Muhamad Harris Nasril – Ketika mula duduk di kerusi Menteri Besar Selangor pada 2014 dulu, Azmin Ali telah meningkatkan peruntukan untuk Adun Pakatan dari RM600k kepada RM700k setahun. Manakala adun BN pula mendapat RM200k setahun. Ini dilakukan beliau untuk menaikkan imej kononnya sebagai menteri besar berjiwa rakyat.
Pada Ogos tahun lalu, pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehin Mukhyi melakukan sidang akhbar dan mengesahkan akan bertanding sekurang-kurangnya 42 kerusi di Selangor termasuk di Kajang dan Bukit Antarabangsa yang disandang Wan Azizah dan Azmin Ali.
(https://www.malaysiakini.com/news/393009)
Tahukan anda apa reaksi Azmin? Sejak awal Januari sehingga kini, ADUN PAS Selangor telah disekat peruntukan tahunan yang sepatutnya mereka terima!
Perlu diketahui oleh Azmin dan kuncu-kuncunya, PAS masih sebahagian dari kerajaan negeri Selangor. Tindakan menyekat peruntukan ini adalah satu perbuatan yang tidak boleh diterima. Ini sangat keanak-anakan dan tidak gentleman langsung!
Setakat ini, sembilan wakil rakyat PAS Selangor didakwa terpaksa membelanjakan kira-kira sebanyak RM693 ribu wang sendiri untuk melaksanakan program bantuan di kawasan masing-masing kerana peruntukan “disekat” kerajaan negeri. http://www.freemalaysiatoday.com/…/pas-adun-belanja-rm693-…/
Bukan itu sahaja, malah kad program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), yang melayakkan ibu berpendapatan rendah menerima bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas, juga tidak diedarkan melalui wakil rakyat tertentu tetapi melalui ketua cabang PKR di kawasan mereka! Apa ketahian ini? Belajar dari CM Lim Guan Eng ke?
Sebelum ini, Fuziah Salleh ada melaporkan beberapa ahli parlimen PKR bising kerana elaun ahli parlimen lambat dibayar oleh kerajaan.
Anehnya, mereka ini diam seribu bahasa apabila Azmin sekat terus peruntukan untuk adun PAS di Selangor.
Politikus celaka seperti ini wajar diajar oleh pengundi pada PRU14 kelak. #UndiRosak untuk Azmin, PKR dan kuncu-kuncunya!
Parlimen berdepan masalah kewangan, wakil rakyat tak terima bayaran ...
SEGELINTIR ahli Parlimen mengadu yang elaun perjalanan yang sepatutnya diberikan kepada mereka untuk sesi persidangan tahun lepas masih belum diterima.
Ahli Parlimen Indera Kota Fauzi Abdul Rahman (PKR) berkata ahli Parlimen tidak menerima tuntutan sejak sesi Oktober lepas.
“Tuntutan yang dibuat untuk sesi Parlimen lepas masih belum dibayar.
“Selalunya ambil masa dua minggu tetapi kerajaan tak ada duit,” katanya pada sidang media di Kuantan hari ini.
Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh turut menyuarakan sentiment sama dan berkata situasi itu menyukarkan ahli Parlimen pembangkang menjalankan program dan menggaji pekerja.
“Kami tak ada dana lain, tuntutan itu akan digunakan untuk bayar pekerja. Sangat sukar bila tak dapat tuntutan. Situasi yang menyedihkan bila ahli Parlimen pun tak dibayar.”
Beliau juga mendakwa sejak tahun lepas, wujud banyak masalah dengan tuntutan elaun ahli Parlimen yang tidak dibayar tepat pada masanya selepas persidangan.
“Elaun persidangan yang sepatutnya dibayar ketika sesi lambat dibayar. Kami hanya dibayar dua minggu lepas. Malah tuntutan pun tak dibayar lagi,” kata Fuziah.
Ahli Parlimen Anthony Loke (DAP) pula mengatakan beliau dimaklumkan Jabatan Kewangan Parlimen yang mereka tiada duit untuk bayar tuntutan.
“Jabatan (kewangan) beritahu kami yang tiada duit. Bajet Parlimen sudah habis dan mereka dibayar secara ansuran,” katanya kepada The Malaysian Insight hari ini.
Loke, ahli Parlimen Seremban berkata yang situasi itu adalah bukti Putrajaya berdepan masalah kewangan sehingga ahli Parlimen pun tak dibayar.
“Mereka (kerajaan) tak cukup duit. Mereka potong mana-mana yang mereka boleh, termasuklah untuk ahli Parlimen,” katanya. – 28 Februari, 2018.
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/40291 - Updated: 28 Feb 2018 2:16PM - The Malaysian Insight
LIHAT LAGI DI SINI

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.