Kerjasama Umno-PAS boleh gugat k’jaan negeri Perak, Kedah
MALAYSIAKINI
PAS memberi bayangan bahawa kerajaan negeri Perak yang ditadbir
Pakatan Harapan (PH) hari ini boleh bertukar tangan sekiranya parti itu
menyatakan persetujuan untuk bergabung dengan Barisan Nasional (BN).
Portal Utusan Malaysia
memetik Ketua Pemuda PAS Perak, Akmal Kamarudin sebagai berkata
sekiranya dua Adun Umno tidak keluar parti sudah pasti kerajaan negeri
sudah ditadbir oleh gabungan tersebut.
Umno dan PAS kini memiliki 28 kerusi DUN berbanding dengan PH yang mempunyai 30 kerusi.
Satu lagi kerusi menjadi milik Bebas.
Pada pilihan raya ke-14 lalu, Umno memenangi 27 kerusi manakala PAS pula mempunyai tiga kerusi.
Walau
bagaimanapun, tiga hari kemudian, bekas exco kerajaan negeri Perak yang
juga Adun Sungai Manik, Zainol Fadzi Paharuddin dan Adun Tualang Sekah,
Nolee Ashilin Mohamed Radzi mengesahkan mereka menyokong Ahmad Faizal
Azumu, sebagai menteri besar Perak.
Kedua-dua mereka kemudian meninggalkan Umno dengan Zainol Fadzi menyertai Bersatu dan Nolee Ashilin menjadi wakil Bebas.
“Pada
awalnya PAS tidak membuat apa-apa keputusan untuk bergabung dengan BN
sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), berdasarkan kepada pengalaman
lalu sewaktu Datuk Muhammad Asri memimpin, selain PAS telah melawan BN
sekian lama dalam memperjuangkan prinsip Islam.
“Setelah PRU14
berlalu, PAS telah melihat ahli BN melalui kehidupan sebagai wakil
rakyat pembangkang yang cemerlang, seperti mana PAS telah lalui sebelum
ini,” kata Akmal.
Kerajaan Negeri Perak hari ini ditadbir oleh PH
yang mempunyai sebanyak 30 kerusi. Daripada jumlah itu, Amanah mempunyai
6 kerusi, Bersatu (2), PKR (4) dan DAP (18).
Semalam, selepas lebih dua setengah jam bermusyawarah, PAS dan Umno bersetuju bahawa kedua-dua parti rasmi 'bersanding' di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Hal
itu dinyatakan pemangku presiden Umno, Mohamad Hasan, yang mengadakan
sidang media bersama Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Sekarang
ni kita dah kenduri kahwin dah ni, dah rasmi dah. Sebab tu kita buat
macam ni, (secara) rasminya... merasmikan jawatankuasa induk.
"Kita ni dah bersanding dah ni..." katanya.
Bagaimanapun
kata Mohamad, langkah tersebut bukanlah bermaksud PAS dan Umno akan
digabungkan dan tidak akan ada simbol baru bagi mereka.
Sementara
itu, satu lagi kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan iaitu Kedah
mungkin tergugat jika Adun PAS dan Umno bergabung dan mengusulkan undi
tidak percaya ke atas menteri besar Mukhriz Mahathir.
PH
memenangi 18 kerusi DUN pada pilihan raya umum lalu - Amanah (3),
Bersatu (5), PKR (8) dan DAP (2) - manakala Umno memiliki tiga kerusi
dan PAS (15).
Kedah tumbang kepada PH pada PRU14 tahun lalu.
Bagaimanapun sekiranya berlaku kebuntuan, speaker DUN Ahmad Kassim, yang juga anggota PKR, dibenarkan untuk mengundi.
Menariknya,
21 wakil rakyat menyokong pelantikan Ahmad sebagai speaker pada Julai
lalu. Ini bermakna tiga daripada 18 Adun pembangkang calon PH itu.
No comments:
Post a Comment