Pertubuhan Pembangunan Kebajikan dan Persekitaran Positif Malaysia (SEED Foundation) hari ini secara rasminya melancarkan rumah jagaan warga emas buat mak nyah, yang pertama seumapanya di Malaysia.
Pengasas bersama yayasan itu dan Pengarah Projek Nisha Ayub berkata Seed T-Home di Ampang akan menjaga di antara 10 ke 12 orang mak nyah warga emas pada satu-satu masa.
"Semua orang akan tua dan orang akan selalu menumpukan kepada golongan (mak nyah) yang muda) tetapi mereka lupa pada warga emas mak nyah.
"Inilah masalahnya kerana saya bekerja dengan masyarakat mak nyah sejak 2006 dan saya dapat melihat isu mak nyah menjadi terbiar, tidak berumah di jalanan.
"Jadi, ia isu penting tetapi masyarakat tidak berfikir mengenainta," katanya kepada Malaysiakini selepas majlis pelancaran itu.
Nisha berkata beberapa orang mak nyah warga emas tidak mempunyai rumah dan telah dibuang oleh keluarga mereka.
Perlindungan kes kecemasan
Menurutnya, kebanyakan rumah jagaan warga emas tidak menjadi pilihan mak nyah kerana mereka perlu hidup sebagai lelaki, kecuali rumah perlindungan kendalian NGO yang menjaga mak nyah yang hidup dengan HIV.
"Di rumah jagaan ini, mereka tidak perlu berpura-pura (menjadi lelaki). Mereka boleh menjadi diri mereka sendiri. Sebab itu kamu dapat lihat maklum balas positif dari rumah ini," katanya.
Nisha turut memaklumkan Seed T-Home menyediakan perlindungan sementara dalam keadaan kecemasan, seperti kes mak nyah dihalau oleh keluarga dan perlu mencari kediaman baru.
Sebelum ini, Seed T-Home hanyalah tempat perlindungan sementara, tetapi semenjak 1 Ogos tahun lalu ia telah dinaiktaraf dan telah menerima 20 orang mak nyah, termasuklah untuk kes kecemasan.
Ketika ditanya sebab perasmian rumah jagaan warga emas itu perlu menunggu sehingga setahun, Nisha (gambar, bawah) berkata terdapat keprihatinan perasmiannya akan mengundang perhatian yang tidak dimahukan dan jika mereka mampu mengendalikan rumah berkenaan.
"Kami rasa, lebih baik dimulakan dahulu dan lihat sejauh mana projek ini akan berjalan. Dan selepas setahun, kami mampu mengekalkannya.
"Jadi, itulah sebabnya kami membuat majlis sambutan ulangtahun dan perasmiannya sekali," katanya.
Pelancaran hari ini dirasmikan aktivis sosial Marina Mahathir dan presiden Majlis Aids Malaysia, Bakhtiar Talhah.
Bakhtiar juga menyampaikan cek RM30,000 kepada Seed Foundation kerana mengendalikan Seed T-home.
Melihat ke hadapan Nisha berkata Seed Foundation merancang menubuhkan pusat sehenti untuk masyarakat pinggiran, termasuklah mak nyah dan gelandangan.
Pusat itu akan menyediakan khidmat perubatan dan akan bekerja sama dengan perusahaan sosial GoJob untuk menyediakan khidmat mencari pekerjaan yang sesuai.
No comments:
Post a Comment