Gelagat
seorang ibu bersama anaknya memilih beberapa jenis kasut sekolah ketika
membeli-belah barangan persiapan menjelang sesi persekolahan 2019 yang
bakal tiba tidak lama lagi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di
salah satu pusat membeli-belah yang terletak di sekitar kawasan Kuala
Lumpur. foto AFFAN FAUZI
KUALA LUMPUR- Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menginjak
ke tahun baharu, ini bermakna musim cuti sekolah akan tamat.
Kini kita berada di penghujung tahun yang sinonim sangat dengan musim
membeli-belah untuk anak-anak sebelum musim persekolahan kembali.
Tinjauan MalaysiaGazette mendapati rata-rata ibu bapa memanfaatkan
saat-saat akhir ini untuk membeli alat kelengkapan anak-anak mereka
seperti baju, beg, kasut dan buku-buku.
Bagi Y. Dewi , 42 oleh kerana mempunyai empat orang anak – dua di
tahap sekolah menengah dan dua lagi sekolah rendah – perbelanjaan mereka
disifatkannya berjumlah besar mencecah RM5,00 seorang.
Oleh kerana kos yang besar itu, Dewi terpaksa menyimpan sejak Januari
lalu sebagai persediaan lebih awal agar bajet untuk semua anaknya
mencukupi. Dewi
Yiren, 42 bercakap ketika ditemubual mengenai persiapan menjelang sesi
persekolah 2019 yang bakal menjelang tidak lama lagi di salah satu pusat
membeli-belah yang terletak sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN
FAUZI
“Perbelanjaan memang saya kumpul duit setiap setahun sebab anak
sekolah semuanya jadi perbelanjaan untuk buku, uniform, memang kos
tinggi.
“Saya kena simpan banyak, setiap sebulan dari awal tahun dalam RM1,00 atau RM50,” katanya.
Begitu juga dengan Fazlina Abdul Rashid. Ibu berusia 42 tahun itu
walaupun hanya mempunyai seorang sahaja anak namun perbelanjaan
persekolahan setiap tahun tetap dirasakannya meningkat.
Malah Fazlina terpaksa mencuri masa untuk membeli-belah untuk anak
lelakinya di ibu kota walaupun menetap di Kuantan, Pahang kerana pilihan
memandangkan diskaun yang lebih banyak di Lembah Klang. Fazlina
Abdul Rashid, 42 bercakap ketika ditemubual mengenai persiapan
menjelang sesi persekolah 2019 yang bakal menjelang tidak lama lagi di
salah satu pusat membeli-belah yang terletak sekitar kawasan Kuala
Lumpur. foto AFFAN FAUZI
“Daripada Kuantan kebetulan ada konvesyen adik hari ini, sayaambil kesempatan beli barang kelengkapan anak untuk buka sekolah.
“Rasanya tidak ada yang turun semua barang kelengkapan naik, walaupun
anak saya seorang tapi setiap tahun perbelanjaan meningkat,” menurut
pekerja swasta itu. Fatmawati
Muslim, 43 bercakap ketika ditemubual mengenai persiapan menjelang sesi
persekolah 2019 yang bakal menjelang tidak lama lagi di salah satu
pusat membeli-belah yang terletak sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto
AFFAN FAUZI
Dengan pekerjaan suami sebagai buruh dan dia sendiri mengambil upah
menjahit baju sahaja,
Fatmawati Muslim, 43, pula setiap tahun hanya akan
fokus untuk menyediakan kelengkapan penting sahaja untuk dua anaknya
yang bersekolah.
Jelas beliau, ini kerana ketidakmampuan akibat harga baju sekolah,
beg dan kasut yang semakin mahal memaksa dia dan suami kadangkala
‘mengikat perut’ demi anak-anak.
“Memang hujung tahun waktu selalu beli, beli yang penting sahajalah, baju sepasang seorang.
“Hujung tahun waktu banyak diskaun, sebab perbelanjaan tiap tahun
meningkat seluar sekolah sekarang paling murah lebih RM40,” tambahnya.
Musim persekolahan seluruh Malaysia tahun depan akan bermula pada 2 Januari. -MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment