DIALOG RAKYAT

MELAPORKAN BERITA-BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA...

Tuesday, March 26, 2019

Bekas pengarah AIAC berdepan 3 dakwaan pecah amanah RM1.1 juta

V Anbalagan
Hakim menetapkan ikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin 
dan mengarahkan N Sundra Rajoo menyerahkan pasportnya kepada 
mahkamah.
 
KUALA LUMPUR: Bekas pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), N Sundra Rajoo dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 3 pertuduhan pecah amanah berjumlah RM1.1 juta.

Bagi pertuduhan pertama, lelaki berusia 63 tahun itu didakwa menyalahgunakan dana pusat sebanyak RM89,700.

Bagi pertuduhan ke-2 dan ke-3, tertuduh didakwa menyeleweng RM621,172.50 dan RM300,495.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di premis AIAC di Jalan Sultan Hishamuddin di sini, antara 8 Disember 2018 hingga 17 Ogos tahun lalu.
Sundra didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda bagi setiap kesalahan.

Tertuduh yang mengaku tidak bersalah, memberitahu Hakim Azura Alwi yang dia mempunyai imuniti daripada pendakwaan, ketika pertuduhan dibacakan kepadanya.

Azura menetapkan ikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan Sundra menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Bagaimanapun, katanya, pasport itu boleh dikembalikan kepadanya jika Sundra perlu ke luar negara.

Hakim turut menetapkan 3 Mei ini untuk sebutan kes.

Terdahulu, timbalan pendakwa raya, Kamal Bahrain Omar mencadangkan ikat jamin RM200,000.

Peguam, Baljit Sidhu memberitahu mahkamah, kerajaan sudah menulis surat kepada Pertubuhan Perundingan Perundangan Asia Afrika (AALCO) untuk membatalkan imuniti Sundra, tetapi permintaan itu ditolak.

ELBI RISALAH at 3/26/2019 01:25:00 PM
Share

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

‹
›
Home
View web version
Powered by Blogger.