam secara kehakiman (a judicial  inquiry) untuk menentukan sesuatu kejadian, atau dalam konteks Seksyen 337 Kanun Acara Jenayah, adalah untuk menentukan punca atau keadaan (bila, bagaimana, dimana dan cara kematian) kematian seseorang atau sama ada sesuatu kematian itu melibatkan unsur jenayah. Inkues adalah bersifat 'inquisition', iaitu siasatan awam terbuka untuk membolehkan Mahkamah Koroner membuat dapatan fakta (fact  finding) terhadap punca kematian dan keadaan kematian tersebut. Perlu diingat bahawa inkues bukanlah satu perbicaraan jenayah, bukan satu bentuk pendakwaan terhadap mana-mana pihak, justeru tiada apa-apa sabitan terhadap mana-mana pihak, bahkan tiada pihak yang akan menang atau kalah pada penghujung prosiding inkues.
 
Ia adalah padang yang terbuka untuk menjemput masyarakat awam yang mempunyai kaitan dan kepentingan langsung bagi mengemukakan bukti-bukti untuk dinilai oleh Koroner. Berdasarkan laporan media, KPKT dan Jabatan Bomba mempunyai kecenderungan untuk mempercayai teori bahawa kematian Adib adalah disebabkan kecederaan akibat dipukul oleh perusuh. Kepercayaan ini turut dikuatkan oleh Allayarham Adib sendiri sewaktu menjawab 11 dari 15 soalan yang dikemukakan kepadanya sewaktu dirawat di Institut Jantung Negara dengan mendakwa dirinya dipukul dengan peralatan dan ditarik dari van Unit Bantuan Perhidmatan Kecemasan (EMRS). Atas asas ini, sejak awal lagi KPKT dan Jabatan Bomba telah bertindak melantik Peguam sendiri, Syazlin Mansor untuk turut serta dalam inkues tersebut.
 
Perlantikan dan penyertaan Peguam Syazlin sedari awal prosiding inkues dimulakan, sejak 18 Januari 2019 tidak pernah dibantah oleh Peguam Negara, walau Peguam Negara mempunyai masa yang sangat luas untuk membantah, sebagaimana bantahan yang dilakukan terhadap Peguam-Peguam yang mewakili 50 penganut Hindu dan Jawatankuasa Kuil Sri Mariamman. Bantahan ini kekal walau selepas melibatkan prosiding rayuan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
 
Atas asas ini sahaja, dan dengan sifat prosiding inkues yang terbuka untuk tujuan siasatan awam, dan bukannya bersifat satu perbicaraan jenayah yang matlamat akhirnya adalah kalah dan menang (sabitan jenayah), alasan kononnya “wujud konflik kepentingan” yang dikemukakan oleh Peguam Negara untuk menasihati 'penarikan diri' Peguam Syazlin pada saat akhir selepas Peguam Syazlin “memainkan peranan aktif” untuk menyokong teori kematian yang mungkin bertentangan dengan teori Jabatan Peguam Negara adalah suatu tindakan yang bersifat lepas fikir (afterthought). Alasan konflik kepentingan adalah sangat lemah kerana pastinya KPKT, Jabatan Bomba dan keluarga Adib tidak mempunyai apa-apa kepentingan yang bercanggah melainkan untuk sama-sama membantu Mahkamah Koroner membuat dapatan fakta yang betul selaras dengan kredibiliti dan bukti yang dikemukakan. Malang sekali seolah-olah Peguam Negara terlepas pandang perbezaan antara inkues dan perbicaraan jenayah.
 
Dalam keadaan prosiding yang bersifat siasatan terbuka untuk membuat dapatan fakta yang tepat, Jabatan Peguam Negara yang mengendalikan inkues melalui Pegawai Pengendali (conducting  officer) tidak sewajarnya tampil dengan kesimpulan awal tentang punca kematian Adib, serta cuba memaksa pendirian tersebut untuk diterima oleh KPKT dan Jabatan Bomba. Jika pun Peguam Negara mempunyai kesimpulan awal berdasarkan siasatan polis dan forensik bahawa Adib mengalami kecederaan akibat kemalangan (dan bukannya dipukul), Peguam Negara tidak sewajarnya menghalang pihak-pihak lain yang mempunyai teori berbeza untuk menguji teori itu di hadapan Mahkamah Koroner dengan mengemukakan bukti dan keterangan yang relevan dan sesuai. Ironinya, tindakan Peguam Negara yang 'menasihati' KPKT untuk mengarahkan Peguam Syazlin menarik diri kerana “peranan aktifnya” untuk menyokong teori kematian yang tidak konsisten dengan pendirian Peguam Negara, adalah bersifat satu langkah yang berupaya menghalang proses keadilan dilaksanakan dalam prosiding inkues.
 
Justeru alasan Peguam Negara kononnya “peranan aktif” Peguam Syazlin yang sentiasa mengambil pendirian yang bertentangan dengan Pegawai Pengendali inkues tentang teori kematian Adib, dan menyebabkan "keaiban" sebagai Peguam KPKT, hanyalah alasan lemah yang tidak sejajar dengan prinsip undang-undang berkenaan pengendalian sesuatu inkues. Sekali lagi, Peguam Negara kelihatan teraba-raba dalam mencari titik sempadan antara sifat prosiding inkues dan perbicaraan jenayah.
 
Sepatutnya, ketekunan dan kerja-keras serta peranan aktif yang dimainkan oleh Peguam Syazlin untuk mengemukakan teori alternatif bagi kematian Adib, dengan mengemukakan bukti yang sangat kredibiliti melalui keterangan Prof Dr Shahrum Abd Wahid, perlu disanjung dan dipampas dengan sewajarnya kerana usaha keras itu akan dapat membantu Koroner membuat pertimbangan yang lebih menyeluruh serta dapatan fakta yang lebih adil bagi menepati maksud sebenar kenapa inkues perlu dijalankan.
 
Amat malang lagi, alasan keempat yang dikemukakan oleh Peguam Negara tentang status Peguam Syazlin selaku isteri kepada Pegawai Akhbar Menteri KPKT, tanpa apa-apa penjelasan lanjut, hanya menyerlahkan niat serong untuk memperlekehkan peribadi Peguam Syazlin dan meletakkan denai pembunuhan karektor yang sangat tidak wajar dan tidak beretika. Mustahil keseluruhan Jabatan Peguam Negara tidak mengetahui hubungan ini seawal Peguam Syazlin dilantik mewakili KPKT? Apakah kaitan hubungan suami isteri Setiausaha Akhbar Menteri dengan kepentingan prosiding inkues Adib?
 
Oleh yang demikian berdasarkan keseluruhan naratif diatas, DPPM berpandangan bahawa tindakan Peguam Negara Tommy Thomas yang 'mengarahkan' KPKT dan Jabatan Bomba untuk menamatkan khidmat Peguam yang sedang mengendalikan prosiding inkues yang sudah berada pada penghujungnya, tanpa alasan yang munasabah bahkan kelihatan bersifat lepas fikir (afterthought) untuk menutup kelemahan sendiri, hanyalah melengkap siri-siri kelemahan Peguam Negara dalam membantu pentadbiran keadilan di negara ini. Justeru tiada pilihan yang lebih baik, melainkan Tommy Thomas dipecat serta-merta dari jawatan tersebut! 
 
"Islam Memimpin"  "Terus Mara" 
 
*WAN ROHIMI BIN WAN DAUD Pengarah Jabatan Hal Ehwal Undang-undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM) Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY
 
 
Posted by ELBI RISALAH at 5/30/2019 04:58:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: KOMEN

Ringgit jatuh antaranya disebabkan menteri tidak bijak berkomunikasi – Daim

Executive Editor     MINDA RAKYAT
 

Notis cukai pendapatan yang terlalu banyak dihantar kepada orang ramai membuatkan rakyat takut berbelanja hingga menyebabkan ringgit mengalami kejatuhan, kata bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin.

Daim berkata perkara itu diburukkan lagi apabila penghantaran notis cukai itu diumumkan kepada orang ramai hingga menyebabkan mereka takut berbelanja.

“Income tax tak perlulah kacau orang. Kalau hantar notis mereka takut nak belanja, patut jangan kacau rakyat.

“Sebelum ini tidak pernah umum, bila Pakatan Harapan jadi kerajaan, hantar notis sampai lapan juta.

“Lapan juta notis kalau seorang isteri dan seorang suami sudah 16 juta, kacau ni. Anda bunuh keyakinan. Dulu mereka keluar makan, sekarang mereka takut nak keluar,” katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Astro AWANI.

Beliau menasihatkan menteri-menteri Kabinet supaya berbincang terlebih dahulu dengan Setiausaha Akhbar masing-masing sebelum mengeluarkan kenyataan.

“Kalau nak buat kenyataan, bincang tengok apa kesannya, bincang dengan pegawai kemudian bincang menteri dengan menteri. Bukan seronok-seronok buat kenyataan.

“Kalau positif keluar kenyataan, kalau negatif jangan keluar kenyataan, kalau negatif nak umum juga, bodoh lah,” katanya. - MT

Posted by ELBI RISALAH at 5/30/2019 04:26:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: PENTADBIRAN

ZAKAT BUKAN MAINAN

Wartawan Watan-Online
 
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Chris Lee Chun Kit yang mencampuri urusan pengagihan zakat kepada umat Islam kawasan itu.

Ahmad Zahid yang merujuk kepada kenyataan Facebook ADUN DAP itu turut melihat tindakan Chun Kit sebagai lakonan semata-mata.

“Bila orang bukan Islam yang mengurus atau yang mengagih… lakonan apakah yang sedang dimainkan itu?,” katanya melalui kenyataan di laman Facebook rasmi beliau pada Selasa.

Dalam kenyataan sama, Ahmad Zahid yang juga ahli Parlimen Bagan Datuk menegaskan zakat merupakan ibadah khusus kepada orang Islam yang beriman kepada Tuhan.

“Zakat itu salah satu daripada rukun Islam…berdasarkan kepada kepercayaan kepada Allah.

“Ianya merupakan ibadat khusus yang disyariatkan, diambil daripada orang Islam dan diserah, diagih kepada orang Islam atau asnaf yang berhak,” tegas beliau.


Posted by ELBI RISALAH at 5/30/2019 04:15:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: AGAMA

KIT SIANG PERLU BELAJAR HORMATI KABINET

Wartawan Watan-Online
 


Penasihat DAP, Lim Kit Siang disaran untuk belajar menghormati peraturan termasuk keputusan yang telah ditetapkan oleh Kabinet kerajaan.

Pengarah Strategik Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan, Mohd Afif Mohd Anuar berkata Kit Siang tidak wajar menggesa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memecat Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik untuk digantikan dengan ahli DAP, Teo Nie Ching yang juga Timbalan Menteri Pendidikan.

“Sebagai sebuah parti pembangkang, UMNO akan terus memantau dan menegur sekiranya ada tindakan pemimpin kerajaan yang boleh merosakkan negara sebagaimana sikap Kit Siang yang sudah pasti memberi impak buruk apatah lagi dalam keadaan kepimpinan kerajaan baru ini yang amatlah tidak memuaskan.

“Tindakan Kit Siang ini adalah tidak wajar. Ini seolah-olah menggambarkan cara Dap untuk menyebar ideologi dengan ‘menyerang’ sistem pendidikan di negara ini,” katanya kepada media pada Selasa.

Menyentuh mengenai isu bantahan Dr. Maszlee Malik yang dikatakan tidak bersetuju dengan candangan untuk memasukkan silibus pembelajaran semua agama ke sekolah-sekolah, beliau berkata perkara tersebut wajar dengan peruntukan yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan.

“Umum jelas, Perlembagaan Persekutuan menyebut agama Persekutuan adalah Agama Islam dan dengan klausa ini, Agama Islam boleh di ajar di sekolah-sekolah milik kerajaan dan ianya hanya kepada murid yang beragama Islam.

“Saya tidak nampak ini menjadi satu masalah kepada murid yang menganut agama lain kerana ini sudah di amalkan sejak berabad yang lalu,” katanya.

Posted by ELBI RISALAH at 5/30/2019 04:12:00 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: POLITIK - DAP
Newer Posts Older Posts Home
View mobile version
Subscribe to: Posts (Atom)

TRANSLATE /TERJEMAH LAIN-LAIN BAHASA



KUNJUNGI MEDAN BERITA POLITIK DALAM KEMBAR BLOG:
  • AR RISALAH الــرســالـة
    ‘Ini macam tersilap tekan butang’
    3 years ago

IKLAN : - SUASANA SEMASA DI HOMESTAY JKKK SUNGAI HAJI DORANI. SUNGAI BESAR.

IKLAN : -  SUASANA SEMASA DI HOMESTAY JKKK SUNGAI HAJI DORANI. SUNGAI BESAR.
BULAN JANUARI 2022.... Kerja-kerja mengambil hasil sawah padi menggunakan jentuai sudah bermula di sekitar kampung Sungai Haji Dorani. Di jangka akhir bulan Januari 2022 semua sawah habis diambil hasilnya....Pelawat yang ingin berkunjung ke HOMESTAY JKKK , sila dapatkan maklumat awal ke talian 019-911 4470 (P)Pelawat yang ingin berkunjung ke HOMESTAY JKKK , sila dapatkan maklumat awal ke talian 019-911 4470 (P)

JUMLAH PENGUNJUNG SEJAK 2008 SEHINGGA KINI :



Sedang Online Sekarang

hit counter

PENGIKUT / PEMBACA TETAP :

LOKASI PENGUNJUNG MAYA

PAUTAN BUKAN AKHBAR

  • WFAUZDIN NS
  • CERITA RAKYAT NUSANTARA
  • BANJAR SUNGAI GANAL
  • HUSIN LEMPOYANG
  • CENANGAU
  • TRANUNGKITE
  • ROSLAN SMS
  • FAMILI AZAM
  • AL HUSSEYN
  • KADIR JASIN

AKHBAR RUJUKAN BERITA

  • ASTRO AWANI
  • MEDIA SELANGORKU
  • ROKET KINI .COM
  • KEADILAN DAILY
  • BERNAMA
  • SABAH DAILY
  • HARIAN METRO
  • NST ONLINE
  • MSTAR ONLINE
  • MALAYSIA KINI
  • SINAR HARIAN
  • HARAKAH DAILY
  • AGENDA DAILY
  • SUARA MERDEKA
  • MALAYSIA NOW
  • UTUSAN TV
  • MALAYSIA POST
  • KOSMO ONLINE
  • BERITA HARIAN ONLINE
  • UTUSAN ONLINE
  • UMNO ONLINE
  • MALAYSIA GAZETTE
  • MALAYSIA TODAY
  • BULETIN TV3

TAJUK BERITA BULAN INI

  • ►  2022 (860)
    • ►  February (120)
    • ►  January (740)
  • ►  2021 (8478)
    • ►  December (731)
    • ►  November (747)
    • ►  October (667)
    • ►  September (666)
    • ►  August (756)
    • ►  July (678)
    • ►  June (747)
    • ►  May (728)
    • ►  April (776)
    • ►  March (611)
    • ►  February (661)
    • ►  January (710)
  • ►  2020 (6430)
    • ►  December (663)
    • ►  November (767)
    • ►  October (525)
    • ►  September (455)
    • ►  August (581)
    • ►  July (592)
    • ►  June (521)
    • ►  May (494)
    • ►  April (350)
    • ►  March (466)
    • ►  February (473)
    • ►  January (543)
  • ▼  2019 (5515)
    • ►  December (435)
    • ►  November (352)
    • ►  October (311)
    • ►  September (341)
    • ►  August (385)
    • ►  July (349)
    • ►  June (410)
    • ▼  May (619)
      • Lelaki didakwa ugut pecahkan muka pendakwah Zamri ...
      • Lebih 170 pesalah juvana bersekolah di sebalik tir...
      • 'Siasat peranan Apandi sebagai tukang pukul Najib'
      • 'Kata-kata tidak dapat gambarkan rasa sedih saya'
      • Wong Tack tetap tentang, tiada kompromi dengan Lynas
      • Waythamoorthy dakwa ucapan Azwanddin berniat jahat
      • Bekas adun Kelaboran meninggal dunia di Makkah
      • SPRM tak siasat Apandi, kata sumber
      • Peneroka Felda dapat bantuan Aidilfitri RM300?
      • Kabinet arah TNB betulkan kesilapan
      • Ultra kiasu akan bantah syor ajar subjek Islam, ka...
      • Lagi kes rabies di Sarawak
      • Pelaksanaan subsidi minyak ditangguh
      • Laporan Malaysiakini tak benar, niat jahat – Tok Mad
      • Diskaun tol untuk pengguna BESRAYA, NPE dan LEKAS
      • Samseng jalan hentak cermin kereta wanita kena tan...
      • Terbunuh dihempap pokok
      • UMMAH buat laporan polis terhadap Peguam Negara
      • Inti pati perbicaraan Najib sepanjang minggu ini
      • Mahkamah tolak rayuan Ku Nan untuk ketepikan araha...
      • PH sukar pertahan kerajaan PRU15 awal
      • Zakat: Dari Islam, untuk Islam dan diuruskan Islam...
      • Inkues Adib: Peguam Negara perlu dipecat!
      • Ringgit jatuh antaranya disebabkan menteri tidak b...
      • ZAKAT BUKAN MAINAN
      • KIT SIANG PERLU BELAJAR HORMATI KABINET
      • IBRAHIM ALI BIDAS SINDIRAN TUN M
      • Malaysia tidak peduli, terus guna teknologi 5G Hua...
      • Khaled: Tiada usaha pinda fasal 9.9 Perlembagaan Umno
      • PH Kelantan minta buka lebuh raya baru sempena raya
      • 39 pemain, pegawai pasukan bola sepak Perak terima...
      • DOJ dan peguam Jho Low setuju jual hartanah
      • Aktivis OKU marah menteri tak ada, dakwa parkir OK...
      • AS sita barang kemas mak Jho Low
      • Warden liwat pelajar tahfiz dihukum penjara 133 ta...
      • Macam orang tak bertamadun!
      • Buka puasa di masjid, kemudian makan di Gurdwara S...
      • Awas! Tayar Myvi sasaran curi
      • Pemandu Grab dirompak, maut ditikam di dada, kata ...
      • Kementerian cadang TNB guna meter elektrik dikalib...
      • Apa jadi dengan bukti, PBS desak RCI baru isu beri...
      • Berjasa akan bertanding PRU15
      • Pelajar cemerlang SPM digalak mohon IPG: Maszlee
      • Kelakarlah berbuka puasa di Gurdwara Sahib: Ridhua...
      • Cadangan jawatan tetap guru KAFA akan dibentang ke...
      • Datuk Seri' dirakam tumbuk pengusaha restoran
      • Beri zakat macam duit raya
      • 2 minggu bercerai, Aliff Aziz nak rujuk semula?
      • Kalau Maniam, Ah Seng kena pun kita pertahankan, k...
      • PH jangan lupa ‘rule of law’ yang diperjuangkan
      • Beza Putra dengan Bersatu tak sengkongkol dengan DAP
      • 5 anak syarikat Nafas tak berdaya maju dihentikan ...
      • UMNO, Pas pertikai Peguam Negara dalam inkues Adib
      • Duit raya peneroka masih tinggal harapan
      • Kenapa senyap, Suruhanjaya Tenaga yang benarkan TN...
      • Syarikat teksi bakal guna kenderaan elektrik mulai...
      • Pasar Chow Kit, Kampung Baru diserbu imigresen
      • Apa yang saudara mahu daripada bukan Muslim?
      • Timbalan menteri pelancongan jahil murrakab, kata ...
      • Dahlan Zainuddin kembali ke pangkuan Ilahi
      • Jho Low akui kenal CEO terbabit skandal seks K-pop...
      • 'Bukan boikot' - Dr M pertahan Mukhriz tak salam S...
      • Inkues Adib: Mahathir pertahan AG minta peguam tar...
      • Peguam negara nasihat KPKT arah Syazlin tarik diri
      • Mengenal kaum zindik: Perosak, penyimpang pemahama...
      • Inkues Adib: Apa sedang berlaku
      • Akmal Nasir beri penjelasan iftar di Gurdwara
      • Apa salahnya kerajaan PH tolong bina masjid?
      • Anwar rayu Putrajaya pertimbang beri duit raya pad...
      • KPKT berhak guna peguam sendiri pertahan bomba, ka...
      • Kedudukan Syazlin sering bercanggah dengan timbala...
      • Mahkamah Persekutuan dengar semula rayuan kes ‘bin...
      • Kes kehilangan pemandu Grab: Polis tahan dua suspek
      • Aduan kes penipuan dalam talian kedua tertinggi
      • PAS: Rakyat akan lihat sebagai konspirasi jika AG ...
      • Ummah mahu demo kali ketiga untuk Adib
      • 'Zuraida lantik peguam tanpa pengetahuan AG'
      • Anak Norman, Abby jadi imam solat tarawih
      • Penghulu turut terima bonus raya
      • NAJIB SEDIA PERTIMBANG DEBAT PEMIMPIN LAIN
      • Had laju Jalan Persekutuan turun kepada 80km/j mus...
      • Najib tak pernah arah tubuh Ihsan Perdana elak kon...
      • Peguam Negara perlu jelaskan mengapa Syazlin tarik...
      • Prof Khoo Kay Kim meninggal dunia
      • Pusat hapus RM3.8 bilion hutang projek air kerajaa...
      • Apakah puncanya, siapa arah peguam inkues Adib tar...
      • Khidmat pemutihan: 2 pengarah, pegawai pemasaran d...
      • Sultanah T’ganu mohon saman diputuskan tanpa bicar...
      • Sebulan Nasrudin 'bedah' lagu PAS
      • DAP akur titah Sultan Perak
      • ‘Tiada penjelasan umum untuk dakwaan harga elektri...
      • Keluarga Adib tuntut penjelasan penarikan diri peguam
      • Hentikan amalan membazir, lahap makanan
      • Anak Samy Vellu letak jawatan setiausaha agung MIC
      • Duit raya peneroka? Saya tak tahu, tanya Azmin, ka...
      • Kenyataan Shafee hanyalah ‘cakap dabik dada’, kata...
      • Gaji lebih tinggi melalui latihan teknikal
      • Exco Perak: Aziz Bari sedia digugurkan
      • Muhyiddin mahu ahli PPBM Johor jaga hubungan dalam...
      • 112,635 peneroka Felda tunggu duit raya
    • ►  April (606)
    • ►  March (656)
    • ►  February (511)
    • ►  January (540)
  • ►  2018 (7297)
    • ►  December (529)
    • ►  November (332)
    • ►  October (354)
    • ►  September (506)
    • ►  August (588)
    • ►  July (589)
    • ►  June (760)
    • ►  May (693)
    • ►  April (848)
    • ►  March (616)
    • ►  February (660)
    • ►  January (822)
  • ►  2017 (6325)
    • ►  December (413)
    • ►  November (301)
    • ►  October (562)
    • ►  September (658)
    • ►  August (509)
    • ►  July (613)
    • ►  June (754)
    • ►  May (763)
    • ►  April (381)
    • ►  March (510)
    • ►  February (453)
    • ►  January (408)
  • ►  2016 (7807)
    • ►  December (360)
    • ►  November (385)
    • ►  October (591)
    • ►  September (425)
    • ►  August (616)
    • ►  July (634)
    • ►  June (849)
    • ►  May (740)
    • ►  April (756)
    • ►  March (870)
    • ►  February (712)
    • ►  January (869)
  • ►  2015 (8808)
    • ►  December (900)
    • ►  November (511)
    • ►  October (853)
    • ►  September (836)
    • ►  August (795)
    • ►  July (710)
    • ►  June (769)
    • ►  May (719)
    • ►  April (627)
    • ►  March (703)
    • ►  February (666)
    • ►  January (719)
  • ►  2014 (8225)
    • ►  December (734)
    • ►  November (606)
    • ►  October (658)
    • ►  September (617)
    • ►  August (802)
    • ►  July (627)
    • ►  June (644)
    • ►  May (845)
    • ►  April (680)
    • ►  March (656)
    • ►  February (606)
    • ►  January (750)
  • ►  2013 (9409)
    • ►  December (731)
    • ►  November (676)
    • ►  October (655)
    • ►  September (662)
    • ►  August (617)
    • ►  July (768)
    • ►  June (752)
    • ►  May (1002)
    • ►  April (918)
    • ►  March (1008)
    • ►  February (797)
    • ►  January (823)
  • ►  2012 (10822)
    • ►  December (742)
    • ►  November (799)
    • ►  October (773)
    • ►  September (876)
    • ►  August (871)
    • ►  July (1122)
    • ►  June (938)
    • ►  May (853)
    • ►  April (999)
    • ►  March (961)
    • ►  February (893)
    • ►  January (995)
  • ►  2011 (12068)
    • ►  December (810)
    • ►  November (899)
    • ►  October (1040)
    • ►  September (1144)
    • ►  August (1330)
    • ►  July (1159)
    • ►  June (1015)
    • ►  May (903)
    • ►  April (1042)
    • ►  March (931)
    • ►  February (880)
    • ►  January (915)
  • ►  2010 (10323)
    • ►  December (852)
    • ►  November (701)
    • ►  October (1015)
    • ►  September (931)
    • ►  August (928)
    • ►  July (1088)
    • ►  June (811)
    • ►  May (1142)
    • ►  April (955)
    • ►  March (607)
    • ►  February (656)
    • ►  January (637)
  • ►  2009 (7591)
    • ►  December (690)
    • ►  November (822)
    • ►  October (750)
    • ►  September (644)
    • ►  August (762)
    • ►  July (751)
    • ►  June (788)
    • ►  May (617)
    • ►  April (558)
    • ►  March (545)
    • ►  February (399)
    • ►  January (265)
  • ►  2008 (1451)
    • ►  December (310)
    • ►  November (295)
    • ►  October (232)
    • ►  September (256)
    • ►  August (292)
    • ►  July (54)
    • ►  June (12)

LOKASI PARA PENGUNJUNG



free counters
PENAFIAN

DIALOG RAKYAT tidak bertanggungjawab ke atas sebarang gangguan, kerosakan atau masalah yang mungkin timbul kepada para pengguna semasa melayari laman ini. DIALOG RAKYAT juga tidak terlibat risiko dari segi undang-undang ke atas penyiaran bahan maklumat, tetapi menjadi tanggungjawab oleh punca maklumat seperti tertera.
Picture Window theme. Theme images by rion819. Powered by Blogger.